Lihat Rayshahr untuk Pusat Pendidikan Empayar Sasan di Wilayah Fars.

Rey, Rayy, Rhages atau Rages (ری dalam bahasa Parsi; Ῥάγαι (Rhágai) dalam Greek, Rhagae dalam Latin) juga dikenali dengan Shahr-e Rey (Parsi: شهر ری), ialah bandar tertua di luar wilayah Tehran, Iran.

Ray
رئ
Daerah Tehran
Makam Shah-Abdol-Azim
Makam Shah-Abdol-Azim
Country Iran
WilayahWilayah Tehran
WilayahIbu kota Wilayah Rayy, tetapi di dalam Wilayah Tehran
Zon waktuUTC+3:30 (IRST)
 • Musim panas (DST)UTC+4:30 (IRDT)

Sejarah dan kebudayaan sunting

Lihat juga: Sejarah ketenteraan Rayy

Bandar ini dianggarkan berusia lebih 5 ribu tahun, dan dibina di zaman Empayar Medes. Ia dikenali pada Zaman Klasik sebagai Rhagae. Ia disebut beberapa kali dalam buku Apocrypha Kitab Bible. Namanya berasal sebelum zaman Medes. Sesetengah ahli sejarah menganggap bangunannya berpunca daripada raja mitologi kuno, manakala sebahagian yang lain pula mempercayai Ray merupakan bekas pusat dinasti seorang pemimpin Majusi.

Ray memiliki lebih banyak tugu-tugu bersejarah daripada banyak bandar-bandar kuno. Antaranya tugu tersebut ialah kota Gebri yang berusia 3,000 tahun, bukit Cheshmeh Ali (5,000 tahun), makam Bibi Shahr Banoo yang berusia 1,000 tahun dan karavansarai Shah Abbasi. Ia merupakan tempat kediaman tokoh sains zaman lampau seperti Zakaria al-Razi.

Bandar Rayy mengalami kerosakan teruk berikutan penaklukan Mongol dan lama kelamaan ia kehilangan kedudukannya kepada Tehran yang terletak berdekatannya.

Rayy memiliki makam masyhur seorang wali Shia, Shah-Abdol-Azim, dan juga sebuah menara abad ke-12, yang digelar Borj e Toghrol.

Terdapat juga satu makam peringatan Puteri Shahr Banu, anak sulung pemerintah terakhir Empayar Sasan. Beliau ibu kepada Ali Zayn al Abidin, Imam Keempat kaum Shia melalui perkahwinannya dengan Saidina Hussein ibni Ali, cucu Nabi Muhammad s.a.w.. Sebuah bukit berdekatan juga dinamakan sempena Puteri Shahr Banu. Namun, terdapat beberapa sumber yang menyandarkan makam tersebut kepada Anahita, tuhan air dan kesuburan dan mendakwa makam tersebut diberi nama baharu apabila orang Parsi memeluk Islam bagi memeliharanya daripada ancaman.

Antara tarikan utama yang masih kekal sunting

  • Bukit Cheshmeh Ali:

Sebuah bukit dengan mata air. Pada tahun 1933-6 bukit Cheshmeh Ali telah digali oleh para ahli arkeologi daripada Boston Fine Arts Museum Muzium University, Universiti Pennsylvania yang diketuai Dr Erich Schmidt. Pasukan ini berjaya menjumpa artifak berusia 7,000 ribu tahun. Beberapa artifak dipamerkan di Iran, Chicago dan Philadelphia.

Bukit ini, yang sekarang hampir mendaji sebuah dataran akibat projek hartanah pada tahun 1980 dan 1900-an menjadi penempatan Aryan kira-kira 6,000 dahulu. Oleh sebab Ray menjadi pusat peranginan semasa pemerintah dinasti Qajar, Fath Ali Shah sering bersiar-siar dan mengembara di bandar Ray. Pada tahun 1831 potretnya his dan beberapa putera Qajar dipahat pada sebuah batu di bukit Cheshmeh Ali dan kawasan sekeliling potret dihiasi ketulan batu leler yang dipahat penuh dengan puisi.

