Protes George Floyd

siri kekacauan awam di Amerika Syarikat dan dunia berikutan kematian George Floyd

Protes George Floyd merupakan siri tunjuk perasaan yang berterusan terhadap kekejaman polis yang bermula di Minneapolis, Amerika Syarikat pada 26 Mei 2020.[3] Pergolakan awam dan protes tersebut berlaku sebagai tindak balas antarabangsa terhadap kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam berusia 46 tahun yang mati dibunuh pada 25 Mei 2020, sehari sebelum protes bermula, setelah Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih yang berpusat di Jabatan Polis Minneapolis, melutut pada leher Floyd selama hampir lapan minit ketika menahannya sementara tiga orang lagi pegawai polis hanya memerhatikan kejadian itu serta menghalang orang lalu-lalang daripada masuk campur. Chauvin dan tiga orang pegawai polis tersebut akhirnya dipecat dan ditahan.[4]

Protes George Floyd
Sebahagian daripada Black Lives Matter
dan reaksi terhadap pembunuhan George Floyd
(ikut arah jam dari atas)
  • Penunjuk perasaan yang berada di Minneapolis, Minnesota, tempat George Floyd terbunuh dan pergolakan bermula
  • Pengawal kebangsaan membantu polis di sebuah tunjuk perasaan di Philadelphia, Pennsylvania
  • Penunjuk perasaan yang memprotes secara damai sambil memegang sepanduk di Washington, D.C.
  • Pasukan Peronda Negeri Minnesota dalam formasi di hadapan sebuah bangunan yang terbakar di Minneapolis, Minnesota
  • Tunjuk perasaan berhampiran Jabatan Keadilan di Portland, Oregon
  • Penunjuk perasaan di jalan yang terbakar dengan berlatarbelakangkan pasukan bomba yang berusaha memadamkan kebakaran di Minneapolis, Minnesota
  • Pengawal kebangsaan Georgia dan polis perusuh mengawal orang ramai di Atlanta, Georgia
  • Balai Presint 3 Jabatan Polis Minneapolis yang musnah dibakar perusuh
Tarikh26 Mei 2020 – sekarang
(3 tahun dan 10 bulan)
Lokasi
Punca
KaedahProtes, demonstrasi, ketidakpatuhan awam, tentangan awam, aktivisme dalam talian, mogok, rusuhan
StatusSedang berlangsung
Kematian, kecederaan dan penangkapan
Maut31[a]
Ditangkap14,000+[1]

Protes yang dibuat asalnya bermula sebagai tunjuk perasaan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di Minnesota sebelum merebak dengan pantas di seluruh Amerika Syarikat dan telah diadakan di lebih 2,000 buah bandar di lebih 60 buah negara di peringkat antarabangsa bagi menuntut bela kematian George Floyd serta menyokong gerakan Black Lives Matter.[5][6][7][8] Tinjauan pada musim panas 2020 menganggarkan bahawa antara 15 juta hingga 26 juta orang telah menyertai demonstrasi tersebut di Amerika Syarikat pada suatu ketika, menjadikan protes itu terbesar dalam sejarah negara tersebut.[9]

Walaupun tunjuk perasaan kebanyakannya dibuat secara aman, namun terdapat demonstrasi di beberapa buah bandar terutamanya di Amerika Syarikat berubah menjadi rusuhan dan kegiatan merompak secara besar-besaran, diikuti dengan banyak insiden kekejaman polis terhadap para penunjuk perasaan dan wartawan.[10][11] Pada awal Jun 2020, sekurang-kurangnya 200 buah bandar di negara tersebut telah melaksanakan perintah berkurung, sementara lebih 30 buah negeri dan Washington, D.C. telah mengaktifkan lebih 62,000 anggota pengawal kebangsaan ekoran daripada rusuhan dan pergolakan yang berlaku secara besar-besaran.[12][13][14] Menjelang akhir Jun, sekurang-kurangnya 14,000 orang telah ditangkap.[15] Dianggarkan bahawa antara 26 Mei hingga 22 Ogos 2020, 93% daripada protes adalah "damai dan tidak membinasakan". Anggaran lain pula mendapati bahawa 96.3% daripada protes tidak melibatkan kecederaan serta tidak merosakkan harta benda.[16]

Protes ini menyebabkan banyak usul perundangan dibawa di peringkat persekutuan, negeri dan perbandaran atas tujuan memerangi salah laku polis, perkauman sistemik, kekebalan undang-undang dan kekejaman polis di Amerika Syarikat.[17][18] Sementara itu, pentadbiran Donald Trump telah mengundang kritikan yang meluas berikutan retorik tegas dan tindakan ketenteraannya yang agresif.[19] Protes tersebut juga membawa kepada penghapusan monumen-monumen dan perubahan nama-nama yang berbaur perkauman di banyak tempat di seluruh dunia. Protes tersebut turut berlaku ketika pandemik COVID-19 sedang melanda seluruh dunia.[20]

