Pulau Hong Kong (Cina Tradisional: 香港島) adalah sebuah pulau di bahagian selatan Hong Kong. Ia mempunyai bilangan penduduk seramai 1,289,500[1] dan kepadatan penduduknya ialah 16,390/km²[2], seperti pada 2008. Pulau ini ditawan oleh United Kingdom pada awal 1840, selepas itu Bandar Victoria didirikan di pulau ini. Kawasan Tengah pulau ini merupakan pusat sejarah, politik, dan ekonomi Hong Kong. Kawasan pantai utara pulau ini menjadi tebing selatan untuk Pelabuhan Victoria yang banyak menyumbang kepada pembangunan Hong Kong disebabkan oleh kedalamannya yang digemari oleh kapal-kapal perdagangan besar.

Hong Kong Island
Lokasi di Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong
Keluasan
 • Jumlah80.5 km2 (31.1 batu persegi)
Penduduk
 (2008)
 • Jumlah1,289,500
 • Kepadatan16,390/km2 (42,400/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Hong Kong)
Pulau Hong Kong
Cina Tradisional: 香港島
Pemandangan malam "sebelah Pulau" dilihat dari "sebelah Kowloon" - seberang Pelabuhan Victoria
Pemandangan Pulau Tengah di latar hadapan dan Teluk Repulse di latar belakang dari kereta kabel Ocean Park (di Daerah Selatan)

Banyak tempat yang paling terkenal di Hong Kong terletak di pulau ini, seperti "The Peak", Ocean Park, banyak tempat bersejarah, dan juga pelbagai pusat membeli-belah yang besar. Banjaran gunung yang merentasi pulau ini juga terkenal untuk pengembaraan gunung.

Bahagian utara Pulau Hong Kong bersama dengan Kowloon membentuk kawasan urban teras Hong Kong. Jumlah keluasan kedua-duanya ialah kira-kira 88.3 km2 (34.5 sq. mi.) dan jumlah bilangan penduduk (bahagian utara pulau ini dan Kowloon) ialah kira-kira 3,156,500 orang, dengan ketumpatan penduduk 35,700/km² (91,500/sq. mi.).

Kadangkala pulau ini juga digelar oleh orang tempatan sebagai "sebelah Pulau" (dalam rujukan tertentu kepada sebelah selatan Pelabuhan Victoria).

Pentadbiran sunting

Daerah-daerah yang terletak di pulau ini:

Nota: Pulau Hong Kong bukan sebahagian daripada Daerah Kepulauan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Census and Statistics Department (2009). "Hong Kong Monthly Digest of Statistics". Hong Kong. m/s. 4. Diarkib pada 2009-08-24. Ralat: If you specify |archivedate=, you must also specify |archiveurl=. https://web.archive.org/web/20090824065021/http://www.statistics.gov.hk/publication/feature_article/B70906FC2009XXXXB0100.pdf. Diperolehi 2009-08-31.
  2. ^ Census and Statistics Department (2008), Population and Vital Events (PDF), dicapai pada 2009-08-31

Pautan luar sunting

Templat:Islands of Hong Kong Templat:Hong Kong