  • Menara Toghrol:

Struktur seni bina ini ditegakkan pada tahun 1140 ekoran perintah Toghrol selepas beliau memindahakan ibu kotanya dari Neyshabour ke Ray semasa zaman pemerintahan Seljuk. Menara setinggi 20 meter dan permukaan luarannya dibahagikan kepada 24 bahagian. Selain daripada menampilkan kecantikan dan daya ketahanan, bahagian-bahagian ini juga melambangkan cakerawala dan sukatan masa (24 jam , sehari semalam).

  • Karavansarai Shah Abbasi:

Satu daripada kompleks perumahan dan perdagangan kuno yang digunakan sebagai rumah persinggahan oleh para peniaga dan terletak berdekatan Bazar. Terdapat empat beranda dan dikelilingi oleh batu bata, tempat ini dahulunya digunakan sebagai pasar perniagaan oleh para peniaga.

  • Bazar Ray:

Terletak di utara makam Shah-Abdol-Azim, bazar ini merangkumi dua bahagian dengan sebuah persimpangan empat di tempat pertemuan kedua-dua bahagian itu. bazar ini sudah lama menjadi pusat penjualan rempah-ratus, herba tradisional, dan baranangan komersil yang diimport oleh para pedagang melalui laluan Sutera. Bazar dibina daripada batu bata, plaster, bata lumpur dan tanah lumpur. Bazar ini dibina pada zaman Safavid dan dianggarkan usianya ialah 500 tahun.

  • Menara Anyanaj:

Sebuah menara berbentuk oktagon yang digelar Naqareh Khaneh berdiri pada cerun gunung Tabarak. Sebuah bilik bawah tanah dihubungkan dengan sebuah ruang yang terbina di luar menara. Menara ini yang dibina dengan batu dan plaster serta dihias dengan batu bata dan kekubah berbentuk zig-zag, dibina pada zaman Seljuk.

  • Bilik bawah Gereja Gebri:

Penganut agama Majusi pernah tinggal di kawasan ini. Mereka meninggalkan jenazah pada tanah terbuka dan mengikut tradisi mereka tulang ditanam selepas daging tubuh semuanya reput. Majusi kuno tidak menanam ataupun membakar jenazah keran mereka tidak mahu mencemar tanah. Bilik bawah gereja Gebri merupakan sebuah binaan bulat yang tinggi 6 meter, dan dibuat daripada batu dan mortar. Binaan ini didirikan pada alaf pertama SM, iaitu sekitar 3,000 tahun dahulu dan pada awalnya dikenali dengan pelbagai nama, seperti menara Khamoushan, Ostvaran, Ostkhan-ran, menara Marg (Kematian) dan menara Sokout (Senyap).

  • Lukisan Raja pada Gunung Ashkan:

Atas perintah Fath Ali Shah Qajar, sebuah gelongsor telah dibina pada gunung Ashkan sebagai alat rekreasi keluarga diraja. Pada cerun selatan gunung, gambar raja-raja Sasan diukir pada sebuah batu besar. Gambar ini tidak disempurnakan. Kemudian, atas perintah Fath Ali Shah gamabr dipadamkan dan diganti dengan gambarnya sendiri, dengan raja itu memakai mahkota dan memegang lembing yang dihalakan pada seekor singa.

Orang terkenal yang lahir di Shahr-e-Rey sunting

Rayy hari ini sunting

Kini Rayy telah diserapkan ke dalam bandar raya metropolitan Teheran. Ia dihubungkan dengan Teheran melalui sistem kereta api Tehran Metro. Ia mengandungi banyak kawasan perindustrian dan kilang dan juga tapak kerja-kerja konservasi yang dilakukan Organisasi Warisan Budaya dan Pelancongan Iran dengan kerjasama Universiti Bradford dan Universiti Teheran.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 35°35′N 51°26′E / 35.583°N 51.433°E / 35.583; 51.433