Rabindranath Tagore

Rabindranath Tagore (bahasa Bengali: Rabindranath Thakur রবীন্দ্রনাথ ঠাকুর; Jorasanko, Kolkata, 7 Mei 1861 – 7 Ogos 1941[γ]) juga dikenal dengan nama Gurudev,[δ] adalah seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan berbangsa Bengali. Dia lahir dalam sebuah keluarga Brahmana Bengali, iaitu Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali, daerah di subbenua India antara India dan Bangladesh. Tagore merupakan orang Asia pertama yang mendapat Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (1913).

Rabindranath Tagore
Rabindranath Tagore di Kolkata, sekitar 1915
Rabindranath Tagore di Kolkata, sekitar 1915
PekerjaanAhli sastera, pemuzik, ahli falsafah, penulis drama
Warganegara India
Karya terkenalGitanjali, Jana Gana Mana, Ghare-Baire
AnugerahHadiah Nobel dalam Kesusasteraan (1913)
Tandatangan

Tagore mula menulis puisi sejak berusia lapan tahun dengan memakai nama samaran “Bhanushingho” (Singa Matahari) untuk penerbitan karya puisinya yang pertama pada tahun 1877, dan menulis cerita pendek pertamanya pada usia enam belas tahun. Dia mendapat pendidikan asas di rumahnya di Shilaidaha, serta sering melakukan perjalanan panjang yang menjadikan dia seorang yang pragmatis dan tidak suka mematuhi norma sosial dan adat. Rasa kekecewaannya terhadap Raj British menyebabkan Tagore menyokong Gerakan Kemerdekaan India dan berkawan dengan Mahatma Gandhi. Hali ini juga disebabkan keadaannya yang kehilangan hampir seluruh keluarga beliau, serta kurangnya penghargaan dari Benggala atas karya besarnya, Universiti Visva-Bharati.

Karya-karya tersohor Tagore termasuk Gitanjali (Song Offerings), Gora (Fair-Faced), dan Ghare-Baire (The Home and the World), serta karya puisi, cerita pendek dan novel yang terkenal dan dikagumi seluruh dunia. Dia juga seorang pembaharu kebudayaan dan polymath yang memodenkan seni budaya di Benggala. Dua buah lagu dari aliran Rabindrasangeet (sebuah aliran lagu yang dicipta beliau) kini menjadi lagu kebangsaan Bangladesh (Amar Shonar Bangla) dan India (Jana Maha Gana).

Kehidupan awal (1861 - 1901) sunting

Fail:Tagore (Small).jpg
Tagore pada tahun 1879, ketika menuntut ilmu di England.

Tagore dilahirkan di Rumah Agam Jasanko dengan diberikan nama Rabi. Beliau merupakan anak kepada Debendranath Tagore dan Sarada Devi,[ε] yang bongsu dari empat belas adik-beradik. Setelah menjalani upacara Upanayanam pada usia sebelas tahun (suatu upacara yang menandakan masa seorang anak lelaki untuk memasuki Brahmacari, iaitu masa menuntut ilmu), Tagore bersama ayahnya meninggalkan Kolkata pada tanggal 14 Februari 1873 untuk melakukan perjalanan panjang di India selama beberapa bulan, mengunjungi Shantiniketan dan Amritsar sebelum mencapai Dalhousie, sebuah bukit peristirahatan di kaki Himalaya. Di sini, Tagore mempelajari sejarah, astronomi, ilmu pengetahuan moden dan bahasa Sanskrit dan mempelajari serta mendalami karya sastera klasik dari Kālidāsa.[1][2] Pada tahun 1877, beliau menjadi tokoh terkemuka yang menghasilkan beberapa karya, termasuk puisi panjang dalam gaya Maithili yang dirintis oleh Vidyapati. Sebagai sekedar lelucon, ia menyatakan bahawa ini merupakan karya yang hilang dari Bhānusiha, sebuah sastra dari aliran Vaiṣṇava.[3] Ia juga menulis "Bhikharini" (1877; "Wanita Pengemis" — cerita pendek pertama dalam Bahasa Bengali)[4][5] dan juga “Sandya Sangit” (1882) — termasuk di dalamnya puisi yang sangat terkenal "Nirjharer Swapnabhanga" (The Rousing of the Waterfall).

 
Tagore bersama istrinya, Mrinalini Devi in 1883.

Kerana hasratnya ingin menjadi seorang pengacara, Tagore mendaftar di sekolah umum di kota Brighton, England pada tahun 1878; kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Universiti London, tapi pada tahun 1880 beliau kembali ke Bengal tanpa bergelar sarjana kerana ayahnya telah menjodohkan dia dengan seorang gadis bernama Mrinalini Devi yang kemudiannya dikahwini beliau pada 9 Disember 1883. Mereka melahirkan lima orang anak, empat daripadanya meninggal sebelum sempat mencapai usia dewasa.[6] Pada tahun 1890, Tagore mulai mengelolakan perniagaan keluarganya di Shelidah, sebuah wilayah yang kini sebahagian negara Bangladesh. Beliau yang pada masa ini digelar "Zamindar Babu" melakukan perjalanan melintasi ladang yang sangat luas untuk mengumpulkan wang sewa, serta memberi berkat pada para penduduk desa.[7] Pada masa ini, iaitu zaman Sadhana (1891 — 1895, diambil dari salah sebuah majalah yang diterbit oleh beliau) beliau berada dalam masa-masa yang amat produktif, di mana lebih setengah dari tiga jilid dan 84 karya dikarang.[4] Dengan gaya ironis dan emosional yang kental, Galpaguchchha menggambarkan riwayat Tagore di Benggala, terutamanya kehdiupan di perkampungan.[8]

Shantiniketan (1901—1932) sunting

 
Rabindranath Tagore, diambil sekitar tahun 1905/1906, oleh Sukumar Ray.

