Proton Persona; (Jawi: ڤروتون ڤرسونا) merupakan siri kereta padat dan subpadat keluaran syarikat pengeluar kereta Malaysia, Proton.

Proton Persona
ڤروتون ڤرسونا
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1993–sekarang
PemasanganMalaysia: Proton City, Perak (PTMSB)
KelasKereta padat / C (1993–2016)
Kereta subpadat / B (2016–sekarang)

Generasi pertama Proton Persona (C90) merujuk kepada model eksport bagi Proton Wira. Penggunan nama 'Proton Persona' pertama kali digunakan pada November 1993 di pasaran British. Persona asal ini kemudian disertai dengan model 3-pintu Persona Compact, dan model 2-pintu Persona Coupé.

Model generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada Ogos 2007. Siri CM merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri. Ia berasaskan pelantar Proton GEN•2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback GEN•2. Persona CM menggantikan model sedan sedan Proton Wira bagi pasaran Malaysia dan C90 Persona bagi pasaran eksport.

Generasi ketiga Proton Persona (BH) dilancarkan pada Ogos 2016. Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz. Ia menggantikan terus model Persona CM berusia 9 tahun di negara sendiri.

Pada 23 April 2019, Proton melancarkan versi Facelift Persona bersama Iriz.[1] Proton mendakwa kedua-dua kereta itu mempunyai lebih 300 bahagian yang ditukar dan ditambah baik. Sehingga 18 Februari 2021, edisi hitam Persona telah dilancarkan secara maya di Facebook.

Generasi pertama (C95, C96, C97, C98, C99; 1993–2007) sunting

Proton Persona (C90)
 
Maklumat
Juga dikenaliProton Wira
Proton 400 Siri
Proton Natura
KelasKereta padat, Segmen-C
Gaya badanCoupé 2-pintu
Hatchback 3-pintu
Sedan 4-pintu
Hatchback 5-pintu

Proton Wira dilancarkan bagi pasaran United Kingdom pada November 1993, di mana ia dijual sebagai 'Proton Persona'. Keluarga Persona asalnya terdiri daripada model sedan 4-pintu dan hatchback 5-pintu. Kemudian pada November 1995, model Persona Compact diperkenalkan, dan model 2-pintu Persona Coupé turut disertakan pada tahun 1997.[2] Model-model Compact dan Coupé merupakan pasangan British bagi Proton Satria dan Proton Putra di Malaysia. Bermula Ogos 2000, nama Satria dan Wira dilanjutkan ke pasaran British, dan model Coupé dihentikan pengeluarannya pada tahun 2001. Model Wira seterusnya digantikan dengan Proton GEN•2 serba baharu pada Februari 2004.

Proton Wira pertama kali dieksport ke Australia pada Mei 1995. Ia kemudian dinamakan sebagai 'Proton Persona' pada tahun 1996, dan terus dijual di sana sehingga tahun 2004.[3] Nama Persona turut digunakan bagi model sedan Wira di Chile.

Generasi kedua (CM6; 2007–2016) sunting

Proton Persona (CM)
 
Maklumat
Juga dikenaliProton GEN•2 Persona
KelasKereta padat, Segmen-C
Gaya badanSedan 4-pintu
 
Proton Persona (CM) 2007-2010

Generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada 15 Ogos 2007.[4] Ia merupakan model pertama Proton yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri.

Persona CM dibina berasaskan pelantar Proton GEN•2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback GEN•2. Bahagian selepas tiang B direka semula, dan kebanyakan daripada kelemahan pada GEN•2 turut diatasi.[4] Model-model terawal Persona CM dilengkapi enjin Campro S4PH 1.6 liter DOHC, tetapi model yang lebih kemudian menerima unit Campro IAFM yang ditambah baik. Persona CM merupakan model Proton paling laris sepanjang pengeluarannya, terjual sebanyak lebih 40,000 unit setiap tahun sebelum pelancaran Proton Prevé.

Proton melancarkan Persona SE pada 26 Ogos 2008. Ia merupakan versi premium bagi Persona sedia ada dengan kit eksklusif dan kelengkapan mewah.[5] Persona CM diperbaharui pada Mac 2010 melalui pelancaran Persona Elegance.[6] Kebanyakan perubahan adalah merupakan perubahan kosmetik, serta membentuk penstailan luaran Persona untuk 6 tahun berikutnya.

Kemas kini terakhir bagi siri CM, Persona SV, dilancarkan pada November 2013.[7] Model SV menurunkan harga serta menyeragamkan ciri brek cakera hadapan dan belakang serta dua beg udara.

Generasi ketiga (BH6; 2016–sekarang) sunting

Proton Persona (BH)
 
KelasKereta subpadat, Segmen-B
Gaya badanSedan 4-pintu

Proton Persona generasi ketiga (BH) dilancarkan pada Ogos 2016.[8] Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan dan berkongsi enjin 1.6-litre VVT dan struktur asas yang sama seperti Iriz, tetapi bahagian luarannya direka semula bagi memberikan persona yang tersendiri.[9] Bahagian dalaman Persona BH kebanyakannya tidak berubah berbanding Iriz, kecuali skema dwiwarna baharu.

Persona BH diklasifikasikan satu kelas lebih rendah daripada Persona CM, tetapi ia menawarkan lebih ruang kepala, ruang kaki yang setanding dan but yang jauh lebih besar.[9] BH baharu juga lebih berkuasa, lebih jimat minyak dan lebih canggih daripada CM lama.[10]

Ia merupakan model terkini yang membawa falsafah USP baharu Proton iaitu 'keselamatan mampu milik', dan kesemua varian Persona BH dianugerahkan 5 bintang penuh oleh ASEAN NCAP.[11]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  • Kereta Kompak Terbaik - Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016[12]
  • Model Paling Meningkat dari Segi Kecekapan Bahan Api - Anugerah Kereta Tahunan (COTY) Malaysia 2016[13]
  • Kompak Sedan (Pemenang Gangsa) - Anugerah Pilihan Ramai Carlist.my 2018[14]

Jualan sunting

Tahun Malaysia[15][i]
2007 17,440
2008 41,904
2009 41,987
2010 43,212
2011 46,362
2012 27,693
2013 18,997
2014 21,117
2015 6,403
2016 15,389
2017 19,509
2018 16,946
2019 21,875
2020 23,815
2021 16,140
2022 16,256
  1. ^ Angka berdasarkan pendaftaran

Rujukan sunting

  1. ^ "2019 Proton Persona facelift launched - fr RM42,600". Paultan.org. 23 April 2019. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  2. ^ John Fordham (5 November 1995). "MOTORING: THE PROTON PERSONA COMPACT 1.5GLSI IN 0-60 SECONDS". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2016. Dicapai pada 7 September 2016.
  3. ^ "Proton Persona". GoAuto.com.au. 7 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2016. Dicapai pada 7 September 2016.
  4. ^ a b Paul Tan (15 Ogos 2007). "Proton Persona launched: Proton's new sedan". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2016. Dicapai pada 14 Ogos 2016.
  5. ^ Paul Tan (26 Ogos 2008). "Proton Persona SE now on sale for RM59,800". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2016. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  6. ^ Danny Tan (18 Mac 2010). "Proton Persona Elegance facelift – full details!". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2016. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  7. ^ Jonathan James Tan (30 November 2013). "Proton Persona SV launched – from RM44,938". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2016. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  8. ^ Gerard Lye (23 Ogos 2016). "2016 Proton Persona officially launched, RM46k-60k". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.
  9. ^ a b Danny Tan, Hafriz Shah (23 Ogos 2016). "VIDEO: 2016 Proton Persona 1.6L walk-around tour". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.
  10. ^ "Proton Persona". Driven Communications. 5 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.
  11. ^ Gerard Lye (23 Ogos 2016). "2016 Proton Persona awarded 5-star ASEAN NCAP safety rating; ESC, minimum two airbags across range". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.
  12. ^ [1]
  13. ^ [2]
  14. ^ https://www.carlist.my/caroftheyear/results
  15. ^ "Proton Persona : Popularity over the Years". data.gov.my.

Pautan luar sunting