Ramlee Awang Murshid

Penulis Malaysia

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah novelis Malaysia dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1986 hingga 2010.

Ramlee Awang Murshid
Lahir (1967-11-04) 4 November 1967 (umur 56)
Papar, Sabah
Nama penaRamlee Awang Murshid
PekerjaanPenulis, kolumnis
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (Bacelor Komunikasi Massa)
GenreNovel
PasanganDayang Aminah Datuk Aliudin (k.1990)
AnakMuhammad Aizuddin

Latar Belakang sunting

Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga 1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[1]

Beliau pernah melibatkan diri dalam teater sejak zaman remaja lagi. Beliau banyak memainkan peranannya sebagai seorang pengarah, penulis dan juga pelakon. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan RTM selama lebih 20 tahun bermula 1986. Tugasan kewartawanan ada kalanya membawa Ramlee menjelajah ke pelbagai negara dan menjadi penyumbang besar terhadap karya-karyanya. Sebahagian hasil tulisannya yang berlatarkan negara luar seperti Jepun adalah diinspirasikan daripada pengalamannya.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.[2]

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini[2] menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002)[2] sudah menghasilkan lebih 13 buah novel (Rujukan lama, perlu pembaharuan) antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Beliau banyak mempertaruhkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya hingga mendapat julukan sebagai penulis novel thriller.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Adaptasi filem untuk salah satu daripada karyanya; Tombiruo sedang menjalani proses penghasilan di bawah kerjasama penerbitan Astro Shaw, penerbit buku Karangkraf, Ideate Media dan syarikat penerbitan milik Ramlee sendiri, Layar Sunan. Filem tersebut dijangka akan memulakan tayangan pada 2017.[3]

Kehidupan Peribadi sunting

Beliau sudah pun mendirikan rumah tangga dengan Dayang Aminah Datuk Aliudin pada 19 Februari 1990. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Aizuddin.[2]

Latar belakang pendidikan sunting

  • Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
  • Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
  • Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah sunting

  • Pemenang tempat kedua Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu, menerusi novel Igauan Maut (1995)
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua kategori novel nasional dalam Hadiah Sako Novel Nasional 2002 menerusi novel Pei Pan,
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Pemenang tempat ketiga Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta.
  • Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa

Penulisan sunting

Novel sunting

Bil Terbit Tajuk Penerbit Catatan
1 1995 Igauan Maut Dewan Bahasa dan Pustaka
2 1998 Tombiruo Alaf 21 Diangkat menjadi filem arahan Seth Larney berjudul Tombiruo: Penunggu Rimba
3 1999 Ranggau Alaf 21
4 2000 Anugerah Pertama Creative Enterprise Sdn Bhd
5 2000 Mandatori Alaf 21
6 2001 Semangat Hutan Alaf 21
7 2002 Pei Pan UPD Sdn Bhd
8 2002 ADAM Alaf 21
9 2003 Satu Janji Alaf 21
10 2004 Tombiruo Terakhir Alaf 21
11 2005 Rahsia Perindu Alaf 21
12 2005 Bagaikan Puteri Alaf 21
13 2006 Hatiku Di Harajuku Alaf 21
14 2007 Cinta Sang Ratu Alaf 21
15 2008 Ungu Karmila Alaf 21
16 Ogos 2008 Hijab Sang Pencinta Alaf 21
17 2008 Personal Justice Alaf 21 ADAM versi Bahasa Inggeris
18 Mac 2009 Mikhail Alaf 21
19 November 2009 9 Nyawa Alaf 21
20 April 2010 Cinta Sufi Alaf 21
21 Disember 2010 Rayyan Fantasi Alaf 21
22 Mei 2011 Sutera Bidadari Karangkraf
23 Disember 2011 Fiksyen 302 Alaf 21
24 Mei 2012 Sunan Musafir Alaf 21
25 Januari 2013 Aku Bercerita Alaf 21
26 September 2013 Magis Alaf 21
27 Februari 2014 Sunan Nanggroe Sang Kembara Alaf 21
28 2014 Mitos Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid Asal daripada novel bersiri yang disiarkan Berita Harian pada hari Sabtu sekitar 2013.
29 2014 Raudhah Karangkraf
30 November 2015 Sunan Cinta Nan Sakti Karangkraf
31 April 2016 Imaginasi Karangkraf
32 Februari 2017 Anding Ayangan Buku Prima
33 Disember 2017 Legasi Tombiruo Buku Prima
34 April 2018 Banja Manggala Buku Prima
35 Oktober 2018 Kasyaf Ain RAM Typewriter Ventures
36 Disember 2018 Anding Ayangan II Buku Prima
37 Mac 2019 Mitos 2019 RAM Typewriter Ventures
38 Jun 2019 Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma RAM Typewriter Ventures
39 2020 Haura Buku Prima
40 Oktober 2020 Carlos: Case Closed RAM Typewriter Ventures
41 2022 Anding Ayangan III Buku Prima

Rangkaian novel dalam semesta sama sunting

Laksamana Sunan

  1. Bagaikan Puteri
  2. Cinta Sang Ratu
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi
  5. Sutera Bidadari
  6. Sunan Musafir
  7. Sunan Nanggroe Sang Kembara
  8. Sunan Cinta Nan Sakti [4]
  9. Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma

Anding Anyangan

  1. Anding Anyangan
  2. Anding Anyangan II
  3. Anding Anyangan III

Tombiruo

  1. Tombiruo [5]
  2. Semangat Hutan [6]
  3. Tombiruo Terakhir [7]
  4. Legasi Tombiruo

Cerpen sunting

Bil Terbit Tajuk Penerbit Catatan
1 Oktober 2014 Raudhah Karangkraf Sebahagian dari Antologi Jiwa Kacau 2 : Gaun Berdarah
2 Disember 2014 Tetamu Siang Karangkraf Sebahagian dari Antologi Mistik Jembalang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting