Presiden Ukraine (Bahasa Ukraine: Президент України, Prezydent Ukrayiny) merupakan ketua negara republik Ukraine yang berperanan dalam mewakili negara tersebut dalam hubungan antarabangsa, mentadbir ehwal luar negeri serta mengawasi kegiatan hubungan Ukraine dengan negara luar. Penjawat ini dilantik secara undian langsung oleh rakyat negara tersebut di mana pemenang akan menjawat selama lima tahun sepenggal, dan dihadkan selama dua penggal berturut-turut. Kediaman rasmi presiden ialah Istana Mariinskyi, yang terletak di daerah Pechersk di ibu kota Kyiv. Kediaman rasmi lain termasuk House with Chimaeras dan House of the Weeping Widow, yang digunakan untuk lawatan rasmi oleh wakil asing. Pejabat Presiden Ukraine, secara tidak rasmi dikenali sebagai "Bankova" merujuk kepada jalan yang terletak di atasnya, berfungsi sebagai pejabat presiden, menasihati presiden dalam urusan domestik, asing dan undang-undang. Sejak penubuhan jawatan itu pada 5 Disember 1991, terdapat enam orang telah berkhidmat sebagai Presiden Ukraine. Leonid Kravchuk merupakam Presiden pertama, berkhidmat selama tiga tahun dari 1991 hingga peletakan jawatannya pada 1994. Leonid Kuchma adalah satu-satunya presiden yang telah berkhidmat selama dua penggal berturut-turut. Viktor Yushchenko, Petro Poroshenko dan Viktor Yanukovych berkhidmat untuk tempoh satu penggal, dengan yang terakhir digantikan oleh pemangku presiden Oleksandr Turchynov, yang kemudiannya berkhidmat sebagai Pengerusi Parlimen Ukraine, pada 21 Februari 2014. Oleksandr Turchynov adalah satu-satunya pemangku presiden dalam sejarah moden Ukraine. Tidak seperti di Amerika Syarikat, di mana menjadi pemangku presiden bermakna menerima serta-merta semua kuasa dan tugas jawatan presiden, di Ukraine kuasa pemangku presiden sangat terhad. Pada 18 Jun 2015, Yanukovych secara rasmi dilucutkan gelaran presiden Ukraine. Kerajaan Ukraine menggunakan sistem pentadbiran presiden separa di mana peranan ketua negara dan ketua kerajaan adalah berasingan, oleh itu Presiden Ukraine hanyalah ketia negara Ukraine manakala Perdana Menteri Ukraine berperanan sebagai ketua kerajaan Ukraine. Perdana Menteri Ukraine terkini ialah Denys Shmyhal yang dilantik sejak bulan Mac 2020. Presiden terkini adalah Volodymyr Zelensky dari parti Sluha Narodu yang dipilih sejak 20 Mei 2019.

Presiden
Ukraine
Президент України
Bendera rasmi
Penyandang
Volodymyr Zelensky
sejak 20 Mei 2019[1]
Bidang kuasaUkraine Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Mariyinsky (secara rasmi)
Dilantik olehUndian langsung
Tempoh jawatan5 tahun
boleh diperbaharui sekali
PeloporPresident of Ukraine in exile (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Penjawat sulungAndriy Livytskyi,
16 Julai 1948[d]
(dalam buangan)
Dibentuk5 Julai 1991 Edit the value on Wikidata
Gaji~11,000, annual[2][3]
SenaraiSenarai Presiden Ukraine Edit the value on Wikidata
Tapak webpresident.gov.ua
Twitter: apukraine Instagram: op_ukraine Flickr: 165930373@N06 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai presiden sunting

Garis masa (sejak 1991) sunting

Volodymyr ZelenskyPetro PoroshenkoOleksandr TurchynovViktor YanukovychViktor YushchenkoLeonid KuchmaLeonid Kravchuk

Senarai bekas presiden yang masih hidup sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Volodymyr Zelensky: Comedian-president calls snap election". BBC News. May 20, 2019.
  2. ^ https://xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=336000&From=UAH&To=EUR
  3. ^ Кабмин утвердил новые зарплаты для Порошенко и Гройсмана (dalam bahasa Rusia). bigmir.net. 1 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting