Pusat pembuangan undi

Pusat pembuangan undi merupakan sesuatu tempat yang telah diwartakan sebagai tempat bagi proses pengundian dilakukan, di mana pengundi yang berdaftar akan datang dan memasukkan kertas undi yang telah ditanda ke dalam peti undi yang disediakan.

Pusat pembuangan undi yang terletak di dalam sebuah perpustakaan subbandar di bahagian utara Cambridge semasa Pilihan raya umum United Kingdom, 2005.

Oleh sebab pilihan raya biasanya berlangsung secara berkala selama satu atau dua hari, seringnya pada setiap tahun atau tempoh yang lebih panjang, pusat pembuangan undi seringnya mempergunakan kemudahan untuk kegunaaan lain, misalnya sekolah, dewan sukan, atau pejabat kerajaan tempatan, dengan setiapnya melayani bilangan orang yang agak sama. Pusat pembuangan undi dianggotai oleh pegawai yang digelar pegawai pilihan raya atau gelaran yang lain. Kerja mereka adalah untuk mengawas tatacara pengundian serta membantu pengundi dalam proses pengundian. Sebaliknya, pengawas pilihan raya merupakan pemerhati, baik pemerhati bebas mahupun pemihak, yang hadir untuk memastikan keadilan proses.

Kemudahan dibuka pada waktu yang tertentu, bergantung kepada jenis pilihan raya, dengan kegiatan politik oleh atau bagi pihak calon pilihan raya biasanya dilarang di dalam pusat pembuangan undi dan kawasan yang berhampiran.

Di dalam pusat pembuangan undi, terdapat satu bilik di mana pengundi boleh memilih calon atau parti pilihannya secara sulit dan jika kertas undi digunakan, kertas itu dimasukkan ke dalam peti undi di hadapan para saksi yang tidak dibenarkan melihat pilihan yang dibuat. Mesin undi kekadang digunakan.

Sesetengah pusat pembuangan undi merupakan struktur sementara. Pondok mudah alih boleh diletakkan di tempat pengundian dan dipindahkan kemudian.

Lihat juga sunting