Pulau Papan merupakan satu salah daripada pulau di persisiran pantai Sabah. Pulau Papan terletak hanya lima minit perjalanan bot dari Pulau Labuan. Ia merupakan tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Papan yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga.

Pulau Papan merupakan kawasan rehat hujung minggu yang popular bagi penduduk Brunei. Terdapat rumah api yang dibina ketika zaman British yang menjadi tarikan pelancong. Pulau Papan juga memiliki pemandangan semulajadi yang sungguh cantik menawan. Di Pulau Papan, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Papan yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Wilayah Persekutuan Labuan pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Papan dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran untuk beriadah bersama keluarga dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang.

Geografi sunting

Pulau Papan merupakan tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Wilayah Persekutuan Labuan di negeri Wilayah Persekutuan. Pulau Papan memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Pulau Papan mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.


Sejarah sunting

Pembukaan sunting

Fauna dan flora sunting

Pulau Papan memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan sunting

Pengunjung ke Pulau Papan bukan sahaja dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang, malah terdapat kemudahan rumah sewa ( chalet ) untuk mereka yang ingin bermalam di Pulau Papan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting