Pusat Darah Negara

Pusat Darah Negara (juga dikenali sebagai PDN sebagai nama singkatan) merupakan pusat darah terkemuka di Malaysia. Ditubuhkan pada 1955 sebagai Tabung Darah Persekutuan Tanah Melayu, ia kemudiannya bertukar nama kepada Pusat Darah Negara pada 1998, ia terletak di Jalan Tun Razak.

Pusat Darah Negara
Pusat Darah Negara
Intisari agensi
Dibentuk1955 sebagai Tabung Darah
1999 sebagai Pusat Darah Negara
JenisInstitusi Perubatan
Bidang kuasa
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ibu pejabatJalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia.
3°10′23″N 101°42′22″E / 3.17306°N 101.70611°E / 3.17306; 101.70611
Kakitangan500 orang
Belanjawan tahunanRM 50 juta
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Institusi Perubatan
  • Dr. Norhayati Binti Abu Amin,
    Pengarah
  • Dato' Dr. Faraizah Binti. Dato' Abd. Karim,
    Timbalan Pengarah I
  • Dr. Afifah Binti. Haji Hassan,
    Timbalan Pengarah II
  • Mohd. Tirmidzy Bin Che Mat,
    Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Laman sesawang
http://www.pdn.gov.my/
Nota kaki
Telefon: 03-2613 2688
Fax: 03-2698 0362

Sejarah sunting

Perkhidmatan Tabung Darah Di Malaysia telah dirintis oleh sekumpulan sukarelawan wanita Palang Merah British pada tahun 1955. Pada peringkat awalnya perkhidmatan ini hanya dibuka pada hari Rabu jam 5.00 petang hingga 5.30 petang bertempat di bangunan Hospital Umum Kuala Lumpur. Atas inisiatif ini, seramai 25 hingga 44 penderma berjaya dikutip setiap bulan. Penderma-penderma pada masa itu terdiri daripada anggota polis, tentera dan kakitangan kerajaan.

Setelah 15 tahun bermulanya perkhidmatan ini, sebanyak 5,830 unit darah dan tidak kurang dari 13,860 ujian keserasian berjaya dilakukan. Memandangkan kepada bertambahnya perkhidmatan ini, Tabung Darah di pindahkan ke satu bangunan khas di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1971. Bangunan ini dikenali sebagai “Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan” dan telah dirasmikan pada bulan April 1972 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan.Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan yang diletakkan di bawah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia diterajui oleh seorang Pengarah. Beliau bertanggungjawab dalam segala hal perkhidmatan darah yang merangkumi hal teknikal dan pengurusan.

Bermula pada tahun 1975 pula, Pusat PerkhidmatanDarah telah memainkan peranan yang penting dalam penyeragaman peraturan kerja,metodologi, riagen dan peralatan tabung darah di seluruh negara.Pada tahun 2002 bangunan baru Pusat Darah Negara telah dibina di Jalan Tun Razak dan ianya telah dirasmikan oleh Yg Bhg Datuk Sri Hasmah Mohd Ali.Bangunan ini tersergam indah dan megah sehingga kini dalam menjamin dan memastikan kutipan darah yang SELAMAT, BERSIH dan BERKUALITI.

Pengenalan sunting

Pusat Darah Negara (PDN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan trasfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. PDN memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Tranfusi Mikrobologi, Hematologi, Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti dan Immunogenetik, Hemofilia, Kualiti/ Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan Kesihatan.

Pada peringkat Wilayah Tengah, PDN bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah dan produk-prooduk darah untuk kegunaan pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. PDN turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian saringan darah bagi seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang Barat. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggota PDN mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan, PDN telah menganjurkan dan memberikan latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar,bengkel dan konferen.

PDN turut memberikan khidmat latihan kepada anggota di hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta. PDN juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities), Australia bagi piawaian ISO/IEC 17025. Diharap dengan pengiktirafan ini pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidmatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek kualiti dan keselamatan.

Visi, Misi, & Objektif sunting

Visi sunting

Pusat Darah Negara sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.

Misi sunting

Pusat Darah Negara sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan, berhemah, professional yang didokong dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama di antara lain-lain institusi samada dalam atau luar Negara bagi menjalankan penyelidikan da perkongsian ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan pesakit, penderma-penderma darah, individu-individu di dalam penjagaan kesihatan dan masyarakat amnya.

Objektif sunting

Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat. Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui amalan prosedur saringan serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa. Memastikan penjagaan pesakit yang optima melaui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi terkini dalam bidang perubatan terkini.

Pengarah Pusat Darah Negara sunting

Senarai Pengarah yang pernah berkhidmat di Pusat Darah Negara

No. Nama Tempoh
Perkhidmatan
1 Dato' Dr. Yasmin Binti Ayob 2001 - 2008
2 Dr. Norhanim Binti Asidin 2008 - 2010
3 Datuk Dr. Roshida Binti Hassan 2010 - 2014
4 Dr. Noryati Binti Abu Amin 2014 - 2022
5 Dr. Afifah Bt Hj Hassan 2022-2023
6 Dr. Masrin bin Zahrin 2023-sekarang

Perkhidmatan sunting

Perolehan darah sunting

Ujian saringan sunting

Produksi sunting

Pembekalan sunting

Kualiti/Biokimia sunting

Rawatan Hemofilia sunting

Darah Tali Pusat (Stem cell) (Cord Blod) sunting

Bertanggugjawab untuk mengumpul dan memproses darah tali pusat yang didermakan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan sel stem. Semua pendermaan adalah secara sukarela dan penderma tidak dikenakan apa-apa bayaran.

  • Mangambil darah tali pusat dari uri secara “ex-utero” iaitu pengambilan darah dilakukan selepas uri dikeluarkan dari rahim ibu.
  • Semua darah tali pusat ini diambil dari Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur.
  • Menjalankan soal selidik terhadap penderma untuk memastikan darah yang didermakan adalah selamat untuk digunakan.
  • Menjalankan kerja-kerja memproses dan menyimpan darah tali pusat yang berjaya dikutip.
  • Setiap unit darah tali pusat ini akan diproses oleh seorang kakitangan sahaja bermula daripenerimaan darah tali pusat hinggalah ke penyimpanan.
  • Memberi penerangan kepada penderma yang ingin menderma darah tali pusat supaya memahami semua syarat-syarat yang terdapat dalam Borang Kebenaran Penderma dan Pengujian Cord Blood sebelum menandatangani borang tersebut.
  • Memastikan hanya penderma yang sesuai sesuai sahaja akan diterima menderma darah tali pusat dan dikehendaki melengkapkan Borang Soal-Selidik Status Risiko Kesihatan penderma.
  • Memastikan hanya darah tali pusat yang berjaya diproses dan disimpan sahaja akan menjalani ujian “HLA Typing”.
  • Memberi khidmat kaunseling dan merujuk penderma kepada pihak hospital untuk tujuan rawatan lanjut bagi pendermaan yang didapati tercemar oleh jangkitan virus atau bacteria.
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan yang melibatkan darah tali pusat. Memastikan segala maklumat peribadi penderma (ibu) dan anak adalah SULIT.
  • Memastikan semua sample darah tali pusat akan dihantar ke makmal bagi menjalani ujian saringan seperti berikut;
  1. Hepatitis “B” Surface antigen ( HBsAG)
  2. Anti – HIV
  3. Syphilis (VDRL/RPR)
  4. ABO Grouping & Rh Typing
  5. HLA typing
  6. Anti – CMV (lgG dan lgm)
  7. Hb-Analysis
  8. Sterility Testing (Bacterial Contamination)

Pendidikan Kesihatan sunting

Perkhidmatan Makmal sunting

Kempen derma darah sunting

Kempen menderma darah sering dianjurkan oleh PDN sekitar kawasan Lembah Klang. Jadual dan lokasi kempen boleh dirujuk dilaman web rasmi PDN.

 
Contoh poster yang memaklumkan kempen derma darah.

Keistimewaan penderma darah sunting

Keistimewaan yang diberikan oleh PDN kepada penderma darah dinyatakan dalam:

  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 [1].

Keistimewaan ini diberikan kepada penderma yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan.

Kekerapan menderma Keistimewaan rawatan
1 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
(tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan) Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun
dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun
dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma “Whole blood”) dan
Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun
dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pusat Darah Negara. Keistimewaan Penderma Darah Diarkibkan 2009-10-28 di Wayback Machine. Diperoleh 15 Mei 2011.

Pautan Luar sunting