Radovan Karadžić

Radovan Karadžić (tulisan Cyril Serbia: Радован Караџић) (lahir 19 Jun 1945 di Petnjica, Montenegro) ialah seorang bekas ahli politik, penyajak dan ahli psikiatri berbangsa Serbia dan juga sudah lama melarikan diri dari undang-undang sejak tahun 1995 sehingga 21 Julai 2008, atas tuduhan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di Hague. Pernah lama dikeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap Karadžić selama lebih sedekad berikutan Peraturan 61 ICTY yang memutuskan bahawa adanya sebab-sebab munasabah untuk mempercayai bahawa yang tertuduh telah melakukan jenayah-jenayah perang termasuk genosid. Kerajaan Amerika Syarikat pun menawarkan ganjaran sebanyak $5 juta bagi sesiapa yang menahan beliau serta Ratko Mladić.[1]

Radovan Karadžić
Радован Караџић
Presiden Republika Srpska pertama
Dalam jawatan
7 April 1992 – 19 Julai 1996
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehBiljana Plavšić
Butiran peribadi
Lahir (1945-06-19) 19 Jun 1945 (umur 78)
Petnjica, Yugoslavia
KerakyatanSerbia
Parti politikSPD
PasanganLjiljana Zelen Karadžić
TandatanganFail:Radkaradzicsig.PNG

Sumber-sumber presiden dan kerajaan di Belgrade melaporkan bahawa beliau telah ditahan di Serbia pada 18 Julai 2008 lalu dibawa menghadap Mahkamah Jenayah Perang Belgrade.[2] Dia diserah balik ke Belanda, dan kini berada dalam tahanan di Den Haag sementara menunggu perbicaraan.

Rujukan sunting

  1. ^ Rewards for Justice
  2. ^ "Serbia captures fugitive Karadzic". BBC News. BBC. 2008-07-21. Dicapai pada 2008-07-21.

Pautan luar sunting