Pada tahun 1901, Tagore meninggalkan Shelidah dan pindah ke Shantiniketan (Benggala Barat) tinggal di Ashram yang didirikan oleh ayahnya pada tahun 1863, di sini mendirikan sebuah sekolah percubaan di ruang terbuka, dengan pohon rindang, taman yang indah dan perpustakaan.[9] Dan di sini pula, isterinya serta dua orang anaknya meninggal. Ayah beliau juga meninggal pada 19 Januari 1905. Setelah pemergian ayahnya, Tagore mulai menerima pendapatan bulanan sebagai sebahagian dari warisan orang tuanya; beliau juga menerima pendapatan dari Maharaja Tripura, hasil daripada penjualan perhiasan keluarga, dari rumah sewa di daerah Puri serta hak royalti ke atas karya-karyanya.[10] Melalui karya-karya beliau, Tagore memiliki banyak pengikut baik masyarakat Bengali, mahupun pembaca di luar negeri, lalu beliau menerbit beberapa karya seperti "Naivedya" (1901) dan "Kheya" (1906) dan karya-karya puisi beliau digubah menjadi puisi bebas, yang tidak lagi mengikuti pakem dan irama, tanpa menghilangkan ciri sebagai sebuah karya puisi. Pada tanggal 14 November 1913 Tagore meraih Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Menurut pihak Akademi Sweden sebagai penyelenggara, Tagore memenangi hadiah tersebur ayas idealismenya dalam berkarya dan karya-karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris lalu mudah diterima bagi pembaca di Barat, termasuklah: Gitanjali: Song Offerings (1912).[11] Sebagai tambahan, Kerajaan British menawarkan gelaran kebangsawanan pada tahun 1915; beliau menerima gelaran tersebut pada awalnya namun melepaskannya kemudian sebagai tanda protes terhadap suatu kejadian pembunuhan beramai-ramai di Amritsar, di mana tentara jajahan melakukan penembakan terhadap rakyat awam tidak bersenjata, dengan sekitar 379 orang yang terkorban. [[Berkas:Rabindranath Tagore Hampstead England 1912.jpg|thumb|left|135px|Tagore, foto ini diambil di Hampstead, Inggris pada tahun 1912 oleh John Rothenstein.]] Pada 1921, Tagore bersama Leonard Elmhirst, seorang pakar ekonomi pertanian, mendirikan sekolah yang belakangan diberi nama Shriniketan di Surul, sebuah kampung berdekatan Asrama di Shantiniketan. Melalui ini beliau sendiri berhasrat menyediakan tempat alternatif bagi gerakan Swaraj yang digalang Mahatma Gandhi yang mana sebelum ini pernah dikritiknya.[12] Dia merekrut para sarjana, penyumbang dana serta pekerja dari berbagai negara untuk menjalankan sekolah ini. Membebaskan rakyat dari kemiskinan dan kebodohan dengan cara memperkuat diri di sektor pendidikan.[13][14] Pada tahun 1930an ia juga memberikan perhatian lebih terhadap kaum Dalit (kelompok kasta rendahan).[15][16]

Kehidupan lanjut (1932—1941) sunting

 
Tagore duduk bersama Albert Einstein dalam percakapan mereka yang banyak diberitakan pada 14 Julai 1930.

Dalam dasawarsanya yang terakhir, Tagore tetap mendapat perhatian ramai dengan secara terbukanya mengkritik Gandhi kerana mengatakan bahawa gempa bumi yang hebat pada 15 Januari 1934 di Bihar merupakan laknat terhadap golongan masyarakat yang menindas kaum Dalit.[17] Tagore juga meratapi kemerosotan sosioekonomi yang mula menjadi-jadi di rantau Benggala dan kemiskinan yang berleluasa di Kolkata. beliau mengungkap masalah kemasyarakatan secara terinci dalam sebuah puisi tidak berirama seratus baris dengan teknik visi ganda yang sering digunakan oleh Satyajit Ray dalam filemnya Apur Sansar.[18][19] Tagore juga menyusun 15 jilid karangan, termasuk karya-karya prosa berlirik Punashcha (1932), Shes Saptak (1935), dan Patraput (1936). Dia terus bereksperimen dengan mengembangkan lagu-lagu prosa dan sendratari, termasuk Chitrangada (1914),[20] Shyama (1939), dan Chandalika (1938), dan menulis novel-novel Dui Bon (1933), Malancha (1934), dan Char Adhyay (1934). Tagore mengembangkan minatnya terhadap sains pada tahun-tahun terakhirnya, dan menulis Visva-Parichay (kumpulan karangan) pada 1937. Tagore menjelajahi biologi, fizik, dan astronomi; sementara itu, puisinya — yang mengandung naturalisme yang luas — menggariskan rasa hormatnya terhadap hukum-hukum ilmiah. Beliau juga menyelitkan proses sains (termasuk ulasan para ilmuwan) ke dalam banyak cerita yang terkandung dalam buku-buku seperti Se (1937), Tin Sangi (1940), dan Galpasalpa (1941).[21]

 
Tagore (kiri) berjumpa dengan Mahatma Gandhi di Santiniketan in 1940.

Empat tahun terakhir riwayat hidup Tagore (1937–1941) ditandai oleh kesakitan yang kronik dan dua penyakit yang lama dihidap beliau. Hal ini bermula ketika Tagore pengsan pada akhir 1937; beliau berada dalam keadaan koma dan nazak pada jangka masa yang panjang. Hal ini diikuti tiga tahun kemudian pada akhir 1940 dengan penyakit yang sama, lalu tidak pernah pulih kembali. Puisi yang ditulis Tagore pada tahun-tahun ini dianggap antara yang paling indah dan sangat menonjol kerana pandangan beliau yang mendalam terhadap kematian. Pengalaman-pengalaman yang jauh lebih mendalam dan mistik ini membolehkan Tagore bergelar "penyair moden".[22][23] Setelah penderitaan yang panjang, Tagore meninggal pada 7 Ogos 1941 (22 Shravan 1348) di tingakt atas bangunan Jorasanko di mana beliau dibesarkan;[24][25] Hari pemergian beliau masih tetap diperingati dalam acara-acara umum di kalangan penutur berbahasa Bangla.

Sebuah Petualangan sunting

 
Tagore (tengah kanan) dalam kunjungannya ke Universiti Tsinghua pada 1924.

Tagore memiliki jiwa petualangan yang sangat besar. Antara tahun 1878 dan 1932, ia mengunjungi lebih dari tigapuluh negara di lima benua[26], perjalanan ini sangat penting maksudnya dalam mengenalkan karya-karyanya, serta memaparkan ide-ide politiknya kepada kalangan bukan-Bengali. Sebagai contoh, pada tahun 1912, beliau mengirimkan karya-karya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, yang mengesankan para mubaligh, anak-anak didik Gandhi; Charles F. Andrews, William Butler Yeats; seorang sasterawan dari Ireland, Ezra Pound, Robert Bridges, Ernest Rhys, Thomas Sturge Moore, dan masih banyak lagi yang lainnya.[27] Dan kemudian, Yeats menulis kata pengantar untuk Gitanjali yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, sementara Andrews berjumpa dengan Tagore di Santiniketan. Pada 10 November 1912, Tagore melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat[28] dan Inggris Raya, tinggal di Butterton, Staffordshire.[29] Dari 3 Mei 1916 sampai April 1917, Tagore mengadakan ceramah dan kuliah di serata Jepun dan Amerika Syarikat.[30] Beliau juga menulis esei bertajuk "Nasionalisme di India", yang menerima kritikan dan juga meraih pujian, (termasuk para pasifis termasuk dari Romain Rolland).[31] Setelah kembali ke India, pada usia 63 tahun, Tagore mengunjungi Peru atas undangan pemerintah Peru . Beliau kemudiannya melanjutkan lawatannya dengan mengunjungi Mexico selepas itu. Kedua-dua negara tersebut memberikan sumbangan senilai $100,000 bagi sekolah Shantiniketan (Visva-Bharati) sebagai penghargaan atas kunjungaannya ke kedua negara tersebut.[32] Setelah itu, beliau mengadakan kunjungan ke Buenos Aires, Argentina[33] pada 6 November 1924, dan tinggal di Villa Miralrío dan menjadi tamu dari Victoria Ocampo; seorang intelektual dari Argentina. Selanjutnya dia pulang ke Bengali pada Januari 1925. Pada 30 Mei 1926, Tagore menginjakkan kakinya di Napoli, Itali; ia bertemu dengan diktator berkuasa Benito Mussolini di Roma pada hari berikutnya.[34] Pada awalnya mereka memiliki hubungan yang rapat namun hubungan tersebut berakhir saat Tagore dengan terang-terangan bersuara menentang Mussolini pada 20 Julai 1926.[35]