Latar belakang sunting

Keganasan polis di Amerika Syarikat sunting

Kekerapan kes salah laku polis dan penggunaan kekerasan oleh pegawai penguat kuasa undang-undang di Amerika Syarikat yang boleh mengancam nyawa terutamanya terhadap orang kulit hitam, telah lama mendorong gerakan hak awam dan aktivis-aktivis lain untuk memprotes akan kekurangan pertanggungjawaban polis dalam insiden yang membabitkan penggunaan kekerasan secara berlebihan. Rusuhan Watts yang terjadi pada tahun 1965 ialah salah satu tindak balas terhadap kekejaman polis sehingga mengakibatkan kematian 34 orang, kebanyakannya dalam kalangan orang kulit hitam.[21] Selain itu, protes pascagerakan hak awam terbesar pada abad ke-20 pula ialah Rusuhan Los Angeles 1992, yang merupakan tindak balas terhadap pembebasan pegawai polis yang bertanggungjawab atas penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap seorang lelaki kulit hitam bernama Rodney King.[22]

Pada tahun 2014, penembakan Michael Brown oleh pegawai polis di Ferguson, Missouri telah mengakibatkan protes dan rusuhan di bandar tersebut manakala kematian Eric Garner di Bandar Raya New York (sama seperti George Floyd, berulang kali mengatakan "Saya tidak dapat bernafas" semasa penangkapannya) menyebabkan banyak tunjuk perasaan diadakan di seluruh negara.[23] Pada tahun 2015 pula, kematian Freddie Gray ketika dalam tahanan polis Baltimore juga mengakibatkan rusuhan di bandar tersebut dan tunjuk perasaan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada gerakan Black Lives Matter. Beberapa insiden yang berlaku di Minnesota turut dihebahkan di seluruh negara, termasuk penembakan Jamar Clark pada tahun 2015 di Minneapolis, penembakan Philando Castile pada tahun 2016 di Falcon Heights, dan penembakan Justine Damond pada tahun 2017.[24] Pada tahun 2016, Tony Timpa dibunuh oleh pegawai polis Dallas dengan cara yang sama seperti George Floyd.[25] Pada bulan Mac 2020, penembakan Breonna Taylor oleh polis yang melaksanakan waran penggeledahan di apartmennya di Kentucky juga dikhabarkan secara meluas.[26]

Pandemik COVID-19 sunting

Langkah-langkah yang diambil terhadap pandemik COVID-19, termasuklah penutupan sektor perniagaan yang tidak penting dan pelaksanaan perintah duduk di rumah, telah memberi impak ekonomi dan sosial yang signifikan kepada sejumlah besar rakyat Amerika Syarikat kerana ramai telah kehilangan pekerjaan dan terkesan teruk dari segi ekonomi.[27][28][29]

Kematian George Floyd sunting

Menurut kenyataan polis, pada 25 Mei 2020, jam 8.08 malam CDT, Jabatan Polis Minneapolis (MPD) menyahut panggilan 911 mengenai aduan "pemalsuan yang sedang berlaku" di Chicago Avenue South di Powderhorn, Minneapolis.[30] Dua orang pegawai MPD iaitu Thomas K. Lane dan J. Alexander Kueng tiba di kawasan aduan berlengkapkan kamera badan yang dihidupkan. Seorang pekerja kedai memberitahu mereka bahawa lelaki yang terbabit itu berada di dalam sebuah kereta berdekatan. Dua orang pegawai tersebut lalu menghampiri kereta itu dan mengarahkan lelaki terbabit iaitu George Floyd, seorang lelaki berketurunan Afrika-Amerika berusia 46 tahun, yang menurut polis "kelihatan berada bawah pengaruh," untuk keluar dari keretanya, dan pada saat itu dia "enggan secara fizikal." Menurut MPD, pegawai-pegawai yang bertugas tersebut dapat menggari suspek dan menyatakan bahawa suspek terbabit kelihatan menderita masalah perubatan. Pegawai lalu memanggil ambulans." Setelah Floyd digari, dia dan Lane berjalan ke kaki lima. Kemudian, Floyd duduk di atas lantai atas arahan Lane. Dalam perbualan pendek, pegawai itu meminta Floyd akan nama dan pengenalannya lalu menjelaskan kepada Floyd bahawa dia ditangkap kerana menggunakan mata wang palsu, dan bertanya jikalau dia "ada ambil sesuatu." Menurut laporan itu, Kueng dan Lane cuba membawa Floyd ke dalam kereta skuad mereka, tetapi pada pukul 8.14 malam, Floyd menjadi kaku dan rebah ke atas tanah. Tidak lama kemudian, dua orang lagi pegawai MPD, Derek Chauvin dan Tou Thao tiba dengan kereta skuad yang berbeza. Pegawai-pegawai polis yang terlibat itu telah melakukan beberapa lagi percubaan untuk memasukkan Floyd ke dalam kereta skuad tetapi gagal.[31]

 
Memorial di lokasi kematian Floyd.

