Protes autonomi Catalonia 2010

Protes autonomi Catalonia 2010 terjadi pada 10 Julai 2010 di bandar Barcelona, Sepanyol kerana membantah keterbatasan autonomi Catalonia. Mereka membantah keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengkaji dan menafsir semula beberapa fasal Status Autonomi Catalonia 2006. Seramai 1.1 juta mengambil bahagian dalam demonstrasi, jumlah yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Ketika jutaan penduduk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010, mereka turun ke jalanan di Barcelona membantah keputusan hakim.

Catalonia adalah 1 dari 17 wilayah di Sepanyol yang mendapat kuasa autonomi. Namun Catalonia masih memerlukan pengesahan sebagai kuasa autonomi atau tidak sahnya kuasa itu. Parti Rakyat menyatakan kuasa autonomi di Catalonia amat membahayakan kesatuan dan perpaduan negara Sepanyol. Fasal 113 dan Fasal 221 perlu dirombak dan dikaji semula. Parti Rakyat berpendapat autonomi Catalonia itu tidak menepati kehendak dan hasrat perlembagaan Sepanyol.

Latar belakang sunting

Status Autonomi baru untuk Catalonia adalah ikrar janji oleh calon Sosialis José Luis Rodríguez Zapatero semasa Pemilihan Parlimen 2003 dan 2004 Sepanyol . Status Catalonia diluluskan oleh Parlimen Catalonia , oleh Generales Cortes (Parlimen Sepanyol), walaupun dalam bentuk yang diubahsuai. Akhirnya pada 18 Jun 2006 73,24% menyokong.

Pembangkang dari Parti Rakyat menentang Statuta Catalonia baru itu kerana tidak konstitusional. Para hakim di Mahkamah Perlembagaan memutuskan Statuta itu selaras dengan Perlembagaan Sepanyol 1978.Mereka yang membentah memberi alasan bahawa autonomi Catalonia terlalu luas dan banyak dan begitu mengancam keutuhan negara Sepanyol. Perdebatan berlangsung selama empat tahun. Salah seorang hakim telah mati . Kompromi akhirnya tercapai pada 28 Jun 2010 dan disahkan.Ringkasan penghakiman diterbitkan pada hari yang sama mendedahkan bahawa Mahkamah telah menyatakan sebahagian daripada 14 artikel (dari 277) inkonstitusional dan akan menghantar 27 lebih untuk "tafsiran". Penilaian penuh dikeluarkan pada tarikh 9 Julai 2010.

Bantahan sunting

Protes daripada Catalan dengan sokongan awam 1600 pertubuhan-pertubuhan lain. Empat daripada enam parti politik turut membantah.

Protes diadakan di persimpangan antara Diagonal Avinguda dan Passeig de Gracia (Koordinat 41,3965 ° N 2,1595 ° E).Mereka berarak ke Passeig de Gracia ke Gran Via tamat di Plaça de Tetuan. Jarak sekitar 2 kilometer.[1]

Demonstrasi dipimpin oleh Presiden General Catalonia José Montilla ; Presiden Parlimen Catalan Ernest Benach dan bekas Presiden Catalan Jordi Pujol dan Pasqual Maragall. Mereka membawa bendera Catalonia dan menyanyikan lagu patriotik serta pergerakan trafik di Barcelona. Perarakan raksasa itu ditaja oleh pertubuhan kebudayaan 'Òmnium Cultural'. Kirakira 1.5 juta dari 1500 pertubuhan menyertai perarakan itu. Catalonia adalah banda utama di Barcelona.  

Sejarah sunting

Ketika pemerintahan diktator Sepanyol Jeneral Francisco Franco (1939-1975) , bahasa Catalan dihapuskan daripada bukubuku di Catalan. Kini penduduk Catalan mula merperjuangkan bahasa kebudayaan mereka yang ada hubung kait dengan kebudayaan, sosial dan ekonomi.[2]


Rujukan sunting