Prima facie merupakan satu ungkapan Latin bermaksud "atas kemunculan pertama (on its first appearance)", atau "oleh contoh pertama (by first instance)". Ia digunakan oleh undang-undang moden Inggeris yang menunjukkan bahawa pada pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak menandakan buktinya sendiri daripada fakta-fakta. Di dalam bidang kuasa common law, prima facie menandakan bukti (melainkan dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu .

Kebanyakan prosiding atau tindakan undang-undang memerlukan satu kes prima facie untuk wujud, yang mana saranan berikutnya akan mula untuk menguji bukti berkenaan, dan mencipta satu keputusan.

Prima facie dan beban pembuktian sunting

Dalam kebanyakan tindakan undang-undang, salah satu pihak mempunyai beban pembuktian, yang memerlukan pihak tersebut mempersembahkan bahan bukti prima facie keseluruhan fakta-fakta yang penting pada kes tersebut. Sekiranya pihak berkenaan gagal untuk mempersembahkan bahan bukti prima facie kepada apa-apa unsur yang diperlukan dalam kes tersebut, dakwaan berkenaan mungkin boleh disisihkan tanpa apa-apa jawapan daripada pihak yang menentang. Satu kes prima facie mungkin tidak cukup untuk membolehkan sesuatu pihak untuk mengatasi pihak penentang jika pihak yang menentang memperkenalkan bahan bukti yang bercanggah atau menegaskan pembelaan menyakinkan. Kadangkala pengenalan kepada bahan bukti prima facie secara tidak rasmi dipanggil membuat satu kes atau membina satu kes.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Herlitz. (1994). The meaning of the term "prima facie" 55 La.L.Rev. 391
  • Audi, Robert (2003). Epistemology, a contemporary introduction, second edition, Routledge, p. 27