 
Tagore (barisan hadapan, ketiga dari kanan) bertemu dengan para anggota Majlis Iran (Tehran, pada April-Mei 1932).

Pada 14 Julai 1927, Tagore besrerta dua sahabatnya berangkat menuju Asia Tenggara selama empat bulan di mana mereka mengunjungi Bali, Jawa, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Siam dan Singapura. Catatan perjalanan ini terkumpul dalam karya yang berjudul "Jatri".[36] Pada awal 1936, beliau meninggalkan Bengala untuk sebuah perjalanan panjang menuju Eropah dan Amerika Syarikat. Dalam kunjungan kembali ke England, di mana saat itu lukisannya sedang dipamerkan di London dan Paris, dia tinggal di Birmingham. Di sanalah beliau menulis bahan kuliah untuk kelas yang dikenali sebagai "Kuliah Hibbert" di Universiti Oxford dan menjadi pengacara di persidangan tahunan Perkumpulan Kristian London.[37] Disini, (dialamatkan pada hubungan antara Inggeris dengan India, sebuah topik yang dia terus perjuangkan dan pertahankan selama lebih dari dua tahun kehadapan) dia berbicara mengenai "dark chasm of aloofness".[38] Kemudian dia mengunjungi Aga Khan III, tinggal di Dartington Hall, kemudian melanjutkan perjalanan menuju Denmark, Swiss, dan Jerman dari bulan Jun hingga pertengahan September 1930, lalu berlanjut hingga Kesatuan Soviet.[39] Terakhir, pada bulan April 1932, Tagore — yang sebelumnya telah mengenali ahli mistik Persia terkenal, Hafez — diundang secara peribadi sebagai tetamu kehormat Shah Reza Pahlevi untuk mengunjungi Iran.[40][41] Sebagaimana seorang petualang, Tagore dapat bertemu dan berinteraksi dengan banyak orang-irang penting dan kenamaan, termasuk di antaranya Henri Bergson, Albert Einstein, Robert Frost, Thomas Mann, George Bernard Shaw, H.G. Wells and Romain Rolland.[42][43] Perjalanan terakhir Tagore tersiar dengan luas, termasuk saat mengunjungi Persia, Iraq (di tahun 1932) dan Sri Lanka pada tahun 1933, menajamkan fikirannya berkenaan dengan nasionalisme dan kemanusian.[44]

Karya Sang Maestro sunting

 
Stempel dari kayu, "Ra-Tha" (dalam bahasa Bengali) Tagore sering menghiasi manuskripnya dengan lukisan/gambar-gambar buatannya sendiri. (Dyson 2001)

Reputasi Tagore dalam dunia sastera sangat menonjol terutama pada karya-karya puisinya, meskipun ia juga menulis novel, esri, cerita pendek, catatan perjalanan, cerita drama, dan ribuan lagu. Mengenai karya-karya prosa yang dihasilkan, cerita pendek adalah yang paling mendapatkan perhatian; tentu saja, ia tercatat sebagai orang yang merintis karya cerita pendek dalam Bahasa Bengali. Karya-karyanya sering menjadi perhatian kerana irama yang unik, lirik-lirik yang mengandungi pujian terhadap alam semesta, serta lirik-lirik yang bernada optimistik. Dan juga, banyak dari cerita yang ditulisnya diambil dari kehidupan sehari-hari yang sederhana — kehidupan manusia biasa.

Novel dan karya bukan fiksyen sunting

Tagore menulis lapan novel dan empat novela, termasuk Chaturanga, Shesher Kobita, Char Odhay dan Noukadubi. Ghare Baire (The Home and the World) — melalui cermin mata Nikhil seorang zamindar idealis — bercerita tentang kebangkitan nasionalisme di India, pengganasan dan semangat keagamaan dalam gerakan Swadeshi; sebuah ungkapan jujur dari seorang Tagore atas apa yang berkecamuk dalam hatinya. Dan tentu saja, karya novel ini ditutup dengan kesuraman, penentangan dan kekerasan antara sektarian Hindu-Islam, dan Nikhil terluka parah.[45] Gora mengambil tema yang sama, yang akhirnya menjadi sebuah kontroversi berkenaan dengan "Identitas India". Sebagaimana hal-nya dengan Ghare Baire, permasalahan tentang identiti diri (Jāti), kebebasan pribadi dan agama dikemas dalam sebuah cerita keluarga dengan bumbu cinta segitiga.[46] Karya lain yang tak kalah hebatnya adalah Yogayog (Nexus), dimana Kumudini sang pahlawan wanita terkoyak diantara konflik dalam diri mahupun dari luar. Disini Tagore mencuba mencurahkan sisi feminin dalam dirinya, melalui kesedihan dia menggambarkan kesengsaraan dan kematian seorang wanita Bengali yang terperangkap dalam kehamilan, kewajiban sebagai wanita serta kehormatan wanita; secara simultan dia mengungkapkan penolakan atas sistem oligarki di tanah Benggala.[47]

Fail:Tagore Signature.png
Tanda tangan Tagore.

