Rakugo

(Dilencongkan dari Raku-go)

Rakugo (Jepun: 落語, secara harfiah bermaksud "kalimah yang jatuh") merupakan sebuah hiburan lisan yang wujud di Jepun. Seni ini melibatkan seorang pencerita (Jepun: 落語家, Hepburn: rakugoka) menyampaikan suatu cerita panjang yang disampaikan dengan lontaran gaya mengasyikkan.

Seorang rakugoka membuat persembahan di Festival Sanma tahun 2008.

Gambaran sunting

Gaya sunting

Pencerita atau rakugoka menyampaikan cerita yang terdiri daripada dialog antara dua atau lebih watak yang hanya boleh digambarkan melalui perubahan laras suara, nada, dan lenggok tubuh badan. Ciri yang paling ditumpukan adalah suatu "penyempurna" (落ち ochi / raku "jatuh" atau 下げ sage "turunan") yang mengganggu lancaran cerita disampaikan secara mengejut.

Cerita-cerita yang dipersembahkan ini boleh bernada lucu mahupun sedih; cerita lucu dalam rakugo boleh dibaratkan seperti komedi selatar yang sering menerapkan sindiran atau kiasan terhadap perkara yang berlaku dalam masyarakat seharian.[1]

Kelengkapan sunting

Pencerita duduk berseorangan di atas pentas khas digelar kōza (Jepun: 高座) di mana duduknya pencerita mengikut posisi khusus iaitu melutut dengan punggung menyentuh tumit, posisi ini dikenali dengan nama seiza (Jepun: 正座).

Seberapa barang tertentu juga digunakan sebagai alat bantuan semasa penyampaian cerita iaitu segenggam kipas tangan kertas (扇子, sensu) dan sehelai tuala atau sapu tangan kecil (手拭, tenugui): kipas boleh diperolokkan sebagai senjata dipegang watak seperti pedang atau tombak ataupun seumpama surat jika dibuka, tuala pula boleh diolokkan menjadi dompet, dan begitulah seterusnya.

Rujukan sunting

  1. ^ ""Rakugo" (The Art of Storytelling)". Nippon.com. 1 Ogos 2015.