Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Kebaikan probiotik sunting

Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa sunting

Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.

Meningkatkan penghadaman sunting

Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.

Meningkatkan penyerapan galian sunting

Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

Probiyotik Gıda

Menghasilkan vitamin sunting

Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

Melegakan gejala cirit-birit sunting

Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

Menguatkan sistem ketahanan badan sunting

Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan. Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.


Pautan Luar sunting


sunting