Putatan merupakan sebuah bandar yang terletak di Daerah Putatan, Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Putatan juga adalah sub-bandar kepada Kota Kinabalu dan merupakan sebahagian daripada Greater Kota Kinabalu. Putatan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Putatan. Ahli Parlimen Putatan ialah Y.B. Datuk Shahelmey Yahya, dari BN-UMNO. [1]

Putatan
ڤوتاتن
Bandar Putatan Melalui Udara
Bandar Putatan Melalui Udara
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahPutatan
Pentadbiran
 • MPDatuk Shahelmey Yahya (BN-UMNO) (Putatan)
Penduduk
 (2000)
 • Jumlah61,744
Nombor platSA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)

Asal Usul sunting

Putatan adalah sebuah daerah/pekan yang dijadikan pusat pentadbiran dalam pemerintahan Inggeris di bawah North Borneo Chartered Company pada tahun 1884 setelah berada dibawah jajahan Kerajaan Kesultanan Brunei. Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan . Berdasarkan cerita lisan; Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai 'Putat Town' oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun di kalangan penduduk tempatan, 'Putat Town' dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.[2]


Penduduk sunting

Berdasarkan bancian 2010, populasi penduduk di Putatan dianggarkan seramai 85,454 orang.[3] Penduduk Putatan terdiri daripada kaum Melayu Brunei, Kadazandusun, Bajau(Samah) dan Cina serta beberapa kaum lain.

Pembangunan sunting

 
Pusat Membeli-Belah One Place Mall adalah satu-satunya Pusat Beli Belah di Daerah Putatan

Bandar Putatan sedang mengalami peningkatan kemajuan dari segi pembangunan dan infrastruktur awam seperti dewan masyarakat, masjid daerah, beberapa buah pusat kesihatan, beberapa buah pasaraya seperti Giant dan Servey Hypermarket, selain beberapa buah pusat perbankan seperti CIMB, Maybank, Bank Simpanan Nasional(1992) dan Bank Rakyat.

Pusat beli belah di bandar ini juga tumbuh seperti cendawan akibat tempias kemajuan yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu, antaranya One Place Mall, Putatan Square dan Royal Putatan Plaza yang sedang dalam pembinaan. Di bandar ini juga, terdapat dua buah institusi pengajian tinggi iaitu INTI College dan Sabah Institute of Studies.

Selain itu, sebuah balai cerap yang diberi nama Balai Cerap Al-Biruni di Tanjung Dumpil yang terletak tidak jauh dari bandar ini. Balai cerap ini adalah satu-satunya balai cerap di Sabah yang terkenal sebagai tempat untuk menentukan perkara berkaitan keagamaan seperti untuk takwim hijrah, penentuan waktu solat dan jadual berbuka puasa serta imsak, dan ia juga akan dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan ilmu astronomi di Sabah.[4] Putatan mempunyai 3 buah mukim yang membentuk daerah putatan. Mukim Putatan, mukim Petagas, dan mukim Ketiau. Di daerah ini jugalah adanya kem lok kawi markas 5 briged tentera darat Kota kinabalu Sabah.

Perhubungan sunting

Tahap ketersampaian untuk bandar dan daerah Putatan adalah sangat baik memandangkan ia terletak di laluan Jalan Pan Borneo. Bandar ini dihubungkan dengan lebuh raya dua lorong dua hala disebabkan kedudukannya sebagai pintu masuk untuk ke Bandar Raya Kota Kinabalu. Putatan juga mempunyai stesen kereta api yang baru dibina kerana ia merupakan perhentian utama bagi laluan kereta api kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Kota Kinabalu, selain stesen kereta api Tanjung Aru, Papar, Beaufort dan Tenom.

Akibat kesesakan trafik yang tinggi, projek naik taraf jalan Putatan sehingga persimpangan Lok Kawi akan dijalankan melibatkan pembesaran jalan menjadikan laluan tersebut kepada lebuh raya tiga lorong dua hala. Projek yang bermula April 2013 ini dijangka siap pada penghujung 2015.[5]

Pelancongan sunting

Terdapat beberapa buah tempat menarik di Putatan, antaranya Lok Kawi Wildlife Park yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Taman ini adalah gabungan antara zoo dan taman botanikal.

Selain itu, Balai Cerap Al-Biruni di Tanjung Dumpil adalah antara tempat wajib untuk dilawati kerana ia adalah satu-satunya balai cerap di Sabah bagi pembangunan ilmu falak.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&
  2. ^ http://www.sabah.gov.my/pdptn/index.php?option=com_content&view=article&id=148&Itemid=610
  3. ^ Putatan, World Gazetteer, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-09, dicapai pada 2009-10-04
  4. ^ http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=292845
  5. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20130326/wb_03/Naik-taraf-jalan-bermula-April


Koordinat: 5°53′N 116°03′E / 5.883°N 116.050°E / 5.883; 116.050