Qigong (atau ch'i kung) ialah beraneka amalan pemupukan tradisional yang melibatkan kaedah mengumpul, mengedar, dan mengusahakan qi atau tenaga dalam badan. Adakalanya, qigong disalah sangka sentiasa melibatkan pergerakan atau kawalan pernafasan. Sebenarnya, penggunaan kaedah khas yang menumpu pada pusat-pusat tenaga tertentu di dalam dan sekitar badan adalah biasa dalam pelbagai bentuk qigong. Qigong diamalkan dengan tujuan menjaga kesihatan, pengantaraan terapeutik, bidang perubatan, jalan kerohanian ataupun komponen seni bela diri Cina.

Qigong

Seorang wanita melatih Qigong.
Cina Tradisional:
Cina Ringkas:
Hanyu Pinyin: qìgōng
Maksud harfiah: Qi cultivation

Istilah "qigong" terdiri daripada dua kata: Qi bermaksud udara dalam bahasa Cina, bahkan juga meliputi erti daya hidup, tenaga dinamik ataupun nafas kosmik; Gong pula bermaksud tindakan yang dilakukan dalam sesuatu disiplin atau tahap kemahiran yang tercapai. Oleh itu, qigong adalah tindakan nafas atau tindakan tenaga. Isitlah ini dicipta pada abad ke-20 dan penyebarnya David Ownby berpendapat bahawa istilah ini melambangkan kehendak kebudayaan untuk mengasingkan pemupukan dari unsur tahyul, mensekularkan dan mengekalkan aspek-aspek terpenting dalam amalan tradisional Cina.[1]

Bemacam-macam pendangan yang diberi terhadap qigong dari perspektif sains. Kebanyakan pengamal perubatan Barat serta ramai pengamal perubatan Cina tradisional, serta kerajaan Cina, memandang qigong sebagai senaman pernafasan dan gerak-geri yang boleh membawa manfaat dalam bentuk pengurangan tekanan dan senaman. Ada pihak lain yang melihat qigong dari segi metafizik, iaitu mendakwa bahawa qi kosmik boleh diserap ke dalam badan lalu diedarkan melalui saluran yang bergelar jingluo ("meridian"). Tiadanya dasar anatomi atau histologi kukuh yang dapat membuktikan kewujudan titik akupunktur ataupun meridian.[2][3]

Sejarah sunting

Walaupun qigong berakar-umbi ribuan tahun lalu, namun seorang cendekiawan dari Montreal yang bernama David Ownby memahami qigong sebagai perkembangan China pasca pemerintahan Mao Zedong, iaitu setelah berakhirnya Revolusi Kebudayaan di China timbulnya pengakuan tersirat bahawa fahaman Marxisme tidak berguna lagi, apatah lagi "negara totalitarian" yang mendewakan pemimpin parti, oleh itu tercetusnya "krisis kerohanian." Oleh sebab agama-agama utama dikecam dan diharamkan ketika Revolusi Kebudayaan dilaksanakan, ramai rakyat Cina tidak merasai lagi tarikan yang pernah dirasai mereka.[4] Qigong dikatakan berubah dalam konteks bersejarah ini, sebagai suatu “cabang perubatan Cina yang bersifat rohani dan sedikit mistik.” Ownby menerangkan yang seumpamanya mengenai sejarah qigong do China. Qigong dipupuk di China pasca-Mao untuk tujuan amali dan juga ideologi, dan pada masa itulah kepentingannya mencapai tahap "luar jangkaan."[1] Dari segi amali, diharapkan agar qigong boleh meningkatkan lagi kesihatan orang ramai, sekaligus mengurangkan perbelanjaan perubatan kerajaan. Dari segi ideologi pula, Ownby berhujah bahawa ramai pihak dalam kerajaan Komunis "agak tertarik" dengan pemahaman qigong sebagai sejenis "sains Cina", iaitu sebahagian "nasionalisme baru, perakuan kebesaran kebudayaan dan status kuasa terbesar yang agak cauvinis" oleh Republik Rakyat China.[1] Qigong tidak dilihat oleh pihak berkuasa mahupun pengamal sebagai berunsur keagamaan, oleh itu tersebar lagi amalan ini. Lama-kelamaan, wujudnya Persatuan Penyelidikan Saintifik Qigong China yang ditadbir kerajaan, bertujuan mendaftar kumpulan pengamal qigong serta menjalankan kajian "saintifik."[4] Ketika persatuan ini ditubuhkan, sudah terdapat 2000 buah pertubuhan qigong serta kira-kira 60 dan 200 juta pengamal di seluruh China.[1]