[[]]

Karya-karya novel yang lainnya menggambarkan suasana yang lebih menggembirakan: Shesher Kobita (diterjemahkan dua kali — Puisi Terakhir dan Lagu Perpisahan) banyak mengandung puisi dan rangkaian irama yang ditulis oleh watak utamanya. Juga mengandung elemen satira — sindiran — bergaya post-moderen yang kontroversial, di mana watak pembantu dengan senang hati menyerang nilai-nilai lama, ketinggalan zaman, yang secara kebetulan, atas nama Rabindranath Tagore. Walaupun karya novel-nya adalah karya yang paling sedikit mendapat apresiasi diantara karya yang lainnya pada masa itu, pada masa kini malah mendapat perhatian untuk diangkat dan diadaptasi ke dalam karya filem, oleh para sutradara seperti: Satyajit Ray. Antara karya novel yang diangkat ke filem adalah Choker Bali dan Ghare Baire; banyak sountrack yang dipake dari film ini merupakan lagu-lagu yang diciptakan olehnya yang juga menciptakan aliran dalam berlagu yang dikenal dengan: rabindrasangit. Tagore juga banyak menghasilkan karya-karya bukan-fiksyen yang dalam penulisannya banyak mengambil topik dari Sejarah India hingga ilmu bahasa (Linguistik), dan juga termasuk karya otobiografi, catatan perjalanan, esai dan bahan kolej dan ceramah di pelbagai belahan dunia yang dikumpulkan dalam beberapa bahagianbantaranya adalah Iurop Jatrir Patro (Surat dari Eropah) dan Manusher Dhormo (Agama Manusia).

Musik dan Seni Rupa sunting

 
"Gadis Menari", tak bertanggal, tinta dan kertas, oleh Rabindranath Tagore.

Tagore juga seorang pemuzik dan pelukis yang berbakat, yang telah mencipta dan menulis sekitar 2,230 lagu. Termasuk diantaranya rabindrasangit (Inggris: "Tagore Song"), yang mana kini telah menjadi sebahagian dalam kebudayaaan bangsa Bengali. Karya-karya muzik Tagore, tidak dapat dipisahkan begitu saja dari karya sasteranya, kebanyakan dari karya sastera tersebut menjadi lirik untuk lagu ciptaannya. Utamanya terpengaruh oleh gaya thumri, musik klasik dari Hindustani, mereka memainkan seluruh tangga nada dari emosi jiwa manusia, dimulai dari lagu-lagu pujian yang bergaya Brahmo, hingga komposisi yang bergaya erotis.[48] Karya musiknya mengemulasi gaya warna musik klasik india, raga; di mana pada saat yang bersamaan, lagu-lagunya cenderung meniru melodi dan irama raga secara tepat, dia juga memasukkan berbagai unsur 'muzik raga' dalam karya musiknya dalam mencipta karya muzik yang penuh inovasi.[49] Tagore juga menjadi satu-satunya orang di dunia yang menulis dan menciptakan dua lagu kebangsaan bagi dua negara yang berbeda. Lagu kebangsaan India (Jana Gana Mana) dan Bangladesh (Amar Sonaar Baanglaa). Dan juga, rabindrasangit banyak mempengaruhi gaya dari beberapa pemuzik seperti Vilayat Khan seorang maestro sitar, Buddhadev Dasgupta, seorang maestro sarod (alat musik tradisional india) dan juga komposer Amjad Ali Khan.[49]

 
Banyak karya-karya yang bergaya "primitif", termasuk karya ini, Topeng Malanggan dari New Ireland, Papua Nugini, pastel warna.

Pada usia enam belas tahun, Tagore mulai menggambar dan melukis; pameran-pameran lukisannya banyak menarik perhatian ramai — yang dimulai saat tampil dalam pameran di Paris atas desakan para pelukis yang ditemuinya di selatan Perancis[50] — dilangsungkan di seluruh daratan Eropah. Tagore — yang sepertinya mengalami buta warna (protanopia), dalam kes Tagore, kurang dalam melihat warna merah-hijau — melukis dengan gaya yang "nyeleneh" dalam keindahan dan pemilihan warna. Namun begitu, Tagore cuba menggabungkan beberapa gaya dalam berkarya, termasuk karya ukiran dari suku Malanggan di New Ireland, Papua Nugini, seni pahat dari orang-orang Haida di Kanada serta gaya ukiran kayu Max Pechstein.[51] Tagore juga memiliki cita rasa seni dengan memberi motif-motif sederhana dalam tulisan tangannya, menghiasi catatan kecilnya, memberi sentuhan tata-letak dalam naskahnya.

Drama dan teater sunting

Pengalaman Tagore di dunia teater bermula pada usia enam belas tahun, saat itu ia mendapatkan peran utama dalam karya adaptasi yang berjudul Molière's Le Bourgeois Gentilhomme yang merupakan arahan dari saudaranya sendirir, Jyotirindranath. Pada usia dua puluh tahun, beliau menulis karya drama-opera yang pertama kali — Valmiki Pratibha (Sang Jenius, Walmiki) — yang menceritakan bagaimana seorang bandit Walmiki, memperbaiki hidupnya, mendapat anugerah dari Saraswati, dan menggubah Ramayana.[52] Kemudian, Tagore makin bersemangat menggali pelbagai aspek dalam seni drama dan teater. Berbagai-bagai gaya, aliran dan emosi dalam sebuah seni drama dipelajari secara mendalam, termasuk dalam menggubah kirtans dan mengadaptasi muzik-muzik tradisional dari Barat — terutamanya dari Britain dan Ireland — untuk dipakai sebagai muzik pengantar minum.[53] karya lain yang patut dicatat adalah Dak Ghar (Pejabat Pos), yang menggambarkan bagaimana usaha seorang anak berusaha melepaskan dari batasan batasan yang keras dan kaku yang pada akhirnya "jatuh tertidur" (yang menggambarkan kematian badaniah). Cerita yang menjadi daya tarik dunia (mendapat sambutan hangat di Eropa), Dak Ghar berbagi dengan kematian, dalam bahasa Tagore, "kebebasan rohani" dari keduniawian dan simbol-simbol keyakinan.[54][55]

Karyanya yang lain — menekankan pada perpaduan antara alur dari lirik-lirik naskah dengan irama emosional yang begitu fokus pada inti dari ide dasar — tidak seperti drama dalam budaya Bengali sebelumnya. Karya-karyanya semata-mata hanya mengeluarkan pemikiran-pemikiran , dalam bahasa Tagore, "bermain dengan perasaan, yang tanpa aksi". Pada 1890 ia menulis Visarjan (Pengorbanan Suci), yang dikenal sebagai karya drama terbaiknya.[52] Menggunakan bahasa bengali asli termasuk sub-plot yang pelik dan monolog yang panjang. Belakangan karya dramanya bertemakan falsafah dan penuh kiasan; ini termasuk Dak Ghar. Yang lainnya adalah Chandalika (Gadis yang Tak Tersentuh), mengambil figur dari legenda Buddha kuno, menceritakan bagaimana Ananda, — murid dari Buddha Gautama — dalam mencari Gadis yang Tak Tersentuh.[56] Terakhir, diantara karya dramanya yang paling terkenal adalah, Raktakaravi (Oleander Merah), yang bercerita mengenai raja korup yang memperkaya diri dengan mengakui semua yang ada diwilayahnya adalah milik pribadi. Si pelakon wanita, Nandini menggalang kekuatan massa untuk menundukkan sang penguasa. Karya-karya yang lainnya adalah Chitrangada, Raja, dan Mayar Khela. Seni drama dan tari yang biasa disebut Sendratari, berdasarkan dari karya Tagore biasanya dikenal dengan istilah rabindra nritya natyas.

