Rade Krunić (sebutan Bosnia: [râːde krǔːnitɕ]; lahir 7 Oktober 1993) merupakan seorang pemain bola sepak Bosnia yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Milan dan pasukan kebangsaan Bosnia dan Herzegovina.

Rade Krunić
Maklumat peribadi
Nama penuh Rade Krunić
Tarikh lahir (1993-10-07) 7 Oktober 1993 (umur 30)
Tempat lahir Foča, Bosnia dan Herzegovina
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 33
Kerjaya remaja
2006–2012 Sutjeska Foča
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 Sutjeska Foča 15 (3)
2013–2014 Donji Srem 40 (4)
2014–2015 Hellas Verona 0 (0)
2014Donji Srem (pinjam) 11 (1)
2015 Borac Čačak 13 (2)
2015–2019 Empoli 116 (13)
2019– Milan 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013–2014 Bosnia dan Herzegovina B21 8 (0)
2016– Bosnia dan Herzegovina 10 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2019

Krunić memulakan kariernya di kelab Sutjeska Foča sebelum berpindah ke Donji Srem pada tahun 2013. Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Borac Čačak dan pada hujung tahun, beliau berhijrah ke Empoli. Empat tahun berikutnya, beliau melakukan perpindahan ke Milan.

Krunić telah melakukan penampilan sulung untuk skuad senior Bosnia pada tahun 2016 dan telah beraksi dalam 10 perlawanan antarabangsa.

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Krunić memulakan kariernya bersama kelab Sutjeska Foča dan beliau melakukan penampilan sulung untuk kelab tersebut pada 2012.

Pada Januari 2013, beliau telah berpindah ke kelab Serbia iaitu Donji Srem.

Pada bulan Ogos 2014, beliau melakukan perpindahan ke Itali untuk menyertai kelab Hellas Verona tetapi dengan segera dipinjamkan ke kelab lamanya iaitu Donji Srem. Apabila Hellas Verona mula menjalankan sesi latihan pra-musim sejuk pada Januari 2015, Krunić tidak tampil dalam latihan tersebut menyebabkan pihak kelab mengugut untuk menghantar aduan kepada UEFA dan FIFA. Donji Srem seterusnya bertindak membayar pampasan oleh sebab ketiadaan Krunić untuk aktiviti bersama kelab Itali itu.

Pada 30 Januari 2015, Krunić diumumkan telah menyertai kelab Borac Čačak. Donji Srem telah memfailkan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Serbia dan mengkritik persatuan tersebut kerana menekan mereka untuk mengingkar undang-undang FIFA mengenai isu aduan Krunić di Verona.

Empoli sunting

Pada 1 Julai 2015, Krunić telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Itali, Empoli. Beliau melakukan penampilan sulung untuk kelab tersebut ketika menentang Sassuolo pada 4 Oktober 2015. Pada hujung bulan tersebut, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Empoli ketika pasukannya menumpaskan Genoa 2-0.

Pada Ockober 2017, Krunić telah melanjutkan kontraknya bersama Empoli sehingga Jun 2021. Pada musim tersebut, beliau memainkan peranan besar dalam pasukan selepas disingkirkan ke Serie B dengan mencapai status juara liga tersebut pada 28 April 2018. Krunić juga disenaraikan ke dalam pasukan terbaik dalam liga tersebut dengan statistik lima jaringan gol dan sepuluh hantaran gol.

Pada 1 Disember 2018, beliau membuat penampilan ke-100 untuk Empoli dan dalam perlawanan tersebut juga, beliau menjaringkan gol dan membuat hantaran jarangan ketika menentang SPAL.

Milan sunting

Pada 8 Julai 2019, Krunić menandantangani kontrak lima tahun dengan Milan dengan bayaran perpindahan yang tidak didedahkan.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada November 2015, beliau menerima panggilan pertama oleh skuad senior untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Republik Ireland. Akan tetapi, beliau melakukan penampilan sulung untuk skuad senior pada 3 Jun 2016 ketika perlawanan persahabatan menentang Denmark.

Pada 23 Mac 2019, ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Armenia, Krunić menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 12 Mei 2019[1]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Sutjeska Foča 2012–13 15 3 3 0 18 3
  Donji Srem 2012–13 13 2 13 2
2013–14 27 2 2 0 29 2
2014–15 11 1 1 0 12 1
Jumlah 51 5 3 0 54 5
  FK Borac Čačak 2014–15 13 2 13 2
  Empoli 2015–16 15 1 1 0 16 1
2016–17 32 2 1 0 33 2
2017–18 36 5 0 0 36 5
2018–19 33 5 1 0 34 5
Jumlah 116 14 3 0 119 13
  Milan 2019–20 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 195 23 9 0 204 23

Antarabangsa sunting

Sehingga 26 Mac 2019.[2]
Pasukan kebangsaan Bosnia dan Herzegovina
Tahun Kmncln Gol
2016 1 0
2017 2 0
2018 5 0
2019 2 1
Jumlah 10 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
23 Mac 2019 Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina   Armenia
1–0
2–1
Kelayakan UEFA Euro 2020

Pencapaian sunting

Empoli

Catatan sunting

  1. ^ Javier Pastore profile soccernet.espn.go.com
  2. ^ "Rade Krunić". eu-football.info. Dicapai pada 27 March 2019.

Pautan luar sunting