Pulau

bidang tanah dikelilingi suatu jasad air

Sebuah pulau (Jawi: ڤولاو) adalah bidang tanah dikelilingi suatu jasad air yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang. Beberapa pulau yang segugus menjadi suatu kepulauan.

Dalam segi takrifan bahasa, hampir kesemua tanah yang dikelilingi air dikenali sebagai pulau. Tetapi menurut perundangan, terdapat perbezaan istilah yang berbeza diguna pakai antara batu timbul dan pulau. Contohnya, menurut definisi Artikel 121 Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi[1].

Secara ringkas, definisi pulau mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hukum Laut Antarabangsa, tahun 1982 (UNCLOS ’82), fasal 121 adalah "daratan yang dibentuk secara alami dan dikelilingi oleh air, dan selalu berada di atas muka air tinggi". Sebuah pulau tidak boleh ditenggelami pada saat air pasang.


Pulau kecil di Laut Adriatik

Jenis-jenis pulau sunting

Pulau benua sunting

Pulau benua atau dalam bahasa Inggeris Continental island adalah suatu badan tanah yang terletak diatas pentas benua bagi sesebuah benua. Contoh pulau benua adalah Greenland, Long Island, dan Pulau Sable yang termasuk dalam benua Amerika Utara; Barbados dan Trinidad termasuk dalam benua Amerika Selatan; Great Britain, Ireland dan Sicily termasuk dalam benua Eropah; Sumatera, Borneo dan Kepulauan Jawa termasuk dalam benua Asia; dan New Guinea, Tasmania dan Pulau Kangaroo termasuk dalam benua Australia.

Jenis khusus bagi pulau benua adalah pulau mikrobenua, terjadi apabila sesuatu benua mengalami merekah. Contoh pulau terjadi akibat aktiviti ini seperti Madagascar dan Socotra dalam benua Afrika; New Zealand; New Caledonia; Kepulaun Kerguelen; dan sesetengah pulau Seychelles.

Lain sub-jenis adalah pulau atau bar terbentuk akibat kemasukan batuan kecil akibat daya tolakan dan tarikan oleh arus air yang menyebabkan pembentukan pulau dan pengurangan kapasiti tanah pada sesuatu tempat yang lain. Contohnya Pulau Barrier terjadi akibat akumulasi tanah pasir yang dinaikkan oleh arus lautan diatas pentas benua. Contoh lain adalah pulau-pulau yang terdapat di delta sungai atau sungai besar. terbentuk akibat pasir, tanah dan batuan dari hulu yang terhakis akibat aktiviti arus sungai yang membawa bahan-bahan tersebut ke hilir. Akibatnya bahan-bahan tersebut menjadi padat di muara delta dan membentuk pulau. Islet pula merujuk kepada pulau-pulau yang sangat kecil.

Pulau osianik sunting

Pulau osianik; bahasa Inggeris Oceanic island adalah salah satu jenis pulau yang tidak menetap di atas pentas benua. Kebanyakan dari mereka terjadi akibat letusan gunung berapi bawah laut. Segelintir pulau osianik bukannya berasal dari tindakan volkanik (tindakan magma gunung berapi dasar laut) adalah berasal dari tindakan tektonik (daya tolakan kerak bumi dasar laut). Kemudian meningkat akibat pergerakan plat bumi yang ternaik dari bawah lantai laut ke permukaan. Contoh pulau termasuklah Saint Peter and Paul Rocks di Lautan Atlantik dan Pulau Macquarie di Lautan Pasifik.

Sejenis pulau osianik volkanik dapat diketemukan dalam kubah pulau volkanik. Pulau ini terbentuk akibat aktiviti volkano yang memecahkan salah satu plat bawah maka plat lain mula terbentuk. Contoh Kepulauan Mariana Islands, Kepulauan Aleut dan rata-rata Pulau Tonga di Lautan Pasifik. Sebilangan Lesser Antilles dan Kepulauan Sandwich Selatan adalah contoh pulau di Lautan Atlantik.

Jenis lain pulau osianik volkanik terjadi akibat pentas osianik naik ke permukaan lautan. Contohnya pulau Iceland, yakni pulau ke-2 terbesar dalam kategori pulau volkanik dan Jan Mayen — keduanya terletak di Lautan Atlantik.

Pulau tropika sunting

Terdapat kira-kira 45,000 pulau tropika di atas Bumi ini.[2] Kebanyakan pulau tropika mempunyai himpunan terumbu karang yang begitu indah, cantik, menakjubkan serta menenpatkan pelbagai spesies haiwan lautan. Contoh pulau Maldives, Tonga, Nauru dan Polynesia.[2] Pulau batu granit seperti Seychelles dan Pulau Tioman di Malaysia, juga menempatkan pelbagai hidupan terumbu karang yang mengujakan.[2] Kepelbagaian sosio-ekonomi juga dapat dilihat berkembang sihat di pulau-pulau jenis ini bermula sejak Zaman batu hinggalah sekarang misalnya apa yang terjadi di Madagascar, Borneo dan Papua New Guinea. Sehinggakan pulau-pulau tropika juga yang mempunyai banyak khazah rimba dan hasil bumi juga turut membangunkan dengan kepesatan teknologi seperti yang berlaku di Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Borneo. Pelancongan marin dan pulau tropika juga merupakan sumber kewangan ekonomi utama bagi sesetengah misalnya pulau Seychelles, Sri Lanka, Mauritius, Réunion, Hawaii dan Maldives, serta lain-lain lagi.

Rujukan sunting

  1. ^ Liew-Ann Phang, "Batu Puteh bukan pulau tetapi batu", The Sun, 28 Mei 2008
  2. ^ a b c "The Tropical Islands of the Indian and Pacific Oceans". Epub.oeaw.ac.at. Dicapai pada 2009-01-05.

Lihat Juga sunting

Pautan luar sunting