Presiden Jerman, secara rasminya Presiden Persekutuan Jerman (Jerman: Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland)[2] ialah ketua negara Republik Persekutuan Jerman.

Presiden
Republik Persekutuan Jerman
Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland
Logo
Penyandang
Frank-Walter Steinmeier
sejak 19 Mac 2017
Gelaran"Tuan Yang Terutama" / Your Excellency
SingkatanBPr Edit the value on Wikidata
Bidang kuasaJerman dan Jerman Barat Edit the value on Wikidata
KediamanSchloss Bellevue (Berlin)
Villa Hammerschmidt (Bonn)
Dilantik olehMajlis Perhimpunan
Tempoh jawatan5 tahun
Boleh diperbaharui berturut-turut sekali
Surat cara pembentukanUndang-Undang Dasar Republik Persekutuan Jerman
PeloporReichspräsident
Penjawat sulungTheodor Heuss
Dibentuk24 Mei 1949
Timbalan/naibPresident of the Bundesrat of Germany (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Gaji242,500 setahun[1]
Tapak webwww.bundespraesident.de
Twitter: bprsprecherin Instagram: bundespraesident.steinmeier Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jerman memiliki pemerintahan sistem parlimen di mana Canselor adalah tokoh politik utama negara dan ketua eksekutif de facto. Namun, Presiden turut memiliki peranan utama lain lebih dari sekadar kerasmian, lagi-lagi secara leluas mengenai cara mereka menjalankan tugas rasmi mereka.[3] Presiden memberikan arahan terhadap politik umum dan perdebatan sosial dan memiliki beberapa "kekuasaan cadangan" dalam kasus ketidakstabilan politik (sebagaimana diatur oleh Fasal 81 dari Undang-Undang Dasar Jerman).[4]

Frank-Walter Steinmeier pemegang jawatan terkini selepas dilantik pada 12 Februari 2017 dan mula berkhidmat pada 19 Mac tahun sama.

Peranan sunting

Sejarah sunting

Selepas Wilhelm II, Maharaja Jerman turun takhta pada tahun 1918 dan penggubalan Perlembagaan Weimar, jawatan Reichspräsident (Presiden Jerman) dibentuk sebagai Ketua Negara Jerman. Jawatan ini dihapuskan pada tahun 1934 selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg. Kuasanya disatukan dengan jawatan Reichskanzler dan gelaran rasmi jawatan yang dipegang oleh Adolf Hitler ditukar kepada "Führer und Reichskanzler" (Ketua dan Canselor). Jawatan ini, walau bagaimanapun direka semula pada penghujung Perang Dunia II apabila Hitler melantik Laksamana Besar Karl Dönitz sebagai penggantinya dengan gelaran rasmi Presiden Jerman.[perlu rujukan]

Empayar Ketiga Jerman tidak terhapus pada tahun 1945, sebaliknya selepas empat tahun pendudukan Kuasa-kuasa Berikat, dua buah negara Jerman dibentuk pada tahun 1949, iaitu Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) di dalam wilayah yang dikawal Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, serta Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) di wilayah yang dikuasai Kesatuan Soviet. Kedua-dua republik Jerman ini mempunyai seorang Ketua Negara dengan gelaran Presiden. Namun begitu, dengan kematian presiden pertamanya Wilhelm Pieck, Jerman Timur memansuhkan gelaran ini pada tahun 1960. Sehingga Penyatuan semula Jerman pada tahun 1991, wujud dua orang ketua negara di tanah Jerman. Pada saat itu, Presiden Jerman Barat (Jerman: Bundespräsident) menjadi ketua negara untuk seluruh Jerman yang bersatu.

Senarai Presiden Jerman selepas Perang Dunia II sunting

No. Gambar Nama Mula Tamat Parti¹
1.   Theodor Heuss 13 September 1949 12 September 1959 FDP
2.   Heinrich Lübke 13 September 1959 30 Jun 1969 CDU
3. Gustav Heinemann 1 Julai 1969 30 Jun 1974 SPD
4.   Walter Scheel 1 Julai 1974 30 Jun 1979 FDP
5. Karl Carstens 1 Julai 1979 30 Jun 1984 CDU
6.   Richard von Weizsäcker 1 Julai 1984 30 Jun 1994 CDU
7.   Roman Herzog 1 Julai 1994 30 Jun 1999 CDU
8.   Johannes Rau 1 Julai 1999 30 Jun 2004 SPD
9.   Horst Köhler 1 Julai 2004 2010 CDU
10.   Christian Wulff 2010 2012 CDU
11.   Joachim Gauck 2012 2017 Bebas
12.   Frank-Walter Steinmeier 2017 (Kini) SPD

¹ Perhatikan walaupun seseorang presiden selalunya pernah menganggotai sebuah parti politik sebelum menjawat jawatan ini, dalam Perkara 55 Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman, penjawat diminta tidak memegang jawatan lain, tidak bergiat aktif dalam kerjaya lain atau menganggotai mana-mana pertubuhan. Oleh yang demikian, semua Presiden Persekutuan telah meninggalkan parti politik mereka dan tidak menyertai kegiatan mana-mana parti politik sepanjang tempoh jawatannya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Wie wird der Bundespräsident bezahlt?". www.bundespraesident.de.
  2. ^ Didasarkan gelaran rasmi dalam negara: Bundespräsident dan Bundesrepublik Deutschland - Foreign Office of the Federal Republic of Germany (1990). German Institutions. Terminological Series issued by the Foreign Office of the Federal Republic of Germany. Volume 3. de Gruyter. m/s. 28. ISBN 978-0-89925-584-2. |volume= has extra text (bantuan)
  3. ^ German constitutional court: BVerfG, – 2 BvE 4/13–10 June 2014, No. 28
  4. ^ "Basic Law for the Federal Republic of Germany". Gesetze-im-internet.de. Dicapai pada 22 November 2012.

Pautan luar sunting