Radang periodontium

Radang periodontium, periodontitis, atau piorea ialah satu set penyakit meradang yang menjejaskan periodontium, iaitu tisu-tisu yang mengelilingi dan menyokong gigi. Periodontitis melibatkan kehilangan progresfi bagi tulang alveolus di sekitar gigi, dan jika dibiarkan tidak dirawat, boleh membawa kepada pelonggaran dan kehilangan gigi ikutan. Periodontitis disebabkan oleh mikroorganisma yang melekat pada dan tumbuh pada permukaan gigi, bersama dengan gerak balas imun terlebih agresif melawan mikroorganisma ini. Diagnosis periodontitis diasaskan dengan pemeriksaan tisu gusi lembut di sekitar gigi dengan prob (iaitu pemeriksaan klinikal) dan dengan penilaian filem sinar-X pesakit (iaitu pemeriksaan radiografi), untuk menentukan amaun kehilangan tulang di sekitar gigi.[1] Pakar dalam perawatan periodontitis ialah doktor periodontium; bidang mereka dikenali sebagai "periodontologi" atau "periodontik".

Penyakit periodontium
Pengelasan dan sumber luaran
Radiograf ini menunjukkan kehilangan tulang ketara di antara dua akar gigi (rantau hitam). Tulang span telah merosot kerana jangkitan di bawah gigi, mengurangkan sokongan tulang untuk gigi.
ICD-10K05.4
P. Data Penyakit29362
MedlinePlus001059
MeSHD010518
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Savage, Amir; Eaton, Kenneth A.; Moles, David R.; Needleman, Ian (2009). "A systematic review of definitions of periodontitis and methods that have been used to identify this disease". Journal of Clinical Periodontology. 36 (6): 458–467. doi:10.1111/j.1600-051X.2009.01408.x. PMID 19508246.

Pautan luar sunting

Templat:Periodontologi Templat:Penyakit mulut perolehan Templat:Patologi mulut