Puyehue-Cordón Caulle

Puyehue (/[invalid input: 'icon']pˈjw/, poo-YAY-way; Sebutan Sepanyol: [puˈʝewe]) dan Cordón Caulle (/kɔːrˈdn ˈkj/, kor-DOHN-' KOW-yay) adalah gunung berapi utama yang bergabung membentuk massif gunung utama di Taman Negara Puyehue di Banjaran Gunung Andes Provinsi Ranco, Chile. Dalam vulkanologi kelompok ini dipanggil Puyehue-Cordón Caulle Volcanic Complex (PCCVC). Empat gunung berapi berbeza membentuk kompleks gunung berapi ini: kaldera Cordillera Nevada, gunung berapi Mencheca, lohong rekahan Cordón Caulle dan stratovolkano Puyehue.[3]

Puyehue-Cordón Caulle
Puyehue dilihat daripada arah selatan Tasik Puyehue
Titik tertinggi
Ketinggian2,236 m (7,336 ka) (Puyehue)[1]
Tonjolan1,800 m (5,900 ka)
SenaraiUltra
Geografi
LokasiKomun Lago Ranco, Río Bueno dan Puyehue, Chile
Induk banjaranAndes
Geologi
Jenis gunungGunung berapi kompleks
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Zon Gunung Berapi Selatan
Letusan terakhir2011 [2]
Pendakian
Laluan paling mudahEntre Lagos – Fundo El Caulle – puncak Puyehue
Awan debu akibat letusan PCCVC pada Jun 2011

Kawasan Puyehue-Cordón Caulle merupakan salah satu tapak utama peninjauperiksaan untuk kuasa geoterma di Chile.[4][5] Aktiviti geoterma ketara di permukaan Puyehue dan Cordón Caulle dalam bentuk mata air didih, solfatara dan fumarol.[6]

Sejarah letusan sunting

Letusan 1960 sunting

Pada 24 Mei 1960, 38 jam selepas gegaran utama gempa bumi Valdivia 1960, gempa bumi terkuat dalam sejarah bertulis, Cordón Caulle mula mengalami letusan rekahan riodasit. Gempa bumi tersebut melanda seluruh kawasan Chile di antara Talca (30°S) dan Chiloé (43°S) dengan anggaran magnitud momen sekuat 9.5. Terletak di antara dua lembah Andes yang ketika itu kurang penduduk dan terpencil, letusan gunung berapi ini tidak memiliki banyak saksi dan kurang mendapat perhatian daripada media tempatan akibat kerosakan dan kehilangan besar oleh gempa bumi.[7] Letusan ini disuap oleh rekahan 5.5 kilometer (3 bt) panjang dengan arah aliran barat laut-barat (N135°), 21 lohong individu ditemui di sepanjangnya. Lohong-lohong ini mengeluarkan output kira-kira 0.25km3 DRE dalam bentuk aliran lava dan tefra.

Letusan ini berakhir pada 22 Julai.[7]

Letusan 2011 sunting

Peningkatan kadar aktiviti di sini baru-baru ini menyebabkan amaran tahap 4 (tertinggi) dikeluarkan pada 3 Jun 2011.[8] Awal keesokan harinya, letusan bermula dengan awan debu mencapai ketinggian 10,000 meter (32,810 ka).[2]

Sekitar 3,500 penduduk dipindahkan dari kawasan sekitar,[9] sementara awan debu sampai ke bandar Bariloche di Argentina, memaksa penutupan lapangan terbang tempatan.[10] Selain itu Lapangan Terbang Neuquén serta dua lapangan terbang di Buenos Aires juga terpaksa ditutup buat sementara.[11][12]

Pada 9 Jun awan debu tiba pula ke Uruguay, memaksa beberapa penerbangan dibatalkan.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan magmaevolution tidak disediakan
  2. ^ a b "Servicio Nacional de Geología y Minería" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-27. Dicapai pada 2011-06-07. (Sepanyol)
  3. ^ David C. Gerlach (1988). "Recent Volcanism in the Puyehue-Cordon Caulle Region, Southern Andes, Chile (40.5° S): Petrogeneis of Evolved Lavas". Journal of Petrology. Oxford University Press. 58: 67–83. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Alfredo Lahsen; Sepúlveda, Fabián; Rojas, Juan; Palacios, Carlos (24–29 April 2005), Present Status of Geothermal Exploration in Chile (pdf), Proceedings World Geothermal Congress 2005: Antalya, TurkeyCS1 maint: date and year (link)
  5. ^ Klaus Dorsch (2003), Hydrogeologische Untersuchungen der Geothermalfelder von Puyehue und Cordón Caulle, Chile. (pdf), Tesis PhD, Ludwig-Maximilians University Munich (LMU), Geo-Department, dalam Jerman dengan abstrak Inggeris.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gtep tidak disediakan
  7. ^ a b Lara, L.E., Naranjo J.A., Moreno, H. "Rhyodacitic fissure eruption in Southern Andes (Cordón Caulle; 40.5°S) after the 1960 (Mw:9.5) Chilean earthquake: a structural interpretation". Journal of Volcanology and Geothermal Research. jil 138. 2004.
  8. ^ "Reporte Especial de Actividad Volcánica No 26 Región de Los Ríos Complejo Volcánico Puyehue – Cordón Caulle 03 de junio de 2011" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-23. Dicapai pada 2011-06-13. (Sepanyol)
  9. ^ Volcán Puyehue: Gobierno evacua a 3.500 personas La Nacion, 4 Jun 2011 (Sepanyol)
  10. ^ Bariloche entró en alerta roja por las cenizas del volcán chileno Puyehue Diarkibkan 2011-06-08 di Wayback Machine MDZ online, 4 Jun 2011 (Sepanyol)
  11. ^ "Volcanic Ash from Puyehue Halts Argentina's Air Traffic Again Today". International Business Times. Dicapai pada 9 Jun 2011.
  12. ^ "Puyehue's volcanic ash cloud grounds flights out of Argentine capital". CNN. Dicapai pada 9 Jun 2011.
  13. ^ "Nube de cenizas del cordón Caulle alcanza Uruguay y obliga a cancelar vuelos". Emol.