5°55′N 95°0′E / 5.917°N 95.000°E / 5.917; 95.000

Pulau Weh
Peta Pulau Weh
Titik tertinggi
Ketinggian617 m (2,024 ka) [1]
Geografi
LokasiBarat daya pulau Sumatra, Indonesia
Geologi
Jenis gunungStratovolcano
Letusan terakhirPleistosen

Pulau Weh (atau We) ialah pulau berapi kecil yang terletak di barat laut Pulau Sumatera. Pulau ini pernah terhubung dengan Pulau Sumatera tetapi kemudian terpisah oleh laut setelah meletusnya gunung berapi yang terakhir pada zaman Pleistosen.[1] Pulau ini terletak di Laut Andaman. Bandar terbesar di Pulau Weh, Sabang, ialah bandar yang paling barat di Indonesia.

Pulau ini terkenal dengan ekosistemnya. Pemerintah Indonesia telah menetapkan wilayah sejauh 60 km² dari tepi pulau baik ke dalam mahupun ke luar sebagai "suaka alam" (taman alam). Ikan yu bermulut besar dapat ditemui di pantai pulau ini. Selain itu, pulau ini merupakan satu-satunya habitat katak yang statusnya terancam,Bufo valhallae (genus Bufo). Terumbu karang di sekitar pulau ini telah diketahui sebagai habitat kepada berbagai spesies ikan.

Geografi sunting

Pulau Weh terletak di Laut Andaman, yakni di kawasan 2 kelompok kepulauan, iaitu Kepulauan Nicobar dan Kepulauan Andaman, tersebar dalam satu garis dari Sumatera sampai plat Burma. Laut Andaman terletak di plat tektonik kecil yang aktif. Sistem sesar yang kompleks dan kepulauan lengkok berapi telah terbentuk di sepanjang laut oleh pergerakan plat tektonik.[2]

Pulau ini terbentang sepanjang 15 kilometer (10 batu) di hujung paling utara dari Sumatera. Pulau ini hanya pulau kecil dengan keluasan 156,3 km ², tetapi mempunyai banyak banjaran pergunungan. Puncak tertinggi pulau ini adalah sebuah gunung berapi fumarolik dengan ketinggian 617 meter (2024 kaki). [1] Letupan terakhir gunung ini dianggarkan berlaku pada zaman Pleistosen. Akibat daripada letupan ini, sebahagian daripada gunung ini hancur, terisi dengan laut dan terbentuklah pulau yang berasingan.

Di kedalaman sembilan meter (29,5 kaki) dekat dari kota Sabang, fumarol bawah laut muncul dari dasar laut.[3] Kerucut berapi dapat ditemui di hutan. Terdapat 3 daerah: satu terletak 750 meter bahagian tenggara dari puncak dan yang lainnya terletak 5 km dan 11,5 km bahagian barat laut dari puncak di pantai barat teluk Lhok Perialakot.

Terdapat empat pulau kecil yang mengelilingi Pulau Weh: klah, Rubiah, Seulako, dan Rondo. Di antara keempatnya, Rubiah terkenal sebagai tempat pelancongan menyelam skuba kerana keunikan terumbu karangnya. Rubiah menjadi tempat persinggahan umat Muslim Indonesia yang melaksanakan Haji laut sebelum pergi dan balik dari Makkah.[4]

Penduduk sunting

Pulau Weh merupakan sebahagian daripada wilayah Aceh. Mengikut statistik pembancian penduduk pada tahun 1993 menunjukkan terdapat 24,700 penduduk di pulau ini. [5] Majoriti daripada penduduk tersebut adalah suku Aceh dan sisanya Minangkabau, Jawa, Batak, dan Cina. [6] Tidak diketahui kapan pulau ini pertama kali dihuni. Islam adalah agama utama, kerana Aceh adalah wilayah khusus yang menetapkan hukum Syariah. Namun, terdapat beberapa orang Kristian dan Buddha di pulau ini. Mereka kebanyakan bersuku kaum Jawa, Batak, dan Cina.

Pada tanggal 24 Disember 2004 gempa bumi bawah laut yang sebesar (9 skala Richter) berlaku di Laut Andaman. Gempa ini memicu terjadinya serangkaian tsunami yang telah meragut nyawa manusia sekurang-kurangnya 130,000 orang di Indonesia.[7] Pengaruh terhadap pulau Weh relatif kecil,[8] tetapi tidak diketahui berapa banyak penduduk dari pulau itu yang mati akibat gempa bumi tersebut.

Ekonomi sunting

 
Lukisan pelabuhan Sabang tahun 1910.

Perekonomian Pulau Weh sebahagian besar didominasi oleh sektor pertanian. Penanaman utamanya adalah cengkih dan kelapa. [6] Peternakan ikan skala kecil berada di wilayah tersebut, dan nelayan secara besar-besaran menggunakan letupan dan cyanide dalam aktiviti memancing. Oleh sebab itu, semenjak tahun 1982, taman alam telah dibentuk oleh kerajaan Indonesia yang termasuk 34 km ² di darat dan 26 km ² di sekitar lautan. [5]

Dua bandar utama di pulau ini adalah Sabang dan Balohan. Balohan adalah pelabuhan kapal feri yang bertugas sebagai penghubung antara pulau Weh dan Ipoh di daratan Sumatera. Sabang merupakan dermaga penting semenjak akhir abad ke-19, kerana bandar ini merupakan pintu masuk ke Selat Melaka.

 
SS Sumatra berlabuh di Sabang tahun 1895

Sebelum terusan Suez dibuka tahun 1869, kepulauan Indonesia dicapai melalui Selat Sunda dari Afrika. Dari terusan Suez, laluan ke Indonesia lebih pendek melalui Selat Melaka. Kerana kealamian pelabuhan dengan air yang dalam dan terpelihara dengan baik, kerajaan Hindia Belanda memutuskan untuk membuka Sabang sebagai dermaga.

