Prayut Chan-o-cha

Perdana Menteri Thailand dari 2014 hingga 2023

Yang Amat Berhormat Jeneral Prayut Chan-o-cha (juga digelar sebagai Prayuth Chan-ocha; Bahasa Thai: ประยุทธ์ จันทร์โอชา; IPA: [prā.jút tɕān.ʔōː.tɕʰāː]; lahir 21 Mac 1954) ialah ahli politik Thai dan bekas Panglima Tentera Darat Diraja Thai yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 semenjak penguasaan tentera junta dari tahun 2014 hingga 2023. Prayuth telah berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah, usul undi tidak percaya dan protes jalanan sepanjang sembilan tahun memegang jawatan perdana menteri.[1]

Prayuth Chan-o-cha
ประยุทธ์ จันทร์โอชา
Prayut pada 2022
Perdana Menteri Thailand ke-29
Dalam jawatan
22 Mei 2014 – 22 Ogos 2023
(Ketua tentera junta: 22 Mei 2014–24 Ogos 2014)
(Digantung: 24 Ogos 2022–30 September 2022)
RajaBhumibol Adulyadej
(2014–2016)
Maha Vajiralongkorn
(2016–2023)
Didahului olehNiwatthamrong Boonsongpaisan
(Memangku)
Yingluck Shinawatra
Digantikan olehSrettha Thavisin
Menteri Pertahanan Thailand
Dalam jawatan
10 Julai 2019 – 22 Ogos 2023
Perdana MenteriDirinya sendiri
Didahului olehPrawit Wongsuwan
Panglima Tentera Darat Diraja Thai
Dalam jawatan
1 Oktober 2010 – 30 September 2014
Perdana MenteriAbhisit Vejjajiva
Yingluck Shinawatra
Didahului olehAnupong Paochinda
Digantikan olehUdomdej Sitabutr
Butiran peribadi
Lahir (1954-03-21) 21 Mac 1954 (umur 70)
Nakhon Ratchasima, Thailand
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Thailand
Perkhidmatan/
cawangan
Angkatan Tentera Diraja Thai
Pangkat Jeneral

Perdana Menteri (2014-2023) sunting

Sebagai ketua junta, Prayut bertindak keras terhadap penentang sambil mendakwa beliau akan memulihkan keamanan dan ketenteraman selepas rampasan kuasanya menghentikan bantahan jalanan selama berbulan-bulan terhadap Perdana Menteri Yingluck Shinawatra ketika itu, yang tempohnya juga ditamatkan dengan pengambilalihan tentera.[2]

Seterusnya pilihan raya Thailand tahun 2019 yang dimenangi kerajaan konservatif pimpinan Prayut turut dikritik hebat kerana disifatkan sebagai tidak adil kerana ia dilaksanakan mengikut perlembagaan tentera, sekali gus dilihat sebagai menyebelahi Prayut.[3]

Ini diburukkan lagi, apabila kerajaan Prayut telah membubarkan parti lawan yang dilihat sering mencabar kepimpinan Prayut iaitu parti Future Forward Party pada Februari 2020 yang lalu hingga mencetuskan rusuhan. Pembubaran parti dan pengharaman anggotanya daripada terbabit politik termasuk pemimpinnya, Thanathorn Juangroongruangkit, menimbulkan kemarahan umum yang semakin kritikal terhadap kerajaan dikuasai Prayut tersebut.[3]

Kontroversi sunting

Baling kulit pisang kepada seorang wartawan sunting

Pada satu sidang media pada 24 Disember 2014 Prayut membaling kulit pisang yang dimakannya kepada seorang wartawan. Kejadian tersebut berlaku kerana beliau berang terhadap seorang wartawan yang mendesaknya untuk memandang ke arah kamera bagi membolehkan gambarnya diambil.[4]

Lagu baharu dikecam netizen sunting

Pada bulan Februari 2018, Prayut yang melancarkan lagu terbaharunya menerima respons negatif daripada netizen. Lagu ciptaannya yang bertajuk "Diamond Heart" itu dimuat naik melalui YouTube dan telah mendapat lebih 40,000 'dislike' berbanding bilangan 'like' yang jauh lebih rendah.[5]

Lirik lagu itu ditulis oleh Prayut sendiri dan dinyanyikan oleh seorang pegawai tentera Thailand yang menceritakan tentang janji dalam menghadapi segala rintangan bersama-sama seorang wanita.

Jadikan diri anda berlian yang sebenar, jangan menyerah.

Seiringan bersama hari ini, maka rintangan tidak bermakna. Apa yang dipelajari adalah sesuatu yang baru setiap hari.

Kita akan bina impian hati bersama agar terus bertahan.

— Prayut

Demikian antara bait-bait kata yang dituliskan dalam lagu nukilan Prayut itu.

Lagu itu bagaimanapun menerima kritikan netizen yang menyindir makna politik di dalam lagu itu, malah ada yang memerli dengan menyatakan itu ialah 'hadiah' daripada Prayut untuk rakyatnya sempena sambutan Hari Valentine.[5]

Undi tidak percaya sunting

Undi tidak percaya diusulkan oleh pembangkang selepas mendakwa Prayut dan barisan kabinetnya gagal menguruskan pelbagai isu dalam negara termasuk salah urus ekonomi, wabak Covid-19 serta isu rasuah. Pada 20 Februari 2021, Prayut dan sembilan anggota kabinetnya terselamat daripada undi tidak percaya yang diusulkan oleh pembangkang dalam Parlimen.[6]

Sembur wartawan dengan cecair sanitasi sunting

Pada 9 Mac 2021, Prayut meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu emnjawab soalan yang tidak disukainya.[7]

Pada 12 Mac 2021, Prayut memohon maaf kerana menyembur cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ketika sidang akhbar mingguan.[8][9]

Tak pakai pelitup muka sunting

Pada 26 April 2021, Prayut didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.[10]

Gantung tugas Perdana Menteri sunting

Pada 24 Ogos 2022, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Prayut daripada tugasannya selepas memutuskan untuk mendengar petisyen bagi meneliti keabsahan mandatnya untuk tempoh lapan tahun.[11][12]

Keputusan mahkamah sunting

Pada 30 September 2022, Mahkamah tertinggi Thailand mengumumkan bahawa Prayut boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri. Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017. Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.[13][14][15]

Rujukan sunting

  1. ^ Li, Linda Khoo Hui (2023-07-11). "PM Thai Prayuth umum bersara dari arena politik". Malaysiakini.
  2. ^ hermes (2023-05-02). "Jawatan perdana menteri Thailand jadi buruan". www.beritaharian.sg.
  3. ^ a b Umar, Atriza (2020-10-22). "ULASAN | Thailand, Harry Porter dan The Hunger Games". Malaysiakini.
  4. ^ "Thai junta leader throws banana peel at cameraman's head". Prachatai English (dalam bahasa Inggeris). 2014-12-24.
  5. ^ a b "Lagu baharu Perdana Menteri Thailand dikecam netizen". www.astroawani.com. 2018-02-20.
  6. ^ "Prayut terselamat undi tak percaya Parlimen Thailand". Malaysiakini. 2021-02-20.
  7. ^ "Irked Thai PM sprays reporters with hand sanitiser to duck tricky questions". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-09.
  8. ^ Thaiger (2021-03-12). "PM Prayut Chan-o-cha says "sorry" for spraying reporters with hand sanitiser". Thaiger (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ "PRAYUT 'SORRY' FOR SPRAYING REPORTERS WITH ALCOHOL". www.khaosodenglish.com. 2021-03-12.
  10. ^ "Thailand's prime minister fined for breaking face mask rule". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-26.
  11. ^ "Prayuth Chan-ocha: Thai court suspends PM and coup leader". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-24.
  12. ^ Ratcliffe, Rebecca (2022-08-24). "Thai court suspends PM Prayuth pending term limit review". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077.
  13. ^ Wongcha-um, Panu; Thepgumpanat, Panarat (2022-09-30). "Thai court clears way for PM Prayuth's return from suspension". Reuters (dalam bahasa Inggeris).
  14. ^ "Thai Prime Minister Prayuth can continue in office, court rules". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-30.
  15. ^ Limited, Bangkok Post Public Company (2022-09-30). "Prayut remains PM, court rules tenure ends in 2025" (dalam bahasa Inggeris).
Pegawai tentera
Didahului oleh
Anupong Paochinda
Panglima Tentera Darat Thai
2010–2014
Diikuti oleh:
Udomdej Sitabutr
Jawatan politik
Didahului oleh
Niwatthamrong Boonsongpaisan
Pemangku
Perdana Menteri Thailand
2014–2023
Diikuti oleh:
Srettha Thavisin
Pemegang jawatan kini