RapidShare adalah laman web one-click hosting Jerman yang beribu pejabat di Switzerland. RapidShare menawarkan perkhidmatan berbayar dan percuma (mempunyai had). Sumber kewangannya berasaskan dari bayaran pendaftaran pengguna. Rapidshare adalah salah satu laman web pengehosan fail yang terbesar di dunia dan mempunyai berjuta fail yang tersimpan dalam datanya.

RapidShare
JenisAktiengesellschaft
Diasaskan2002
Ibu pejabatCham, Switzerland
Perancang utamaBobby Chang, CEO
Slogan(Sekarang) Easy Filehosting
(Dahulu) The Easy Way To Share Your Files
Laman webrapidshare.com
rapidshare.de
Jenis laman webPerkhidmatan pengehosan fail
Pendaftaranpilihan
Tersedia dalamInggeris
Dilancarkan27 Mei 2002
Status terkiniAktif

Menurut Alexa yang mengkaji laman web popular, Rapidshare.com adalah laman web ke-12 paling popular di dunia, dari akhir April sehingga kini;[1]; Rapidshare.de pula telah menurun ke tangga ke-251 pada 7 Jun 2008.[2]

Sejarah sunting

RapidShare mempunyai 2 laman web iaitu RapidShare.de dan RapidShare.com namun kedua-dua laman tersebut menyatakan mereka berbeza dari segi organisasi dan identiti. Laman web yang asal adalah RapidShare.de dan dilancarkan pada 2002 dan ibu pejabatnya terletak di Cham,Switzerland.

Pada tahun 2006, RapidShare.com pula dilancarkan kerana pada tarikh 20 Oktober 2006, RapidShare telah mengumumkan bahawa:

"Unfortunately all drives of RapidShare.de are full right now"

(Malangnya kesemua ruang RapidShare.de telah penuh sekarang).

Maka RapidShare pun melancarkan laman web baru iaitu RapidShare.com untuk percubaan mengalih penggunaan RapidShare.de ke laman web baru iaitu RapidShare.com.

Kemaskini laman web sunting

 
Logo lama RapidShare sebelum dikemaskini


Pada 3 Jun 2008, RapidShare telah mengemaskini laman web dan mempunyai reka bentuk baru. Pengguna premium (yang mendaftar) sekarang sudah boleh memuat turun data sebanyak 50 gigabait dalam masa 5 hari, peningkatan dua kali ganda berbanding dahulu.

Happy Hour sunting

Sejak 17 April 2008, RapidShare telah mengaktifkan Happy Hour (Masa Gembira) yang membolehkan pengguna memuat turun tanpa kod CAPTCHA. Masanya ialah:

  • Isnin - Jumaat 00:00h - 18:00h (UTC+1)
  • Sabtu - Ahad 00:00h - 14:00h (UTC+1)

Rujukan sunting

  1. ^ "Alexa traffic rankings for Rapidshare.com". Dicapai pada 2008-06-03.
  2. ^ "Alexa traffic rankings for Rapidshare.de". Dicapai pada 2008-06-07.