Rampas Cintaku adalah sebuah drama iQIYI Original arahan Ejump Mohd, dibintangi oleh Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin. Drama bersiri 14 episod ini memulakan tayangan pada 23 September 2022 dan merupakan antara drama iQIYI Original, dengan kerjasama diantara iQIYI Malaysia dan Grab Malaysia. Drama bersiri ini boleh ditonton di platform penstriman iQIYI melalui pautan: https://www.iq.com/play/rampas-cintaku-episode-1-1b5pco0vm50 atau di laman web: www.iQ.com/local.

Rampas Cintaku
Genre
Ditulis olehPuteri Jacaranda
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod27
Syarikat penerbitan
MIG Productions
Penyiaran
Saluran asaliQIYI Malaysia
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 September 2022
StatusSedang Tayangan
Kronologi
Diikuti olehRampas Cintaku 2

Pada 2024, Rampas Cintaku ke musim baru dipanggil Rampas Cintaku 2 ditayangkan di 19 Januari dalam iQIYI Malaysia.

Adaptasi sunting

Rampas Cintaku merupakan adaptasi dari novel yang berjudul 'Rampas Cintamu' tulisan Puteri Jacaranda, terbitan NovelPlus.

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya.

Pelakon sunting

Waktu tontonan sunting

Drama ini bersiaran sebanyak 14 episod, dengan penstriman episod baru adalah setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.

Rujukan sunting

  1. https://www.iq.com/album/rampas-cintaku-2022-v814laxpph?lang=ms_my
  2. https://www.myinfotaip.com/2022/06/rampas-cintaku.html
  3. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/09/14/sedar-jabatan-netizen-akan-jalankan-tugas-fasha-sandha-profesional-dan-tahu-batasan-dengan-pelakon-lelaki