Pusaka Pontianak ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1965 di Singapura. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh Ramon A. Estella dan diterbitkan oleh Shaw Brothers.[1]

Pusaka Pontianak
PengarahRamon A. Estella
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1965
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Waris-waris seorang jutawan yang baru meninggal dunia berkumpul di banglonya untuk mendengar wasiatnya. Peguam wasiat berkomplot dengan adik tirinya untuk membolot harta tersebut. Dia memberitahu waris-waris tersebut bahawa almarhum adalah keturunan pontianak. Sesiapa yang inginkan harta tersebut mesti tinggal di banglo jutawan tersebut yang terletak ditengah-tengah sebuah kebun getah, selama empat minggu. Sesiapa yang keluar dari kawasan kebun getah tidak akan mendapat harta wasiat tersebut yang berjumlah 10 juta ringgit termasuk insurans nyawa sebanyak satu juta ringgit. Bagi waris yang meninggal dunia ketika berada dibanglo tersebut, bahagian harta wasiatnya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup. Seorang demi seorang waris dibunuh oleh pontianak yang menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dan masuk kedalam banglo tersebut. Kehadiran wakil syarikat insurans akhirnya berjaya membongkar misteri kewujudan pontianak.

Barisan pelakon sunting

Lagu sunting

  • Dendang Pontianak (Jibam Jibam) - Ahmad Daud

Rujukan sunting

  1. '^ Staf The Star (4 Jun 2004). "Dawn of the 'pontianaks". The Star. Dicapai pada 2008-10-04. Shaw Brothers produced Pusaka Pontianak in 1965...
2. Pusaka Pontianak (filem), VCD Edaran Music Valley.

Pautan luar sunting