Pulau Lankayan adalah sebuah pulau resort batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.[1]

Pandangan Pulau Lankayan dari bot yang bergerak laju
Pandangan Pulau Lankayan dari tingkap pesawat

Pulau Lankayan terdapat banyak spesies flora dan fauna.[2] Di pulau ini, hanya terdapat satu sahaja resort peranginan yang dikenali sebagai, Lankayan Island Dive Resort, yang dibina pada tahun 1997[3]. Apabila menyelam di laut yang terdapat di pulau ini, para penyelam pasti tertarik dengan hidupan marin makro yang pelbagai, selain terumbu karang hidup, dan kapal karam cekung. Pulau Lankayan juga cukup terkenal dengan kehadiran Yu paus.

Diantara fauna marin yang mudah ditemui ada disekitar laut Pulau Lankayan ini adalah seperti scads, barracuda ekor kuning, jack, yu blacktip, kerang gergasi, Ikan anemone cakar, decorator, ketam labah-labah, udang terumbu karang, nudibranch, udang gobie, kuda laut, ikan paip hantu, gurnard terbang, ikan kakak tua, ikan pari dan ikan gitar. Tumbuhan asli yang boleh ditemui pula adalah termasuk pokok kasuarina dan pandan pain berskru.[2][4]

Kehadiran spesies penyu seperti Penyu hijau dan penyu hawksbill membuatkan pulau ini turut terkenal sebagai tapak pendaratan penyu bertelur di Laut Sulu. Setiap penyu yang mendarat di pulau ini akan ditandakan oleh pegawai pemeliharaan penyu yang bertugas, manakala telurnya akan diambil dan dikira selain dibuat kajian, telur yang telah siap di kira dan dikaji akan dimasukkan kedalam pusat jagaan telur penyu untuk ditanam kembali, dijaga daripada pemangsa dan pencuri. Telur penyu akan dibiarkan dieram secara semulajadi dan setiap telur yang berjaya ditetaskan akan dikira bilangan anak penyu sebelum dilepaskan semula ke laut terbuka secara selamat.


Pada 13 Oktober 2003, Pulau Lankayan diisytiharkan berada didalam Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA). Sebagai salah satu dari pula-pulau yang terdapat dalam keanggotaan SIMCA, semua sumber yang diperolehi dari pulau dan lautnya seperti penangkapan ikan adalah dilarang dilakukan oleh sesiapa sahaja menurut arahan Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia.[2]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Diving in Lankayan, Sabah, Borneo, Malaysia: dive sites, how to get there, photos (Zubi)
  2. ^ a b c "Lankayan Island - Dive Borneo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-06. Dicapai pada 2010-11-10.
  3. ^ "All Malaysia.info". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-10. Dicapai pada 2010-11-10.
  4. ^ About Lankayan