Pada tahun 1883, dermaga Sabang dibuka untuk kapal berdermaga oleh Asosiasi Atjeh.[9] Awalnya, pelabuhan tersebut dijadikan pengkalan batubara untuk Tentera laut Kerajaan Belanda, tetapi kemudian juga melanggankan kapal pedagang untuk menghantar barang eksport dari Sumatera utara.

Setiap tahun, 50,000 kapal akan melewati Selat Melaka.[10] Pada tahun 2000, kerajaan Indonesia menyatakan Sabang sebagai Zon Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas untuk mendapatkan keuntungan dengan menubuhkan pelabuhan tersebut sebagai pusat logistik untuk kapal luar negeri yang melewati selat itu.[11] Prasarana untuk dermaga, pelabuhan, gudang dan kemudahan untuk mengisi bahan bakar sedang dibangunkan.

Pulau Weh juga terkenal dengan Ekopelancongannya. Menyelam, mendaki gunung berapi dan resort tepi pantai adalah daya tarikan utama di pulau ini. Desa kecil Iboih, dikenali sebagai lokasi untuk berenang di bawah laut. Beberapa meter dari Iboih adalah Rubiah, yang dikenali dengan terumbu karangnya.[12]

Ekosistem sunting

Sejak tahun 1997 hingga 1999, Conservation International telah melakukan survey terhadap terumbu karang di kawasan tersebut.[5] Menurut kajian, kepelbagaian terumbu relatif adalah sedikit, tetapi kepelbagaian spesies ikan sangat besar. Beberapa spesies ditemui selama survey termasuk diantaranya ialah Pogonoperca ocellata , Chaetodon gardneri, Chaetodon xanthocephalus, Centropyge flavipectoralis, Genicanthus caudovittatus, Halichoeres cosmetus, Stethojulis albovittatus, Scarus enneacanthus, Scarus scaber dan Zebrasoma desjardinii.[5]

 
Gempa bumi di sekitar Aceh dan Laut Andaman tahun 2004

Pada 13 Mac 2004, spesimen langka dan tidak biasa daripada spesies ikan yu bermulut besar, terdampar di pantai Gapang. [13] Ikan yu bermulut besar mempunyai mulut besar yang khas, hidung yang sangat pendek dan lebar. Spesimen tersebut merupakan penemuan yang ke-21[13] (beberapa mengatakan ke-23 [14]) dari jenis spesies sejak penemuannya pada tahun 1976. Ikan yu jantan yang berukuran panjang 1,7 meter (5,58 kaki) dan memiliki berat 13,82 kg (30,5 pon) yang membeku dihantar ke Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) untuk kajian lanjut. Sampai tahun 2006, hanya terdapat 36 penemuan ikan yu bermulut besar di Lautan Pasifik, Hindi, dan Atlantik.[15]

Gempa bumi dan tsunami tahun 2004 mempengaruhi ekosistem di pulau tersebut.[16] Di desa Iboih, petak tanaman bakau yang besar hancur. Puing daripada darat ditumpuk di karang-karang sekitarnya sebagai akibat tsunami. Pada tahun 2005, sekitar 14,400 bibit bakau ditanam semula untuk menyelamatkan hutan bakau tersebut.[17]

Selain daripada ekosistem bawah laut, pulau Weh merupakan satu-satunya habitat dari spesies katak yang terancam, bernama Bufo valhallae (genus "Bufo").[18] Spesies ini hanya boleh diketahui daripada ilustrasi dari pulau ini. Kerana penggundulan hutan (deforestration) di Pulau Weh, maka populasi daripada spesies tersebut tidak pasti.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Pulau Weh". Global Volcanism Program. Institusi Smithsonian. Dicapai pada 2006-11-16.
  2. ^ ((Cite journal | title = Tectonics and history of the Andaman Sea region | last = Curray | first = JR | journal = Journal of Asian Earth Sciences | volume = 25 | issue = 1 | pages = 187-232 | date = 2005 | doi = 10.1016/j.jseaes.2004.09.001))
  3. ^ GR (9 Julai 2005). "Bufo Valhallae". Environmental Biology of Fishes. IUCN. m/s. 209–214. doi:[//doi.org/10.1023%20%2F%20A%3A%201020093012502%29%29%3C%2Fspan%3E%0A%3C%2Fli%3E%0A%3Cli%20id%3D%22cite_note-WehEconomy-6%22%3E%3Cspan%20class%3D%22mw-cite-backlink%22%3E%5E%20%5B%5B%23cite_ref-WehEconomy_6-0%7C%3Csup%3E%27%27%27%27%27a%27%27%27%27%27%3C%2Fsup%3E%5D%5D%20%5B%5B%23cite_ref-WehEconomy_6-1%7C%3Csup%3E%27%27%27%27%27b%27%27%27%27%27%3C%2Fsup%3E%5D%5D%3C%2Fspan%3E%20%3Cspan%20class%3D%22reference-text%22%3E%28%28cite%20web 10.1023 / A: 1020093012502))</span> </li> <li id="cite_note-WehEconomy-6"><span class="mw-cite-backlink">^ [[#cite_ref-WehEconomy_6-0|<sup>'''''a'''''</sup>]] [[#cite_ref-WehEconomy_6-1|<sup>'''''b'''''</sup>]]</span> <span class="reference-text">((cite web] Check |doi= value (bantuan). Dicapai pada 2006-11-23. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); line feed character in |doi= at position 36 (bantuan); More than one of |work= dan |journal= specified (bantuan)

Pautan luar sunting