Rabu Abu

hari keagamaan Kristian; hari pertama Pra-Paskah dalam takwim Katolik dan Gereja Barat

Rabu Abu (bahasa Inggeris: Ash Wednesday) ialah suatu hari penting dalam anutan Kristian pada hari pertama tempoh Pra-Paskah berikutan Shrove Tuesday.[1] Ia disambut oleh banyak mazhab Kristian Barat termasuk mazhab-mazhab Anglikan, Katolik, Lutheran dan Metodis.[2] Hari ini dikhususkan untuk umat Kristian memulakan penebusan dosa diri melalui banyak amalan ibadah dilakukan mereka termasuk bacaan doa dan puasa tertentu. Meskipun keraian ini bukanlah suatu "hari raya wajib" untuk golongan Kristian,[3] ia masih diamalkan sebagai tanda perkabungan, pertaubatan, dan penyangkalan atau perendahan diri[4] menuju kemenangan kebangkitan Yesus Kristus.

Upacara pengurapan abu bertanda salib di dahi dalam suatu misa di Amerika Syarikat

Hari ini dinamakan sedemikian daripada acara utama yang dilaksanakan pada hari ini di mana abu diurapkan pada dahi para penganut yang hadir dengan pengucapan peringatan mengenai kefanaan mereka;[5] abu-abu ini diperolehi hasil pembakaran daun pelepah kelapa palma yang dipakai pada sambutan Ahad Palma tahun sebelumnya.

Upacara sunting

Pengurapan abu bertanda salib di dahi mengingatkan umat akan ritus Israel kuno di mana seseorang menabur abu di atas kepalanya atau di seluruh tubuhnya sebagai tanda kesedihan, penyesalan, dan pertaubatan[6] (misalnya seperti dalam Kitab Ester, yaitu Ester 4:1, 3). Dalam Mazmur 102:10 penyesalan juga digambarkan dengan "memakan abu":

"Sebab aku makan abu seperti roti, dan mencampur minumanku dengan tangisan."

Seringkali pada hari ini bacaan di Gereja diambil dari Alkitab bahagian kitab 2 Samuel 11-12, perihal raja Daud yang berzina dan bertaubat.

Ia turut dituruti ucapan "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepada Berita Baik ini!" atau diktum "Ingatlah bahawa engkau adalah debu, dan engkau akan kembali menjadi debu".[7][8]

Ramai orang Katolik menganggap hari Rabu Abu sebagai hari untuk mengingat kefanaan seseorang. Pada hari ini umat Katolik berusia 18–59 tahun diwajibkan berpuasa, dengan batasan makan kenyang paling banyak satu kali, dan berpantang.

Di banyak negara berkebudayaan Roman Katolik terutamanya di benua-benua Eropah dan Amerika, Rabu Abu didahului dengan perayaan karnival (termasuk misalnya Mardi Gras) yang berakhir pada hari Selasa, sehari sebelum Rabu Abu.

Takwim sunting

 
Rabu Abu yang terangkum dalam takwim Pra-Paskah dan Paskah mengikut amalan penganut agama Kristian mazhab-mazhab gereja Barat

Dalam gereja tradisi/ritus barat (termasuk Gereja Katolik Rom dan Protestantisme), perayaan ini hari pertama masa Pra-Paskah dalam liturgi tahunan gerejawi. Ia jatuh pada hari Rabu, 40 hari sebelum hari Paskah tanpa menghitung hari-hari Minggu, atau 44 hari (termasuk hari Ahad) sebelum hari Jumaat Agung.


Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Walker, Katie (7 Mac 2011). "Shrove Tuesday inspires unique church traditions" (dalam bahasa Inggeris). Daily American Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2016. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2018RCA tidak disediakan
  3. ^ "The Liturgical Calendar" (dalam bahasa Inggeris). Reformed Church in America. 2018. Dicapai pada 13 March 2018.
  4. ^ "Mengapa Rabu "Abu"?". Herald Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  5. ^ Church, Catholic (14 September 2011). The Roman Missal [Third Typical Edition, Chapel Edition]. ISBN 9781568549903. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2016.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  7. ^ "Renungan Harian®: Februari 2016". Yayasan Gloria. Dicapai pada 16 Maret 2019. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  8. ^ "The Roman Missal [Third Typical Edition, Chapel Edition]". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)