Radio dua hala (Tulisan Jawi: راديو دوا هالا ) ialah sejenis radio yang boleh memancarkan dan menerima sekali (penghantar-terima), berbeza dengan penerima siaran yang menerima sahaja.

Radio dua hala bimbit Motorola HT1000

Radio dua hala terdapat dalam bentuk mudah alih mahupun pangkalan tetap. Radio mudah alih pegangan tangan lebih dikenali sebagai walkie-talkie. Peranti radio sebegini selalunya dilengkapi dengan punat tekan untuk cakap.

Telefon bimbit atau selular ialah satu contoh radio dua hala yang memancar dan menerima pada masa yang sama (ataupun dupleks penuh). Ia menggunakan dua frekuensi radio yang berasingan untuk membawa kedua-dua arah perbualan serentak.

Sejarah sunting

Pemasangan penerima dan pemancar pada lokasi tetap yang sama membolehkan pertukaran pesanan secara tanpa talian. Seawal tahun 1907, keluarnya lalulintas telegrafi dua hala rentas Lautan Atlantik di pasaran. Menjelang tahun 1912, kapal-kapal perdagangan dan tentera dipasang pemancar dan penerima sekal untuk membolehkan perhubungan dua hala yang cukup tepat pada masa nyata dengan sesebuah kapal yang hilang dari pandangan dari darat.

Radio dua hala mudah alih sejati yang pertama dimajukan oleh Konstabel Kanan Frederick William Downie dari polis negeri Victoria di Australia pada tahun 1923. Polis Victoria merupakan orang pertama di dunia yang memakai alat perhubungan tanpa talian dalam kereta, sekaligus menamatkan laporan status yang tidak cekap melalui pondol telefon awam yang diamalkan sehingga masa itu. Bagaimanapun, set-set terawal itu mengisi seluruh tempat duduk belakang kereta ronda Lancia.[1]

Sejajar dengan kelengkapan radio yang semakin berkuasa, padat dan mudah digunakan, semakin banyak kenderaan kecil yang dipasang dengan kelengkapan perhubungan radio dua hala. Pemasangan kelengkapan radio dalam pesawat membolehkan pihak peninjau melaporkan pemerhatian mereka dalam masa nyata tanpa memerlukan juruterbang untuk menjatuhkan pesanan kepada tentera di dara ataupun membuat laporan peribadi.

Pada tahun 1933, jabatan polis bandar Bayonne, New Jersey berjaya mengendalikan sebuah sistem dua hala antara stesen tetap pusat dan penghantar-terima radio yang dipasangkan dalam kereta polis; ini membolehkan penghalaan respons polis secara pantas semasa kecemasan.[2] Semasa Perang Dunia Kedua, penghantar-terima radio pegangan tangan digunakan secara meluas oleh tentera kedua-dua pihak lawan.

Skema dua hala terawal hanya membolehkan satu stesen untuk memancar pada satu masa sementara didengari yang lain, kerana semua isyarat disampaikan dalam frekuensi yang sama; inilah yang dipanggil mod "simpleks". Operasi kod dan suara memerlukan satu protokol komunikasi yang ringkas untuk membolehkan semua stesen bekerjasama dalam menggunakan saluran radio tunggal supaya pancaran satu stesen tidak diganggu oleh pancaran stesen lain. Dengan menggunakan penerima dan pemancar yang ditalakan kepada frekuensi-frekuensi yang berasingan, sambil meleraikan masalah yang didatangkan oleh pengendalian penerima yang bersebelahan dengan pemancar, pemancaran dan penerimaan serentak dapat dilakukan di setiap hujung sambungan radio, oleh itu namanya mod "dupleks penuh".

Skema dua hala terawal memerlukan pengendali dilatih supaya belajar menggunakan kod Morse; bagi kelengkapan di kapal, pengawai pengendalian radio lazimnya tiada tugas lain selain menguruskan pesanan radio. Setelah pemancaran suara dapat dilakukan, pengendali khas tidak diperlukan lagi dan penggunaan dua hala semakin biasa. Kelengkapan radio bimbit dua hala terkini adalah semudah untuk digunakan seperti telefon rumah dari sudut pandangan kakitangan pengendalinya, oleh itu hubungan dua hala menjadi alat yang berguna dalam pelbagai peranan, baik untuk peribadi, perniagaan mahupun ketenteraan.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Haldane, Robert. (1995) The People's Force, A history of the Victoria Police. Melbourne University Press. ISBN 0-522-84674-2 1995
  2. ^ History Milestones retrieved Oct. 2, 2007

Templat:Two-way radio