George Floyd, yang masih digari, ditiarapkan menghadap tanah. Kueng memegang belakang Floyd manakala Lane memegang kakinya. Chauvin pula meletakkan lutut kirinya pada bahagian kepala dan leher Floyd. Siaran langsung Facebook Live yang dirakam oleh seorang saksi kejadian menunjukkan Chauvin melutut pada leher Floyd.[32][33] Floyd berulang kali memberitahu Chauvin "Tolong" dan "Saya tidak dapat bernafas," manakala seorang saksi kedengaran memberitahu pegawai polis yang terlibat, "Kamu sudah jatuhkan dia. Biarkan dia bernafas."[34] Setelah beberapa ketika, seorang saksi menunjukkan bahawa Floyd berdarah dari hidungnya sementara seorang saksi yang lain pula memberitahu empat anggota polis terbabit bahawa Floyd "bahkan tidak melawan penangkapan sekarang", lalu polis tersebut memberitahu para saksi bahawa Floyd "bercakap, dia baik-baik saja." Seorang saksi membalas bahawa Floyd "tidak baik." Seorang saksi kemudian membantah bahawa polis yang terlibat menghalang Floyd bernafas, mendesak mereka untuk melepaskannya dari tanah dengan berkata "Kamu mungkin sudah boleh memasukkannya ke dalam kereta sekarang. Dia tidak menentang penangkapan atau apa-apa." Floyd kemudian menjadi senyap dan tidak bergerak. Namun, Chauvin masih tidak melepaskan lututnya dari leher Floyd sehingga ambulans tiba. Ahli perkhidmatan perubatan kecemasan yang tiba meletakkan Floyd di atas tandu dan mengusungnya ke dalam ambulans.[35][36] Pakar perubatan tidak dapat mengesan denyutan nadi George Floyd, dan dia akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital.[37] Autopsi Floyd dilakukan pada 26 Mei, dan pada keesokan harinya, laporan awal oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Hennepin telah diterbitkan, yang menyatakan "tidak ada penemuan fizikal yang menyokong diagnosis asfiksia trauma atau dicekik." Penyakit tersirat Floyd termasuklah penyakit jantung koronari dan penyakit jantung hipertensi. Laporan awal mengatakan bahawa "gabungan kesan En. Floyd ditahan oleh polis, penyakit tersiratnya dan sebarang intoksikan yang berpotensi di dalam sistem badannya mungkin menyebabkan kematiannya."[38] Pemeriksa perubatan selanjutnya menyatakan Floyd telah "khayal dengan fentanyl dan baru-baru ini telah mengambil metamfetamin pada waktu kematiannya."[39]

Namun pada 1 Jun, autopsi peribadi yang dikomisenkan oleh keluarga Floyd memutuskan kematian tersebut sebagai pembunuhan dan mendapati bahawa Floyd telah mati kerana asfiksia akibat tekanan dada yang berterusan, yang bercanggah dengan laporan autopsi asal yang dilakukan pada awal minggu itu.[40] Tidak lama kemudian, bedah siasat rasmi menyatakan kematian Floyd sebagai homisid.[41]

Protes sunting

Di Minneapolis–Saint Paul sunting

Keganasan dan kontroversi sunting

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Lihat bahagian kematian untuk maklumat lebih lanjut dan petikan.

