Puerto Rico, secara rasmi digelar Komanwel Puerto Rico (Sepanyol: "Estado Libre Asociado de Puerto Rico"), ialah sebuah kepulauan yang terletak di Caribbean timur laut di antara Republik Dominican di sebelah timur dan Kepulauan Virgin di sebelah barat, hampir 1,280 batu (2,000 km) dari pinggir laut Florida (tanah besar Amerika Syarikat yang paling dekat). Kepulauan ini merangkumi pulau utama Puerto Rico (daratan yang paling kecil, tetapi yang ketiga terbesar dari segi jumlah penduduk Greater Antilles). Greater Antilles pula terdiri daripada Cuba, Hispanola, Jamaica, Puerto Rico dan sebilangan pulau yang lebih kecil, termasuk juga sebilangan kai, dengan yang paling besar merupakan Mona, Vieques, dan Culebra.

Estado Libre Asociado
de Puerto Rico

Komanwel Puerto Rico
Bendera Puerto Rico
Bendera
Cogan kataBahasa Latin: Joannes Est Nomen Eius;
Bahasa Sepanyol: Juan es su nombre
Lagu kebangsaanLa Borinqueña
Lokasi Puerto Rico
Ibu negara
dan bandar terbesar
San Juan
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol dan Bahasa Inggeris
KerajaanKomanwel
• Gabenor
Pedro Pierluisi
Kemerdekaan 
Tiada (A.S. wilayah dengan status Komanwel)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan Julai 2005
3,912,055 (126)
• Bancian Penduduk 2005
3,913,054
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$72.37 billion (68)
$18,500 (N/A)
Mata wangDolar Amerika Syarikat
(USD)
Zon waktuUTC-4 (AST)
• Musim panas (DST)
UTC-4 (Tiada DST)
Kod panggilan1-787 dan +1-939
Kod ISO 3166PR
DPT internet.pr; .us

Penduduk-penduduk Puerto Rico kekadang merujuk kepada pulau mereka sebagai Borikén, atau kelainan Sepanyolnya, Borinquen, iaitu nama yang digunakan oleh masyarakat Taíno peribumi pulau tersebut. Boricua, istilah terkini, berasal daripada nama Taíno bagi pulau ini dan biasanya dipergunakan untuk memperkenalkan diri sebagai orang Puerto Rico. Status politik Puerto Rico ialah Komanwel Amerika Syarikat,[1] sebuah wilayah teratur tak diperbadankan, dengan status politik [2][3] yang "memperuntukkan pemerintahan sendiri terhadap hal ehwal dan pentadbiran dalam negeri, tertakluk kepada bahagian-bahagian Perlembagaan dan undang-undang Amerika Syarikat.[4] Rakyatnya adalah warganegara Amerika Syarikat. Puerto Rico mengamalkan bentuk kerajaan republik [1] dan tertakluk kepada bidang kuasa dan kedaulatan Amerika Syarikat.[5][6][2]

Sifat perhubungan politik Puerto Rico dengan Amerika Syarikat kini merupakan tajuk perdebatan yang sedang berlangsung di Kongres Amerika Syarikat serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7][8] Menurut laporan Pasukan Petugas,[9] Puerto Rico ialah wilayah teratur tak diperbadankan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, tertakluk kepada kuasa-kuasa perhimpunan pleno Kongres Amerika Syarikat dan dengan hak untuk mengasaskan sebuah perlembagaan untuk pentadbiran kerajaan dalam negeri serta perkara-perkara yang benar-benar bersifat tempatan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Perlembagaan Komanwel Puerto Rico, Artikel I, Bahagian 2
  2. ^ a b Puerto Rico dan Amerika Syarikat - Puerto Rico Mendapatkan Lebih Banyak Autonomi
  3. ^ "TAKRIF-TAKRIF PERTUBUHAN POLITIK KAWASAN PULAUAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-04. Dicapai pada 2007-12-01.
  4. ^ Kod Amerika Syarikat TAJUK 48 - WILAYAH DAN MILIKAN PULAUAN, Bahagian 734. Sila lihat Memorandum Presiden Amerika Syarikat, 30 November 1992, 57 F.R. 57093
  5. ^ Pentadbiran Hal-ehwal Persekutuan Puerto Rico (PRFAA)
  6. ^ Jabatan Negara Amerika Syarikat. Wilayah-wilayah tanggungan dan Kawasan-kawasan Kedaulatan Khas
  7. ^ Keith Bea (25 Mei 2005). "Status Politik Puerto Rico: Latar Belakang, Pilihan, dan Persoalan dalam Kongres Ke-109" (PDF). Perkhidmatan Penyelidikan Kongres. Dicapai pada 2007-10-01. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Jawatankuasa Khas Untuk Penyahjajahan meluluskan teks yang menyuruh Amerika Syarikat untuk mempercepat proses penentuan diri" (Siaran akhbar). Jabatan Maklumat Awam, Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. 13 Jun 2006. Dicapai pada 2007-10-01. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Lampiran A untuk Dokumen-dokumen Presiden" (PDF). 2005. Dicapai pada 2007-10-01. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting

Kerajaan Puerto Rico

Profil negara

Direktori, berita, dan pelancongan