Kegunaan sunting

Kini, berjuta-juta penduduk China dan seluruh dunia sentiasa mengamalkan qigong sebagai senaman menjaga kesihatan.[perlu rujukan] Qigong dan disiplin-disiplin berkaitan masih dikaitkan dengan seni bela diri dan kaedah meditasi yang diamalkan oleh sami Taoisme dan Buddha, pengamal seni bela diri profesional, dan anak-anak murid mereka. Dahulu agak dirahsiakan, kini amalan-amalan sedemikian semakin berleluasa di China dan seluruh dunia.

Rawatan perubatan qigong diiktiraf sebagai piawaian teknik perubatan di hospital-hospital China semenjak tahun 1989.[perlu rujukan] Qigong juga diterapkan dalam sukatan pelajaran universiti utama di China. Setelah bertahun-tahun dibahaskan, kerajaan China memutuskan agar menguruskan qigong melalui peraturan kerajaan pada tahun 1996 serta menyenaraikan qigong dalam Pelan Kesihatan Kebangsaan.

Qigong membantu pengamalnya melatih pernafasan diafragma, iaitu satu komponen penting dalam gerak balas mengendur yang penting untuk melawan tekanan. Qigong Tao pula menggunakan pernafasan songsang iaitu menyedut ke belakang rongga toraks, bukan diafragma. Pernafasan diafragma secara tidak betul boleh mengakibatkan masalah pembiakan dalam wanita. [5]

Yan Xin (嚴新), seorang pengamal perubatan Barat dan Cina dan juga pengasas Sekolah Qigong Yan Xin Qigong yang popular, berpendapat bahawa qigong harus melepasi ujian kajian saintifik jika hendak diluaskan lagi di dunia moden; jika tidak, maka qigong akan dipandang rendah sebagai "tahyul". Pada pertengahan 1980-an, beliau dan lain-lain memulakan kajian qigong secara sistematik dalam beberapa institusi penyelidikan di China dan Amerika Syarikat, lebih 20 kertas kerja telah diterbitkan [6].

Walaupun masih ditanya-tanya mengenai aspek kerohaniannya, namun Qigong boleh dianggap sebagai gerakan memanaskan badan yang sesuai pada waktu pagi. Ramai pengamal memilih waktu pagi untuk melatih qigong sebagai cara yang sesuai untuk meregangkan badan dan memanaskan metabolisme.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Ownby, David, "A History for Falun Gong: Popular Religion and the Chinese State Since the Ming Dynasty", Nova Religio, Vol. ,pp. 223-243 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ownbyming" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Felix Mann. Chinese Medicine Times, vol 1 issue 4, Aug. 2006, "The Final Days of Traditional Beliefs? - Part One"
  3. ^ NIH Consensus Development Program (November 3–5, 1997). "Acupuncture --Consensus Development Conference Statement". National Institutes of Health. Dicapai pada 2007-07-17.CS1 maint: date format (link)
  4. ^ a b Johnson, Ian. Wild Grass: three stories of change in modern China. Pantheon books. 2004 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "wildgrass" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ (Nan Huai-Chin, 南懷瑾(1918年——), Meditation and the cultivation of immortality, Gu lu press, Tawain 1991 p.59)
  6. ^ (lihat

Pautan luar sunting