Bacaan lanjut sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pham, Scott (June 2, 2020). "Police Arrested More Than 11,000 People At Protests Across The US". BuzzFeed News.
  2. ^ "Statement on the Impacts of Widespread Looting". June 5, 2020.
  3. ^ https://www.history.com/topics/black-history/black-history-milestones
  4. ^ https://abc7chicago.com/6229951/
  5. ^ https://www.foxnews.com/us/george-floyd-cities-brace-riots-national-guard-troops-mobilize
  6. ^ https://www.nytimes.com/interactive/2020/06/13/us/george-floyd-protests-cities-photos.html
  7. ^ https://www.wsj.com/livecoverage/protests-george-floyd-death-2020-06-19
  8. ^ https://www.theguardian.com/us-news/2020/jun/07/george-floyd-protests-enter-third-week
  9. ^ https://www.nytimes.com/interactive/2020/07/03/us/george-floyd-protests-crowd-size.html
  10. ^ Betz, Bradford (31 Mei 2020). "George Floyd unrest: Riots, fires, violence escalate in several major cities". Fox News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2020.
  11. ^ "George Floyd death: Widespread unrest as curfews defied across US". BBC (dalam bahasa Inggeris). 31 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2020.
  12. ^ https://www.pbs.org/newshour/politics/optics-matter-national-guard-deployments-amid-unrest-have-a-long-and-controversial-history
  13. ^ https://www.businessinsider.com/us-states-response-george-floyd-protests-curfews-national-guard-2020-6
  14. ^ https://www.forbes.com/sites/alexandrasternlicht/2020/06/02/over-4400-arrests-62000-national-guard-troops-deployed-george-floyd-protests-by-the-numbers/#741f8ab9d4fe
  15. ^ https://www.buzzfeednews.com/article/scottpham/floyd-protests-number-of-police-arrests
  16. ^ https://www.washingtonpost.com/politics/2020/10/16/this-summers-black-lives-matter-protesters-were-overwhelming-peaceful-our-research-finds/
  17. ^ https://www.nytimes.com/2020/06/06/us/politics/democrats-police-misconduct-racial-bias.html
  18. ^ https://www.washingtonpost.com/nation/2020/06/07/george-floyd-protests-live-updates/
  19. ^ https://www.nytimes.com/2020/06/03/opinion/trump-military-protest.html
  20. ^ https://www.inquirer.com/health/coronavirus/coronavirus-no-spike-cities-despite-protests-big-surge-in-states-that-reopened-20200627.html
  21. ^ Hinton, Elizabeth (2016). From the War on Poverty to the War on Crime: The Making of Mass Incarceration in America (dalam bahasa Inggeris). Harvard University Press. m/s. 68–72. ISBN 9780674737235.
  22. ^ https://latimesblogs.latimes.com/lanow/2012/04/los-angeles-riots-remember-the-63-people-who-died-.html
  23. ^ http://www.cbsnews.com/news/how-the-black-lives-matter-movement-changed-america-one-year-later/
  24. ^ https://edition.cnn.com/2017/06/16/us/philando-castile-trial-verdict/index.html
  25. ^ https://www.dmagazine.com/frontburner/2020/06/this-rage-that-you-hear-is-real-on-the-ground-at-the-dallas-protests/
  26. ^ https://www.washingtonpost.com/nation/2020/05/11/family-seeks-answers-fatal-police-shooting-louisville-woman-her-apartment/
  27. ^ https://mn.gov/governor/assets/2020_03_16_EO_20_04_Bars_Restaurants_tcm1055-423380.pdf
  28. ^ https://mn.gov/governor/assets/3a.%20EO%2020-20%20FINAL%20SIGNED%20Filed_tcm1055-425020.pdf
  29. ^ https://www.bostonglobe.com/2020/05/28/nation/george-floyd-had-started-new-life-minnesota-before-he-was-killed-by-police/
  30. ^ https://edition.cnn.com/2020/05/29/us/derek-chauvin-criminal-complaint-trnd/index.html
  31. ^ https://www.hennepinattorney.org/-/media/Attorney/Derek-Chauvin-Criminal-Complaint.pdf
  32. ^ https://www.nytimes.com/2020/05/26/us/minneapolis-police-man-died.html
  33. ^ https://www.cbsnews.com/news/minneapolis-police-george-floyd-died-officer-kneeling-neck-arrest/
  34. ^ https://www.pbs.org/newshour/nation/what-we-know-about-george-floyds-death-in-minneapolis-police-custody
  35. ^ https://www.thedailybeast.com/black-lives-matter-protests-over-george-floyds-death-spread-to-houston-chicago-los-angeles-memphis
  36. ^ https://edition.cnn.com/2020/05/29/us/george-floyd-new-video-officers-kneel-trnd/index.html
  37. ^ Steinbuch, Yaron (28 Mei 2020). "First responders tried to save George Floyd's life for almost an hour". New York Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mei 2020.
  38. ^ Soellner, Mica (29 Mei 2020). "Medical examiner concludes George Floyd didn't die of asphyxia". Washington Examiner (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mei 2020.
  39. ^ Wilson, Jim (2 Jun 2020). "Competing autopsies say Floyd's death was a homicide, but differ on causes". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020. The medical examiner also cited significant contributing conditions, saying that Mr. Floyd suffered from heart disease, and was high on fentanyl and had recently used methamphetamine at the time of his death.
  40. ^ Vera, Amir (1 Jun 2020). "Independent autopsy finds George Floyd's death a homicide due to 'asphyxiation from sustained pressure'". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Jun 2020.
  41. ^ "Floyd death homicide, official post-mortem says". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 1 Jun 2020. Dicapai pada 1 Jun 2020.

Pautan luar sunting