Proton Perdana (generasi kedua)

Generasi ketiga Proton Perdana, yang diberikan nama kod Model Penggantian Proton Perdana (PRM) adalah kereta sedan bersaiz sederhana berpintu empat yang dihasilkan dari pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia telah dilancarkan pada 11 Disember 2013 sebagai pengganti kepada Proton Perdana asal. Generasi ketiga Perdana adalah hasil kejuruteraan lencana generasi kelapan Honda Accord dan kini dijual secara eksklusif kepada kakitangan awam Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan.

Proton Perdana
generasi ketiga
Maklumat
PengilangProton
Juga dikenaliModel Penggantian Proton Perdana (PRM)
PengeluaranQ4 2013–sekarang
Tahun model2013
PemasanganMelaka, Malaysia
PendahuluProton Perdana (generasi pertama)
Proton Perdana (generasi kedua)
KelasKereta bersaiz sederhana / Segmen D
Gaya badanSedan berpintu empat
Reka letakFront-engine, front-wheel drive
BerkaitHonda Accord (eighth generation)
2013 Proton Perdana 2.4P in Kota Kinabalu, Malaysia.

Pra pelancaran sunting

Pada 11 Disember 2013, Proton Perdana generasi ketiga telah dilancarkan dengan menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L serta ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang telah dipertingkatkan.[1] Perdana generasi ini dibina berasaskan Honda Accord serta masih mengekalkan enjin yang diambil terus dari Accord iaitu enjin R20A3 SOHC i-VTEC untuk varian 2.0 liter berkuasa 154 hp/189 Nm dan enjin K24Z2 DOHC i-VTEC untuk varian 2.4 liter berkuasa 177 hp/222 Nm.[2] Sekitar 3,000 unit Perdana baru yang akan dihasilkan pada mulanya untuk menggantikan Perdana V6 yang digunakan oleh penjawat awam.[3]

Pada 14 Jun 2016, Perdana generasi keempat telah dilancarkan.[4] Perdana yang berwajah baharu ini juga berasaskan Honda Accord di mana Proton telah menukar sepenuhnya rupa luaran. Walaupun ia berdiri di atas platform sama dengan generasi ketiga. Terdapat justifikasi berkaitan perkara itu. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Proton telah melakukan perubahan yang besar pada bahagian kosmetik tanpa menyentuh bahagian mekanikal.[5]

Rujukan sunting