Raja Farouk I

Raja terakhir Mesir

Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965) merupakan raja mutlak yang mewarisi tampuk pemerintahan daripada bapanya Raja Fuad I pada tahun 1936. Raja Farouk adalah raja dari Dinasti Muhammad Ali. Gelaran baginda ialah 'Seri Paduka Farouk I, Raja Mesir dan Sudan, jajahan Nubian, Kordofan dan Darfur'. Raja Farouk digulingkan dalam Revolusi Mesir 1952 dan mati dalam buangan di Itali. Kakaknya Fawzia Shirin adalah isteri tua dan permaisuri Shah Iran Mohammad Reza Pahlavi.

Farouk I
Raja Mesir dan Sudan, Nubia di Kordofan dan Darfur
Pemerintahan28 April, 1936 – 26 Julai, 1952
GelaranRaja Mesir dan Sudan, Nubia dari Kordofan dan Darfur
DimakamkanKaherah
PendahuluFuad I
PenggantiFuad II
PermaisuriSafinaz Zulficar, Nariman Sadek
AnakandaPuteri Farial, Puteri Fawzia Farouk, Puteri Fadia, Fuad II
DinastiDinasti Muhammad Ali
AyahandaFuad I
BondaNazli Sabri
AgamaIslam[1]

Keputeraan sunting

Baginda adalah cucunda kepada Muhammad Ali Pasha dari keturunan Albania. Ibunya rakyat Mesir. Raja Farouk belajar di Akademi Tentera Diraja, Woolwich, England.Selepas pertabalannya, raja yang berusia 16 tahun itu membuat ucapan di radio, dengan itu menjadi raja Mesir pertama yang berucap secara langsung kepada rakyatnya.

Hidup mewah sunting

Raja Farouk I yang masih remaja ini hanyut dengan kehidupan yang mewah. Walaupun mempunyai beribu-ribu ekar tanah, berdozen-dozen istana, dan beratus-ratus kereta, beliau tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Malah, beliau sering melancong ke Eropah untuk membeli-belah.

Ketika kesukaran semasa Perang Dunia II, Raja Farouk I kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Keputusan Raja Farouk I untuk menyalakan kesemua lampu istananya di Alexandria manakala rakyat lain diperintah untuk memadam semua semua lampu ketika pengeboman tentera Itali-Jerman, telah menyebabkan beliau dibenci oleh rakyat jelata. Akibat penerusan penjajahan British, ramai rakyat Mesir termasuk Raja Farouk I mahu berpihak kepada Jerman dan Itali. Namun begitu Mesir kekal menyebelahi Britain.

Suka mencuri sunting

Apabila semakin berusia, Raja Farouk I mula mencuri barangan ketika membuat lawatan rasmi termasuk pedang istiadat daripada Shah Iran dan jam poket berharga daripada Winston Churchill. Raja Farouk I juga merupakan penyeluk saku yang handal dan turut mencuri daripada rakyat biasa sehingga dia digelar "Pencuri Cairo". Ini merupakan salah satu penyebab rampasan kuasa tentera 1952.

Revolusi Mesir 1952 sunting

Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab-Israel 1948, Raja Farouk I telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Juli 1952, diketuai oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser . Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan.

Raja Farouk 1 terpaksa turun takhta dan disingkirkan ke Monaco, dimana Raja Farouk 1 tinggal sepanjang hidupnya. Selepas Raja Farouk 1 disingkirkan, anaknya yang masih bayi diisytiharkan sebagai raja dengan gelaran Raja Fuad II.Pemerintahan beraja sebenarnya telahpun dimansuhkan. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi. Dinasti Muhammad Ali selama 150 tahun berakhir. Mesir diistiharkan sebagai sebuah kerajaan republik. Pemerintahan baru dengan segera melelong koleksi harta peninggalan dan harta dicuri yang banyak.

Hidup dalam buangan sunting

Raja Farouk 1 hidup dalam buangan di Monaco dan kemudian di Roma, Itali. Pada tahun 1959 baginda diberi kewarganegaraan Monégasque.

Baginda terus hidup dengan cara hidup yang mewah dan terus dengan ketagihan untuk mengumpul harta benda. Kecenderungannya akan makanan lazat menyebabkan Raja Farouk 1 menjadi gemuk dengan berat mencecah 136 kg. Pada 3 Mac 1965, beliau rebah di meja makan di sebuah restoran Itali selepas makan dengan banyaknya. Raja Farouk 1 meninggal pada 18 Mac 1965. Ada dakwaan baginda telah diracun tetapi tiada bedah siasat dilakukan ketika itu.

Pengebumian sepatutnya di Masjid Al Rifa'saya di Kaherah, tetapi permintaan itu telah ditolak oleh kerajaan Mesir di bawah Gamal Abdel Nasser. Akhirnya baginda dikebumikan di Itali. Tindakan Gamal Nasser menyebabkan beliau tidak disenangi oleh rakyat Mesir yang masih mencintai zaman ekonomi mewah di bawah Raja Farouk I. Raja Faisal Arab Saudi bersetuju agar Raja Farouk dikebumikan di Arab Saudi. , Kemudian Presiden Nasser bersetuju bekas raja itu dikebumikan di Mesir, bukan dalam Masjid Al Rifai' tetapi di Makam Ibrahim Pasha.

Perkahwinan sunting

Raja Farouk I berkahwin dua kali. Pertama dengan Permaisuri Safinaz Zulficar (1921–1988), anak perempuan Pasha dan ditukar nama kepada Farida selepas perkahwinannya. Mereka berkahwin pada 1938, dan bercerai pada 1948 mendapat tiga orang anak perempuan.

Isteri keduanya adalah rakyat biasa bernama Narriman Sadek (1934–2005). Mereka berkahwin pada 1951, dan bercerai pada 1954, mempunyai seorang anak yang dikenali kemudian sebagai Raja Fuad II. Semasa dalam buangan di Itali, Farouk bertemu Irma Capece Minutolo, penyanyi opera, yang menjadi temannya. Pada 2005, Irma mendakwa berkahwin bekas Raja Farouk pada 1957.

Anak-anak sunting

  • Farial (1938-)
  • Fawzia (1940- 2005)
  • Fadia (1943-2002)
  • Fuad II (1952-)

Rujukan sunting

  1. ^ Princess Ashraf Pahlavi, Faces in a Mirror: Memoirs from Exile, (Prentice Hall Press: 1980), p.74