Cerita Pendek sunting

Fail:Nandalall Bose 1913 The Hero Tagore.jpg
Karya Nandalall Bose yang merupakan ilustrasi dari karya cerpen Tagore yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggris berjudul "The Hero", diterbitkan pada 1913 oleh Macmillan.

Masa empat tahun dari 1891 hingga 1895, dikenal sebagai zaman "Sadhana" (salah satu nama majalah yang diterbitkan oleh Tagore). Pada masa ini merupakan masa paling produktif beliau dalam berkarya di mana beliau menghasilkan lebih dari setengah karya yang dikemas dalam tiga jilid Galpaguchchha, yang merupakan kumpulan karya cerita, memuat delapan puluh empat karya.[4] Sebagaimana biasa ceritanya merupakan cerminan Tagore atas kehidupan dan lingkungannya, dituangkan dalam buah fikiran modern dan potongan potongan cerita yang dirajut dalam fikiran sebagai sebuah cerita utuh dan mengesankan. Tagore umumnya menghubungkan satu cerita dengan cerita sebelumnya dengan kekuatan dari kegembiraan dan keriangan yang spontan; ciri ini terhubung dengan sangat baik sekali dengan kehidupan sehari hari Tagore di Patisar, Shajadpur dan Shilaidaha saat dia mengelola tanah milik keluarganya yang sangat luas.[4] Disana, ia melindungi kehidupan masyarakat miskin; dengan cara ini Tagore mengamati kehidupan mereka dengan memasuki kehidupan mereka lebih dalam.[57] Dalam karya "The Fruitseller from Kabul", Tagore berbicara sebagai penduduk kota dan novelis yang juga menjadi pedagang dari Afghanistan. Ia mencoba untuk menyelami rasa-memiliki oleh para penduduk urban di India yang lama terjebak dalam keduniawian dan dibatasi oleh kemelaratan, memberi impian dalam kehidupan yang lain di batasi oleh jarak dan kejamnya alam pegunungan: "Di suatu pagi di musim luruh, pada tahun ketika raja tua datang dan pergi untuk menaklukan; dan aku, yang tak pernah beranjak dari pojokan di Kolkata, membiarkan fikiranku mengembara ke seluruh dunia. Dalam setiap persinggahan di negara lain, hatiku tak pernah berubah... takkan jatuh tuk merajut jaringan mimpi: pergunungan, celah, hutan...".[58] Banyak cerita Galpaguchchha yang lainnya ditulis pada periode "Sabuj Patra" (1914-1917; juga merupakan nama majalah Tagore yang lainnya).[4]


Golpoguchchho (Kumpulan cerita) merupakan kesusastraan fiksyen Bengali yang paling populer, dijadikan sebagai subyek dalam banyak karya film dan seni teater yang meraih sukses. Film Charulata garapan Satyajit Ray, diangkat dari karya novela yang penuh kontroversi, Nastanirh (The Broken Nest). Dalam Atithi (yang juga diangkat ke film), seorang Brahmana muda belia, Tarapada, berbagi tumpangan perahu dengan seorang zamindar. Anak muda ini menyatakan bahwa dia dulu melarikan diri dari rumah, dan kemudian mengembara berkeliling. Merasa kasihan zamindar tersebut kemudian mengadopsi secara mngejutkan, menjodohkan dengan anak gadisnya sendiri. Yang mana, pada malam sebelum acara pernikahan, Tarapada melarikan diri dari rumah zamindar. Strir Patra ("The Letter from the Wife") mngisahkan akan emansipasi wanita, yang pada masa itu sangat jarang diangkat dalam kesusastraan Bengali. Sang tokoh wanita, Mrinal, isteri dari seorang pemuda berusia menengah yang menganut pola patriarki — ayah memiliki kekuasaan penuh dalam keluarga) menulis surat ketika ia melakukan perjalanan (bagian dari keseluruhan cerita). Yang menceritakan kekurangan dalam hidup dan perjuangannya; dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak kembali kepada suaminya, dengan sebuah pernyataan "Amio bachbo. Ei bachlum" ("And I shall live. Here, I live"). Dalam karya Haimanti, menggambarkan tentang perkawinan dalam Hindu yang penuh dengan kemalangan dan penderitaan dalam perkawinan wanita Bengali, "penyakit" bermuka dua dalam kehidupan kelas menengah di India, dan bagaimana Haimanti, seorang wanita muda yang sensitif, harus mengorbankan hidupnya. Di bangian akhir, Tagore menyerang secara langsung adat Hindu yang meng-agungkan Sita melakukan pengorbanan diri sebagai menentramkan keraguan dari suaminya, Rama. Tagore juga mengungkap ketegangan Hindu-Muslim dalam karya Musalmani Didi, yang dalam beragam cara pandang adalah pewujudan dari sari pati sisi kemanusian Tagore. Dalam karya yang lainnya, Darpaharan mempamerkan kesedaran diri, bercerita tentang anak muda yang mempunyai keinginan dan cita-cita dalam dunia kesusasteraan. Yang meskipun dia mencintai istrinya, dia berharap dia boleh meniti kerjaya kesusasetraannya.

