Putera Louis dari Wales

putera ketiga Putera William dan Catherine Middleton
(Dilencongkan dari Putera Louis dari Cambridge)

Putera Louis dari Wales (Louis Arthur Charles; /ˈli/ LOO-ee[2]; diputerakan 23 April 2018) ialah anakanda bongsu dan putera kedua kepada William, Putera Wales, dan Catherine, Puteri Wales. Baginda berada dalam tempat keempat dalam susur galur pewarisan takhta British.

Putera Louis
Keputeraan(2018-04-23)23 April 2018 (umur 5 tahun)
Hospital St Mary, London
Nama penuh
Louis Arthur Charles[fn 1]
KerabatWindsor
AyahandaWilliam, Putera Wales
BondaCatherine, Puteri Wales

Keputeraan sunting

Istana Kensington mengumumkan pada 4 September 2017 bahawa Duke dan Duchess Cambridge berisi anakanda ketiga baginda berdua.[3] Seorang putera telah diputerakan pada 11:01 BST (10:01 UTC) pada 23 April 2018.[4][5] Baginda pertama kali kelihatan di khalayak ramai, tujuh jam selepas keputeraannya, di luar Lindo Wing Hospital St Mary.[6] Pada 27 April 2018, diumumkan bahawa Putera berkenaan dinamakan Louis Arthur Charles,[7] sempena buyut saudara Lord Mountbatten dan tokoh nenda kepada Putera Wales.[6]

Gelaran dan pewarisan sunting

 
Tembakan hormat di Taman Hyde, London menandakan keputeraan

Louis, sejak diputerakan, seorang putera United Kingdom diberikan gelaran His Royal Highness (Yang Teramat Mulia) di bawah barang titah surat paten moyangandanya Ratu Elizabeth II pada 31 Disember 2012, memberikan terasul dan gelaran kepada kesemua anakanda putera sulung Putera Wales.[8] Baginda digelar "His Royal Highness Prince Louis of Cambridge" ("Yang Teramat Mulia Putera Louis dari Cambridge").[6]

Pada 9 September 2022, beliau bergelar Yang Teramat Mulia Putera Louis dari Wales setelah kemangkatan moyangnya Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022.

Putera Louis berada di tempat keempat dalam susur galur pewarisan takhta British.[4] Berikutan pelaksanaan Perjanjian Perth, yang telah menukar pewarisan putera sulung dengan pewarisan anakanda sulung, baginda merupakan putera yang pertama ditempatkan di belakang kakanda puteri dalam susur galur pewarisan.[9]

Keturunan sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Putera British tidak biasanya menggunakan nama kerabat. Apabila diperlukan, nama kerabat bagi keturunan susur galur lelaki Ratu Elizabeth II selalunya Mountbatten-Windsor.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Royal Family name". The Official Website of the British Monarchy. The Royal Household. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai pada 24 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Hallemann, Caroline (27 April 2018). "How Do You Pronounce Prince Louis?". Town & Country. Dicapai pada 27 April 2018.
  3. ^ "Duchess of Cambridge expecting third child". BBC News. 4 September 2017. Dicapai pada 23 April 2018.
  4. ^ a b "Duchess gives birth to baby boy". BBC News. 23 April 2018. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ "The Duke and Duchess of Cambridge's third baby". The Royal Family. London: Istana Buckingham. 23 April 2018. Dicapai pada 23 April 2018.
  6. ^ a b c "Prince Louis Arthur Charles: New royal baby name announced by Duke and Duchess of Cambridge". The Telegraph. 27 April 2018. Dicapai pada 27 April 2018.
  7. ^ "Royal baby: Duke and Duchess of Cambridge name their baby son Louis". The Guardian. Press Association. 27 April 2018. Dicapai pada 27 April 2018.
  8. ^ "No. 60384". The London Gazette. 8 January 2013. m/s. 213.
  9. ^ "Royal baby: Duchess of Cambridge gives birth to new prince". BBC News. 23 April 2018. Dicapai pada 23 April 2018.

External links sunting

Putera Louis dari Wales
Tarikh keputeraan: 23 April 2018
Susunan penggantian
Didahului oleh
Puteri Charlotte dari Cambridge
Pewarisan takhta British
Ke-5 dalam susur galur
Diikuti oleh:
Putera Henry dari Wales

Templat:British princes