Rampasan kuasa Zimbabwe 2017

Pada petang 14 November 2017, Tentera Darat Zimbabwe berkumpul di sekitar Harare, ibu negara Zimbabwe, dan menguasai stesen televisyen kebangsaan Zimbabwe serta kawasan lain di bandar ini. Keesokan harinya, mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukanlah rampasan kuasa dan Presiden Robert Mugabe berada dalam keadaan selamat, walaupun keadaan itu akan kembali normal selepas mereka menangani "penjenayah" di sekitar Mugabe yang bertanggungjawab atas masalah sosio-ekonomi Zimbabwe.[1] Jacob Zuma, Presiden Afrika Selatan telah menghubungi Mugabe dan mengesahkan bahawa Mugabe "baik-baik sahaja", namun berada dalam tahanan rumah.[2]

Rampasan kuasa Zimbabwe 2017

Lokasi Harare di Zimbabwe
Tarikh14 November 2017 - kini
Lokasi
Keputusan Masih berlangsung
Pihak yang terlibat

Tentera rampasan kuasa

Kerajaan Zimbabwe
Komandan dan pemimpin
  • Robert Mugabe
    Presiden Zimbabwe
  • Grace Mugabe
    Wanita Pertama Zimbabwe,
    dan pemimpian puak G40 faction leader
  • Phelekezela Mphoko
    Timbalan Presiden ke-2
  • Sydney Sekeramayi
  • Jonathan Moyo
  • Saviour Kasukuwere
  • Ignatius Chombo
  • Rampasan kuasa berlaku di tengah-tengah ketegangan dalam parti pemerintah, ZANU-PF antara bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa yang disokong oleh tentera, dan Wanita Pertama Zimbabwe, Grace Mugabe, disokong oleh golongan muda G40, mengenai siapa yang akan menggantikan Presiden Mugabe. Seminggu selepas Mnangagwa dipecat dan dipaksa meninggalkan negara, dan sehari sebelum tentera bergerak ke Harare, ketua tentera Constantino Chiwenga mengeluarkan kenyataan bahawa pembersihan dalaman pegawai kanan ZANU-PF seperti Mnangagwa perlu dihentikan.

    Rujukan sunting

    1. ^ Burke, Jason (15 November 2017). "Military urges calm in Zimbabwe after it seizes key sites in capital". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 15 November 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
    2. ^ "African Union head says Zimbabwe army takeover 'seems like a coup'". Sky News (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2017. Dicapai pada 15 November 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)