Puisi sunting

 
Penyanyi lagu-lagu tradisional Bāul di Santiniketan dalam acara festival tahunan

Sajak dan puisi karya Tagore — sangat bervariasi dalam gaya, dari gaya klasik formal hingga gaya jenaka, penuh khayalan maupun riang gembira — meneruskan aliran yang didirikan pujangga Vaiṣṇava (|Bujangga Waisnawa) pada abad 15-16. Tagore juga mendapat pengaruh unsur kebatinan dari para Rsi-Pujangga — termasuk dari Vyasa — yang menulis Upanisad, Bhakta-Sufi mistik Kabir dan Pamprasad.[59] Malahan karya puisinya menjadi penuh inovasi dan dewasa setelah ia membongkar musik tradisional Bengali, termasuk lagu balada yang dinyanyikan oleh para penyanyi tradisional dari Bāul — khususnya penyair Lālan Śāh.[60][61] Ini — yang digali kembali dan kemudian dipopulerkan oleh Tagore — menyerupai kidung pujian Kartābhajā (populer di abad 19) yang menekankan pada Ketuhanan dan berontak pada keyakinan dan kehidupan sosial ortodok.[62][63] Pada masa menetap di Shelidah, karya puisinya menekankan pada kekuatan lirik, berbicara lewat maner manus (man within the heart) atau meditasi dalam jivan devata (Tuhan didalam jiwa). Figura ini kemudian membentuk hubungan dengan ketuhanan melalui permohonan kepada semesta alam dan keadaan emosional yang saling mempengaruhi dalam drama kehidupan umat manusia. Tagore menggunakan beberapa teknik dalam puisi Bhānusiṃha (yang menguraikan rentetan romantisme antara Radha dan Krishna), dimana ia berulangkali melakukan perbaikan-perbaikan melalui pembelajaran selama kurun waktu tujuh puluh tahun.[64][65] Belakangan, Tagore memberi respon atas kemunculan dari modernisasi dan realisme dalam kesusastraan Bengali dengan menulis karya eksperimental pada tahun 1930-an.[66] Contoh karyanya seperti: Africa and Camalia. Ia juga kadang menulis puisi memakai Shadu Bhasha (salah satu dialek bahasa sansekerta di Bengala); kemudian belakangan ia mulai menggunakan Cholti Bhasha (dialek yang lebih populer). Karya lain yang patut dicatat adalah Manasi, Sonar Tori (Golden Boat), Balaka (Wild Geese —judulnya merupakan metafora untuk perpindahan jiwa)[67], dan Purobi. Sonar Tori merupakan karya puisi yang paling terkenal. "শূন্য নদীর তীরে রহিনু পড়ি / যাহা ছিল লয়ে গেল সোনার তরী" ("Shunno nodir tire rohinu poŗi / Jaha chhilo loe gêlo shonar tori" — semua yang telah kucapai, telah dibawa keatas perahu emas — tinggal aku yang berada di belakang). Bagaimanapun juga, Gitanjali (Benggali: গীতাঞ্জলি) merupakan karya yang paling dikenal, membawa Tagore meraih Penghargaan Nobel dalam Sastra.[68] Song VII (গীতাঞ্জলি 127) of Gitanjali:

 
Sampul buku Gitanjali, Rabindranath Tagore, 1913 Macmillan
আমার এ গান ছেড়েছে তার সকল অলংকার,
তোমার কাছে রাখে নি আর সাজের অহংকার।
অলংকার যে মাঝে পড়ে মিলনেতে আড়াল করে,
তোমার কথা ঢাকে যে তার মুখর ঝংকার।


তোমার কাছে খাটে না মোর কবির গর্ব করা,
মহাকবি তোমার পায়ে দিতে যে চাই ধরা।
জীবন লয়ে যতন করি যদি সরল বাঁশি গড়ি,
আপন সুরে দিবে ভরি সকল ছিদ্র তার।
Amar e gan chheŗechhe tar shôkol ôlongkar
Tomar kachhe rakhe ni ar shajer ôhongkar
Ôlongkar je majhe pôŗe milônete aŗal kôre,
Tomar kôtha đhake je tar mukhôro jhôngkar.


Tomar kachhe khaţe na mor kobir gôrbo kôra,
Môhakobi, tomar paee dite chai je dhôra.
Jibon loe jôton kori jodi shôrol bãshi goŗi,
Apon shure dibe bhori sôkol chhidro tar.

Terjemahan bebas bahasa Inggeris oleh Tagore (Gitanjali, verse VII):[69]

"My song has put off her adornments. She has no pride of dress and decoration. Ornaments would mar our union; they would come between thee and me; their jingling would drown thy whispers."
"My poet's vanity dies in shame before thy sight. O master poet, I have sat down at thy feet. Only let me make my life simple and straight, like a flute of reed for thee to fill with music."

Pandangan politik sunting

 
Tagore (kanan) menerima Mahatma Gandhi dan istri Kasturba di Shantiniketan pada 1940.

Pandangan politik Tagore sangat kompleks, yang mana beliau mengkritik penjajahan kuasa-kuasa Eropah, serta mendukung semangat nasionalisme India.[70][71][72] Namun, beliau juga mengkritik gerakan Swadeshi[73] oleh para pemimpin gerakan nasionalis. Selain itu beliau memnekankan atas peningkatan taraf pendidikan masyarakat dan sikap berdikari di untuk bangsa India. Beliau juga menyeru rakyat India agar menerima bahawa "tiada apa-apa yang perlu dipersoal mengenai revolusi, selain berpendidikan tinggi dan bermatlamat"[74][75]. Namun, ramai yang tidak menyukai pemikirannya ini. Pada tahun 1916, beberapa orang India cuba membunuh Tagore yang ketika itu berada di sebuah hotel di San Francisco, Amerika Syarikat. Namun mereka gagal melakukan pembunuhan, setelah bergaduh dengan Tagore.[76] Tagore juga banyak menggubah lagu-lagu perjuangan dan pujian untuk gerakan kemerdekaan India. Tagore juga memulangkan gelaran penghormatan yang diberikan oleh Kerajaan British, sebagai satu cara untuk mengecam pembunuhan beramai-ramai di Amritsar pada tahun 1919.[77] Dua buah karya muzik Tagore yang berbau politik adalah Chitto Jetha Bhayshunyo ("Di Mana Minda Tidak Ketakutan") dan Ekla Chalo Re (Jika Seruanmu Tidak Disahut, Maka Jalanlah Bersendirian), mendapatkan perhatian orang ramai, yang mana belakangan disukai dan dipuji oleh Gandhi. Walaupun hubungannya dengan Gandhi mengalami pasang surut, Tagore merupakan kunci terpenting dalam pembaikan semula hubungan Gandhi-Ambedkar yang berselisihan, serta berurusan dengan proses pengasingan golongan kasta rendah dalam pemilihan umum.[78][79]

Tagore juga mengkritik pendidikan ortodoks, melalui karya cerpen "Latihan Burung Kakaktua", yang menceritakan seekor burung — yang akhirnya mati — dikurung dalam sangkar oleh pengajarnya dan dilahapkan dengan pelajaran dari buku.[80][81] Pandangan ini membawa Tagore — ketika beliau mengunjungi Santa Barbara, California pada 11 Oktober 1917 —: untuk memikirkan satu corak universiti baru, dengan hasrat untuk "menjadikan [institusi milik beliau di] Shantiniketan sebagai tali ikatan antara India dengan dunia … [dan] pusat pendidikan manusia sejagat … yang melintasi batas bangsa dan geografi.[76] Sekolah — yang kemudian dinamakan beliau Visva-Bharati[ζ] —; dilakukan peletakan batu asas pada 22 Disember 1918; dan pembukaannya pada 22 Desember 1921.[82] Di sinilah beliau menerapkan struktur pedagogi brahmacharya dengan menyediakan para guru guna memberikan bimbingan individu bagi para siswa. Tagore bekerja keras untuk mendapatkan dana dan kakitangan pengajar bagi sekolah ini, termasuk menyumbangkan semua hadiah yang diraih dari Anugerah Nobel yang diraih beliau.[83] Tugasnya sebagai mentor dan pembantu di Shantiniketan membuatkan beliau sibuk; pada waktu pagi, beliau mengajar di kelas dan menyusun buku pelajaran bagi para siswa siang dan malam.[84] Tagore juga meraih dana dari Eropah dan Amerika Syarikat, antara tahun 1919 hingga 1921[85]

Warisan Sang Maestro sunting

 
A bust of Tagore in the Sardar Vallabhbhai Patel National Memorial's Tagore Memorial Room (Ahmedabad, India).

Dampak yang dapat dirasakan pasca kematian Tagore adalah dilaksanakan berbagai festival diseluruh dunia sebagai bentuk penghormatan terhadapnya — sebagai contoh adalah festival tahunan Kabipranam (Ulang Tahun Tagore) di Benggala, Festival Tagore yang digelar setiap tahun di Urbana, Illinois, Amerika Serikat, Rabindra Path Parikrama yaitu sebuah acara napak tilas perjalanan suci dari Kolkatta menuju Shantiniketan, dan acara pembacaan kembali karya-karya sastra Tagore dalam perayaan-perayaan tahunan.[86][87][28] Warisan budaya ini terlihat begitu gamblang dalam kehidupan bangsa Bengali, yang menyentuh dalam segenap aspek kehidupan, dari bahasa dan seni hingga sejarah dan kehidupan politik; tentunya juga Amartya Sen, penerima Nobel Sastra, memberikan catatan, bahkan bagi masyarakat Bengali modern, Tagore adalah tokoh besar, seorang pemikir kontemporer yang amat sangat relevan.[87] Tagore mengumpulkan tulisan berbahasa Bengali — Rabīndra Racanāvalī, 1939 — merupakan salah satu harta kekayaan budaya Bengali yang amat berharga, dimana Tagore sendiri diproklamirkan sebagai "pujangga terhebat yang dilahirkan India".[88] Ia juga sangat dikenal di Eropa, Amerika Utara dan Asia Timur. Ia adalah kunci dalam pendirian Dartington Hall School, sebuah institusi pendidikan progresif; di Jepang, ia memberi pengaruh pada Yasunari Kawabata, seorang penerima penghargaan Nobel juga.[89] Karya-karya Tagore diterjemahkan kedalam banyak bahasa-bahasa di Eropa — sebuah proses yang diawali oleh pakar indologi berkebangsaan Ceko, Vincent Slesny[90] dan penerima penghargaan Nobel Sastra dari Perancis, André Gide — termasuk juga dalam bahasa Rusia, Inggris, Belanda, Jerman, Spanyol dan yang lainnya. Di Amerika Serikat, Tagore populer saat memberikan kuliah (khususnya pada masa 1916-1917) yang banyak dihadiri pengunjung.

Karya Tagore yang diterjemahkan kedalam bahasa Spanyol membawa pengaruh bagi figur-figur sastra Spanyol, termasuk diantaranya Chileans Pablo Neruda dan Gabriela Mistral, sastrawan Meksiko, Octavio Paz dan sastrawan berkebangsaan Spanyol José Ortega y Gasset, Zenobia Camprubí dan Juan Ramón Jiménez. Antara tahun 1914 dan 1922, pasangan suami istri Jiménez-Camprubí menterjemahkan tidak kurang dari duapuluh dua buah karya Tagore dari bahasa Inggris ke bahasa Spanyol.

[[Berkas:Jalan_Rabindranath_Tagore_in_Surakarta-detail.JPG|thumb|left|Nama jalan di Surakarta diambil dari nama sang maestro]]Pengaruh Tagore, tidak hanya berkisar di Eropa dan Amerika, di Indonesia pun Tagore dikenal dan di kota Surakarta, salah satu ruas jalan diberi nama sang maestro. Pengaruh-pengaruh Tagore dalam dunia pendidikan, banyak diadopsi oleh para pejuang kemanusiaan, termasuk salah satunya adalah Ki Hajar Dewantara, Bapa Pendidikan Indonesia. Shantiniketan menjadi sumber inspirasi beliau dalam mendirikan Taman Siswa di Yogyakarta[91]. Selain itu, beranjak dari karya besarnya pula, taman pendidikan Shantiniketan dijadikan sebagai salah satu acuan dalam sistem pelaksanaan pendidikan di Pondok Gontor selain Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir, Pondok Syanggit di Afrika Utara, Universiti Alighar di India.[92]

Tagore meninggalkan warisan yang teramat besar pada dunia, tidak hanya dengan karya-karya sastra, seni dan budaya, namun pemikiran, filsafat dan kehidupannya terus berkembang dan menjadi sumber inspirasi bagi dunia dan umat manusia.

Bibliografi sunting

— Karya dalam bahasa Bengali —
      Puisi
* Manasi 1890 (The Ideal One)
* Sonar Tari 1894 (The Golden Boat)
* Gitanjali 1910 (Song Offerings)
* Gitimalya 1914 (Wreath of Songs)
* Balaka 1916 (The Flight of Cranes)
      Drama
* Valmiki Pratibha 1881 (The Genius of Valmiki)
* Visarjan 1890 (The Sacrifice)
* Raja 1910 (The King of the Dark Chamber)
* Dak Ghar 1912 (The Post Office)
* Achalayatan 1912 (The Immovable)
* Muktadhara 1922 (The Waterfall)
* Raktakaravi 1926 (Red Oleanders)
      Fiksi
* Nastanirh 1901 (The Broken Nest)
* Gora 1910 (Fair-Faced)
* Ghare Baire 1916 (The Home and the World)
* Yogayog 1929 (Crosscurrents)
      Otobiografi
* Jivansmriti 1912 (My Reminiscences)
* Chhelebela 1940 (My Boyhood Days)

— Diterjemahkan dalam bahasa Inggris —
* Chitra (1914)[20]
* Creative Unity (1922)
* Fruit-Gathering (1916)
* Gitanjali: Song Offerings (1912)
* Glimpses of Bengal (1991)
* I Won't Let you Go: Selected Poems (1991)
* My Boyhood Days (1943)
* My Reminiscences (1991)
* Nationalism (1991)
* The Crescent Moon (1913)[93]
* The Fugitive (1921)
* The Gardener (1913)
* The Home and the World (1985)
* The Hungry Stones and other stories (1916)[94]
* The Post Office (1996)
* Sadhana: The Realisation of Life (1913)
* Selected Letters (1997)
* Selected Poems (1994)
* Selected Short Stories (1991)
* Songs of Kabir (1915)[95]
* Stray Birds (1916)[96]
      Karya dalam bahasa Inggris
* Thought Relics (1921)[97]

Lihat pula sunting

Catatan sunting

     α.   ^ Narrow (Indian English) IPA transcription: [ɹobin̪d̪ɾonat̪ʰ ʈʰakuɹ].

     β.   ^ Romanized transliteration from Tagore's name in Bangla script: Robindronath Ţhakur.

     γ.   ^ In the Bangla Calendar: 25 Baishakh, 1268 – 22 Srabon, 1348.

     δ.   ^ "Gurudev" translates as "divine mentor".[98]

     ε.   ^ Tagore was born at No. 6 Dwarkanath Tagore Lane, Jorasanko — the address of the main mansion (the Jorasanko Thakurbari) inhabited by the Jorasanko branch of the Tagore clan, which had earlier suffered an acrimonious split. Jorasanko was located in the Bengali section of Calcutta (Benggali: কলকাতা), near Chitpur Road.[99]

     ζ.   ^ Etymology of "Visva-Bharati": from the Sanskrit term for "world" or "universe" and the name of a Rigveda goddess ("Bharati") associated with Saraswati, the Hindu patron goddess of learning.[100] "Visva-Bharati" also translates as "India in the World".

     η.   ^ Tagore was mired in several notable controversies, including his dealings with Indian nationalists Subhas Chandra Bose[101] and Rash Behari Bose,[102] his expressions of admiration for Soviet-style Communism,[103][104] and papers confiscated from Indian nationalists in New York allegedly implicating Tagore in a plot to use German funds to overthrow the British Raj.[105] The latter allegation caused Tagore's book sales and popularity among the U.S. public to plummet.[102] Lastly, his relations with and ambivalent opinion of Italian dictator Benito Mussolini revolted many, causing Romain Rolland (a close friend of Tagore's) to state that "[h]e is abdicating his role as moral guide of the independent spirits of Europe and India".[106]


Nota kaki sunting

  1. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 55-56.
  2. ^ Stewart & Twichell 2003, halaman 91.
  3. ^ Stewart & Twichell 2003, halaman 3.
  4. ^ a b c d e Chakravarty 1961, halaman 45.
  5. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 265.
  6. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 373.
  7. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 109-111.
  8. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 109.
  9. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 133.
  10. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 139-140.
  11. ^ Hjärne 1913.
  12. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 239-240.
  13. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 242.
  14. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 308-309.
  15. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 303.
  16. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 309.
  17. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 312-313.
  18. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 335-338.
  19. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 342.
  20. ^ a b ""Chitra at Project Gutenberg"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 2007-05-03.
  21. ^ Asiatic Society of Bangladesh 2006.
  22. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 338.
  23. ^ Indo-Asian News Service 2005.
  24. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 367.
  25. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 363.
  26. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 374-376.
  27. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 178-179.
  28. ^ a b Tagore Festival Committee 2006.
  29. ^ Chakravarty 1961, halaman 1-2.
  30. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 206.
  31. ^ Chakravarty 1961, halaman 182.
  32. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 253.
  33. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 256.
  34. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 267.
  35. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 270-271.
  36. ^ Chakravarty 1961, halaman 1.
  37. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 289-292.
  38. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 303-304.
  39. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 292-293.
  40. ^ Chakravarty 1961, halaman 2.
  41. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 315.
  42. ^ Chakravarty 1961, halaman 99.
  43. ^ Chakravarty 1961, halaman 100-103.
  44. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 317.
  45. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 192-194.
  46. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 154-155.
  47. ^ Mukherjee 2004.
  48. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 94.
  49. ^ a b Dasgupta 2001.
  50. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 222
  51. ^ Dyson 2001.
  52. ^ a b Chakravarty 1961, halaman 123.
  53. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 79-80.
  54. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 21-23.
  55. ^ Chakravarty 1961, halaman 123-124.
  56. ^ Chakravarty 1961, halaman 124.
  57. ^ Chakravarty 1961, halaman 45-46.
  58. ^ Chakravarty 1961, halaman 48-49.
  59. ^ Roy 1977, halaman 201.
  60. ^ Stewart & Twichell 2003, halaman 94.
  61. ^ Urban 2001, halaman 18.
  62. ^ Urban 2001, halaman 6-7.
  63. ^ Urban 2001, halaman 16.
  64. ^ Stewart & Twichell 2003, halaman 95.
  65. ^ Stewart & Twichell 2003, halaman 7.
  66. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 281.
  67. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 192.
  68. ^ Stewart & Twichell 2003, halaman 95-96.
  69. ^ Tagore 1977, halaman 5
  70. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 127.
  71. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 210.
  72. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 304.
  73. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 261.
  74. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 239-240.
  75. ^ Chakravarty 1961, halaman 181.
  76. ^ a b Dutta & Robinson 1995, halaman 204.
  77. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 215-216.
  78. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 306-307.
  79. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 339.
  80. ^ Dutta & Robinson 1997, halaman 267.
  81. ^ Tagore & Pal 1918.
  82. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 220.
  83. ^ Roy 1977, halaman 175.
  84. ^ Chakravarty 1961, halaman 27.
  85. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 221.
  86. ^ Chakrabarti 2001.
  87. ^ a b Hatcher 2001.
  88. ^ Kämpchen 2003.
  89. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 202.
  90. ^ Cameron 2006.
  91. ^ "Rabindranath Tagore by : Mehru Jaffer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-09. Dicapai pada 2007-05-03.
  92. ^ Laporan wartawan Kompas, Anwar Hudijono
  93. ^ "The Crescent Moon"
  94. ^ ""The Hungry Stones"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-18. Dicapai pada 2007-05-03.
  95. ^ "Songs of Kabir"
  96. ^ "Stray Birds"
  97. ^ "Thought Relics"
  98. ^ Sil 2005.
  99. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 34.
  100. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 220.
  101. ^ Sen 1997.
  102. ^ a b Dutta & Robinson 1995, halaman 214.
  103. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 297.
  104. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 214-215.
  105. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 212.
  106. ^ Dutta & Robinson 1995, halaman 273.

Alur waktu sunting

Rujukan sunting

Rujukan ini dipublikasikan dalam bahasa asing:

Bacaan lanjutan sunting

Bacaan lanjutan ini dipublikasikan dalam bahasa asing:

  • Chaudhuri, A (2004), The Vintage Book of Modern Indian Literature, Vintage.
  • Deutsch, A & A Robinson (1989), The Art of Rabindranath Tagore, Monthly Review Press, ISBN 0-233-98359-7.
  • Deutsch, A (editor) & A (editor) Robinson (1997), Selected Letters of Rabindranath Tagore, Cambridge University Press, ISBN 0-521-59018-3.
  • Tagore, R (2000), Gitanjali, Macmillan India Ltd, ISBN 0-333-93575-6.

Pranala Luar sunting

Biografi
Bacaan

Texts and analyses
Music

Templat:Penghargaan Nobel dalam Sastera 1901-1925