Radin Inten II dilahirkan di kota Lampung, Indonesia pada 1834. Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 5 Oktober 1856.

Radin Inten II.

Pada usia masih muda sekitar enam belas tahun beliau sudah dinobatkan sebagai penguasa Negara Ratu. Namun pada masa itu, sebahagian daerah Lampung sudah dikuasai oleh kompeni Belanda.

Semasa kekuasaannya, Raden Inten II meniup kembali semangat rakyat untuk menentang kompeni Belanda seperti yang pernah dilakukan ayahnya. Pada tahun 1851 Belanda berusaha menguasai Negara Ratu, tetapi gagal. Lalu Belanda dan Raden Inten II mengadakan perjanjian damai.Kompeni Belanda memujuk beberapa penguasa daerah lain agar memusuhi Raden Inten II.Namun begitu melihat Belanda melakukan kecurangan maka Raden Inten II meningkatkan kekuatannya, benteng-benteng dibangunkan dan pasukan tentera Belanda diserang.

Pada bulan Ogos 1856 Belanda melancarkan serangan besar-besaran yang mana Belanda berjaya menduduki beberapa benteng pertahanan yang dibangunkan oleh Raden Inten II.Kemudian semakin lama kekuatan Raden Inten II semakin berkurang kerana beberapa pembantu utamanya ditangkap dan gugur di medan pertempuran.

Namun Raden Inten II tidak pantang menyerah, Belanda berusaha menangkap Raden Inten II kerana selama Raden Inten II masih bebas maka beliau merupakan ancaman bagi Belanda.

Akhirnya Belanda bekerjasama dengan Radin Ngerapat untuk mengajak supaya diadakan rundingan dengan Raden Inten II. Semasa pertemuan tersebut diadakan, tanpa disedari pasukan Belanda sudah siap sedia dan mengepung tempat pertemuan tersebut. Dan secara tiba-tiba Belanda menyerang dengan mendadak terhadap Raden Inten II dan memberikan perlawanan yang sengit akan yang menyebabkan Raden Inten II tewas dalam pertarungan yang tidak seimbang itu.