Datuk Punch Gunalan (4 Februari 1944 – 15 Ogos 2012)[1] ialah bekas pemain badminton Malaysia yang dikenang sebagai tokoh legenda badminton negara. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban bersama dengan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba - Naib Cancelor UPM. Beliau mengambil peperiksaan HSC pada tahun 1963 dan belajar di Kolej Teknologi Brighton, Sussex, England dalam jurusan kejuruteraan mekanikal (1964-1967).[2]

Datuk
Punch Gunalan
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1944-02-04) 4 Februari 1944 (umur 80)
Sepang, Selangor, Malaya British (kini Malaysia)
MatiOgos 14, 2012(2012-08-14) (umur 68)
Petaling Jaya, Selangor
Cakat tanganKanan
AcaraPerseorangan Lelaki
Rekod pingat
Mewakili  Malaysia
Badminton lelaki
Sukan Olimpik
Pingat perak – tempat kedua Munich 1972 Beregu lelaki
Piala Thomas
Pingat perak – tempat kedua Kuala Lumpur 1970 Pasukan
Sukan Asia
Pingat emas – tempat pertama Bangkok 1970 Beregu lelaki
Pingat emas – tempat pertama Bangkok 1970 Perseorangan lelaki
Sukan Komanwel
Pingat emas – tempat pertama Edinburgh 1970 Beregu lelaki
Pingat emas – tempat pertama Christchurch 1974 Perseorangan lelaki
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama Yangon 1969 Perseorangan lelaki
Pingat emas – tempat pertama Kuala Lumpur 1971 Beregu lelaki
Pingat emas – tempat pertama Singapura 1973 Perseorangan lelaki
Kejohanan Badminton Asia
Pingat emas – tempat pertama Manila 1969 Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua Manila 1969 Perseorangan lelaki

Kerjaya badminton sunting

Beliau menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963). Juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.[3]

Gunalan mewakili skuad Malaysia ke Piala Thomas 1970 dan sekali lagi pada 1973. Beliau memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau mendapat kejayaan cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.[4]

Gunalan berpasangan dengan Ng Boon Bee dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 1971 dan menjadi juara. Pada tahun 1974, beliau ditewaskan oleh Rudi Hartono dalam acara beregu perseorangan.[5]

Jurulatih sunting

Selepas berhenti menjadi pemain badminton, beliau melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.[6] Dari tahun 1985 hingga 1997, beliau telah memegang jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden IBF 2006 dan menyaksikan pengundian Piala Thomas & Uber 2006.[7]

Penghargaan sunting

Punch dinobatkan sebagai Olahragawan Negara dua kali oleh kerajaan Malaysia iaitu pada 1969 dan 1974. Nama beliau turut tercatat sebagai Tokoh Pengisahan Sejarah Piala Thomas oleh Arkib Negara Malaysia pada 27 April 2000.[8]

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada awal Rabu, 15 Ogos 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya pada usia 68 tahun[9] selepas sekian lama beliau bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan.[10]

Penghargaan sunting

Penghargaan Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Datuk Punch Gunalan. arkib.gov.my
  2. ^ "Punch Gunalan, legenda badminton satu dalam sejuta". Utusan Online. 13 Julai 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
  3. ^ "Boon Bee recalls the joy of his partnership with Punch - Other Sports | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-01-16.
  4. ^ "Hartono remembers Malaysian great as an uncompromising competitor - Other Sports". The Star Online. 16 Ogos 2012. Dicapai pada 2017-01-16.
  5. ^ "Punch Gunalan answers your 10 questions - Business News | The Star Online". www.thestar.com.my. 6 Jun 2010. Dicapai pada 2017-01-16.
  6. ^ Punch Gunalan - The Passing of A True Badminton Master Malaysian Digest (15 Ogos 2012). Diperoleh pada 23 September 2012.
  7. ^ "Razif: 1992 Thomas Cup winning team had all-round depth - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-01-16.
  8. ^ Datuk Punch Gunalan
  9. ^ "Pemergian Punch Gunalan tiada galang ganti". BH Online. 5 Mac 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
  10. ^ "Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia", Utusan Online. 15 Ogos 2012.

Pautan luar sunting