Ratatouille (filem)

Ratatouille (Sebutan Inggeris: /ˌɹætəˈtui, -ˈtwi/; bahasa Perancis: /ʁataˈtuj/[2]) merupakan sebuah filem animasi komputer yang dilancarkan pada tahun 2007. Filem ini dihasilkan oleh Pixar dan diedar oleh Walt Disney Pictures. Filem ini mengenai seekor tikus yang bernama Rémy (suara oleh Patton Oswalt), yang ingin menjadi chef restoran terkenal di Paris. Filem ini diarahkan oleh Brad Bird, yang mengambil alih dari Jan Pinkava pada tahun 2005, dan lalu melancarkannya di Amerika Syarikat pada 29 Jun 2007. Ratatouille adalah nama sebuah makanan Perancis.

Ratatouille
Poster AS
PengarahBrad Bird
Jan Pinkava
PenulisBrad Bird
Cerita:
Jan Pinkava
Jim Capobianco
Brad Bird
Emily Cook
Kathy Greenberg
Dihasilkan olehBrad Lewis]
DibintangiPatton Oswalt
Lou Romano
Peter Sohn
Brad Garrett
Janeane Garofalo
Ian Holm
Brian Dennehy
Disunting olehDarren T. Holmes
Muzik olehMichael Giacchino
Diedarkan olehWalt Disney Pictures
Masa tayangan
111 minit
BahasaInggeris
BajetAS$150 juta[1]

Sinopsis sunting

Seekor tikus bernama Rémy mempunyai impian menjadi seorang tukang masak Perancis yang luar biasa. Namun keinginan tersebut adalah mustahil sebab Rémy berasal dari sebuah keluarga binatang perosak. Ketika nasib membawa Remy ke salah satu lorong di Paris, ternyata ia berada di bawah sebuah restoran dengan tukang masak terkenal, Auguste Gusteau. Kemudian, dia berjumpa dengan Languini, seorang budak yang baru bekerja di situ, bersama-sama mengubah nasib mereka berdua di bandar romantik itu.

Catatan sunting

  1. ^ Michael Cieply (2007-04-24). "It's Not a Sequel, but It Might Seem Like One After the Ads". New York Times. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Dictionary.com. "Ratatouille - Definitions from Dictionary.com".

Pautan luar sunting