Rahang, Negeri Sembilan

Rahang merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan.Kawasan Rahang meliputi sepanjang Jalan Tuanku Antah, Jalan Za'aba, Medan Rahang, Rahang Kecil, Kampung Baru Rahang, Jalan Tok Ungku, Kampung Abok, Kampung Pasir dan Taman Seri Rahang.

Sejarah awal Rahang berkait rapat dengan perdagangan dan perlombongan bijih timah di sekitar Sungai Ujong. Rahang dipercayai menjadi pangkalan persinggahan para pedagang dan pelombong bijih timah yang melalui Sungai Linggi.

Pada tahun 2009, projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Seremban (LTS)telah bermula yang melibatkan laluan di kawasan Rahang. Laluan Kg Dato' Mansor-Rahang siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2010. Laluan tersebut menjadi jalan rentas bermula dari persimpangan Rasah. Terdapat dua susur keluar yang melalui kawasan Rahang iaitu Susur keluar Rahang Kecil dan Jalan Tuanku Antah.

Pada tahun 2010, Pasaraya Borong Carrefour telah dibuka di Rahang.

Wakil Rakyat DUN Rahang diwakili oleh YB saudara M.K Arumugam dari parti DAP




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.