Dato' Razali Ismail (25 Jun 1949 - 28 November 2008) merupakan ahli politik Malaysia dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran selepas menang di dalam pilihan raya Malaysia 2008.[1]

Yang Berhormat Dato'

Razali Ismail

DPMT (Ter); KMN
Timbalan Menteri Pelajaran I
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 28 November 2008
Berkhidmat dengan Wee Ka Siong
Menteri Hishammuddin Hussein
Didahului oleh Hon Choon Kim
Digantikan oleh Wee Ka Siong
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P36 Kuala Terengganu, Terengganu
Dalam jawatan
2004 – 28 November 2008
Didahului oleh Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Digantikan oleh Mohd Abdul Wahid Endut
Majoriti628 (PRU-12)
1,933 (PRU-11)
Butiran peribadi
Lahir25 Jun 1949
Terengganu Hulu Terengganu, Terengganu
Meninggal dunia28 November 2008(2008-11-28) (umur 59)
Pahang Genting Highland, Pahang
Parti politik Barisan Nasional - UMNO
PasanganTo' Puan Nooraini Lob Yusoff
Anak-anakMuhammad Nurazli
Asrul Shah
Khairul Amar
Khairul Anwar
Khairul Arif
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.

Kerjaya sunting

Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang beliau juga merupakan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia. Beliau menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.Bertanding Pada Pilihanraya Umum 2004 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)

Pilihan raya Malaysia 2008 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi.

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut itu.Allahyarham meninggal pada umur 59 tahun.

Pada 16 Januari 2009, hasrat kerajaan bagi mengabadikan Allahyarham Dato' Razali Ismail dengan jasa dan sumbang bakti beliau kepada anak didik Terengganu, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2008 telah merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang berjiwa rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat parlimen Kuala Terengganu amat merasai kematian beliau. Kepemimpinan serta semangat wakil rakyat yang ditonjolkan oleh beliau turut disenangi oleh parti pembangkang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali yang menyifatkan Razali sebagai seorang pemimpin yang bersih. Bagaimanapun kempen-kempen tersebut gagal memenangkan calon UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting