Pterygotus ialah salah satu haiwan pemangsa ganas di dalam laut semasa Zaman Silurian. Ia juga merupakan kumpulan Euripterid. Badan Pterygotus diliputi cangkerang keras dan anggota depannya berbentuk penyepit. Mempunyai sepasang mata majmuk yang besar untuk mencari mangsa di kawasan luas. Ia boleh hidup di dalam air laut dan air tawar. Pasangan anggota kelima berbentuk pendayung digunakan untuk berenang dan selebihnya berfungsi untuk mengemudi arah pergerakan.

Perbezaan antara Pterygotus dan Euripterid ( Kiri: Euripterid Kanan : Pterygotus )

Nama saintifik  : Pterygotus

Saiz  : Kira-kira 2.3 m atau lebih ( panjang )

Makanan  : Pelbagai

Habitat  : Laut cetek

Penemuan  : Seluruh dunia kecuali Antartika

Zaman kehidupan  : Akhir Zaman Silurian

Kenapa Pterygotus pupus ? sunting

Saiz badan besar menjadikan sukar bergerak dan mudah dijejak pemangsa.

Bagaimana Pterygotus memburu makanan ? sunting

Kebiasaannya, Pterygotus bersembunyi di dalam lumpur atau pasir di dasar laut sambil memerhati keadaan sekeliling. Apabila mangsa muncul, ia terus menerkam.

Rujukan sunting