Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 – 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM).[1]

Rashid Maidin
Rashid pada tahun-tahun terakhir kehidupannya
Kelahiran10 Oktober 1917
Meninggal dunia1 September 2006(2006-09-01) (umur 88)
WarganegaraMalaysia
Nama lainRashid Mydin, Rashid Mahideen
PekerjaanKomunis
PasanganHamidah Abd Rashid (1938-58; bercerai)
Selamah Abdullah (1959-2006; kematiannya)
Anak-anak5

Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.

Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.

Kehidupan awal sunting

Rashid dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak pada 10 Oktober 1917 – tahun berlakunya Revolusi Bolshevik di Russia. Beliau ialah anak sulung daripada lapan adik-beradik. Beliau tamat pendidikan sekolah rendah sehingga darjah lima di sekolah Melayu tetapi kemudiannya mengikuti kursus bahasa Inggeris di sekolah malam dan juga belajar melalui pos.[perlu rujukan]

Akhirnya, dia memiliki kemahiran yang mencukupi serta penguasaan bahasa yang baik untuk bekerja sebagai seorang juruteknik di lombong bijih timah British di kawasan Batu Gajah dan Tanjung Tualang di Perak.[perlu rujukan]

Menurutnya, sejak kecil lagi, dia tertarik dengan cerita mengenai legenda panglima Melayu seperti Dato' Maharaja Lela berjuang menentang penjajahan British di Perak tetapi apabila dia mula bekerja, tumpuannya hanya untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarganya di Gopeng.[perlu rujukan]

Kerjaya politik sunting

Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudah pun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.[perlu rujukan]

Pada mulanya, Rashid menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Ishak Haji Muhammad (juga dikenali sebagai Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.[perlu rujukan]

Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930.[perlu rujukan]

Bersekutu dengan British sunting

Pada 18 Disember 1941, PKM telah memeterai persefahaman dengan pihak British di Singapura untuk menubuhkan barisan bersatu untuk menghalang pergerakan Jepun ke selatan Semenanjung dan untuk melatih pemimpin PKM dan anggotanya dalam operasi khas menentang musuh.[perlu rujukan]

Mengikut catatan sejarah di pihak British dan PKM, 165 orang anggota komunis, termasuk Tu Lung Shan dilihat menjalani latihan di Sekolah Latihan Khas 101 (STS101) di Singapura sebaik sahaja perjanjian itu dicapai sehinggalah kejatuhan pulau itu pada 15 Februari 1942.[perlu rujukan]

Walaupun menyokong gerila anti-Jepun, namun beliau sekadar bertindak sebagai perisik dan melakukan kerja-kerja belakang tabir yang tidak terlibat secara langsung dengan penentangan bersenjata.[perlu rujukan]

Pemberontakan bersenjata menentang British sunting

Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana, Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Rejimen Ke-10 PKM di Bentong, Pahang dan Rashid Maidin menerima arahan secara langsung daripada Chin Peng.[2]

Era perdamaian sunting

Rashid menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan selatan Thailand. Jumlah rumah adalah sebanyak 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin manakala yang lain semuanya ialah warga Thailand.[perlu rujukan]

Rumahnya dua tingkat yang diubah suai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, beliau mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat dan mantap pegangan agamanya.[perlu rujukan]

Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Rashid Maidin pergi ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya seperjuangannya, Tuan Haji Ahmad Boestaman dan Tuan Haji Ishak Haji Mohamad telah lama meninggal dunia.[perlu rujukan]

Tubuh Rashid Maidin masih tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap. Wajahnya awet muda dan kelihatan seperti berusia awal 50-an.[perlu rujukan]

Meninggal dunia sunting

Pada 1 September 2006, pukul 9 pagi Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand di rumah anak bongsunya, Kamariah. Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89 tahun. Solat jenazah dan pengebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.[3]

Ghaib sunting

Rashid dikatakan[nyatakan menurut siapa?] mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ.

Menurut sumber lisan daripada anaknya yang bernama Johan Ariffin, bapanya seorang yang kuat semangat dan tabah menempuh pancaroba. Dia merupakan seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan mempunyai kebolehan yang baik dalam berpidato dan berhujah. Johan Ariffin pernah bertugas sebagai anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Sehingga kini,[bila?] Rashid Maidin ada meninggalkan cucu yang bernama Azman dan Hasnur Hadi, seorang usahawan dalam bidang penternakan lembu tenusu di Ayer Kuning, Perak di bawah Syarikat Megaternak Sdn. Bhd.

Rujukan sunting

  1. ^ https://soscili.my/biografi-rashid-maidin-kebal-ke-komunis-singapore/
  2. ^ e=mog&gl=us&q=he%20letter%20was%20from%20Chin%20Peng%20instructing%20Abdulla de story Aloysius Chin -1994 -252 pages
  3. ^ Bernama (2 September 2006). "Rashid Maidin meninggal dunia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-26. Dicapai pada 26 November 2017 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting