Reanimation adalah judul album remix oleh kumpulan muzik nu metal, Linkin Park, yang dilancarkan selepas album Hybrid Theory iaitu pada 30 Julai 2002. Album tersebut dilancarkan sebaik sahaja sebelum Linkin Park memasuki studio rakaman bagi proses pembikinan album Meteora. Kesemua lagu di dalam album tersebut adalam versi remix kepada lagu-lagu di dalam album Hybrid Theory sendiri.

Kulit album Reanimation

Nama Reanimation dalam judul album ini sebenarnya adalah gabungan daripada perkataan remix dan animation. Jika imej pada kulit album Hybrid Theory menggunakan imej "askar pepatung", imej pada kulit album Reanimation pula menggunakan imej robot mecha bersayap. Tajuk-tajuk lagu remix mereka juga semuanya diubah hasil pengaruh simbol dan bahasa yang digunakan di internet.

Salah satu tujuan pembikinan album Reanimation adalah untuk membantu menaikkan rakan-rakan artis hip-hop bawah tanah yang banyak membantu karier muzik Linkin Park tetapi tidak mampu meraih populariti seperti mereka iaitu dengan memberi peluang kepada mereka untuk melakukan "remix" bagi lagu-lagu mereka. Sungguhpun demikian, tidak semua artis yang membantu pembikinan album Reanimation adalah artis bawah tanah sahaja, malah beberapa kumpulan aliran perdana seperti Korn dan Staind yang turut membantu dalam pembikinan album ini.

Senarai lagu sunting

  1. Opening - 1:07
  2. Pts. Of. Athrty - 3:45
  3. Enth E Nd - 3:59
  4. [Chali] - 0:23
  5. Frgt/10 - 3:32
  6. P5hng Me A*wy - 4:37
  7. Plc. 4 Mie Hæd - 4:20
  8. X-ecutioner Style - 1:49
  9. H! Vltg3 - 3:30
  10. [Riff Raff] - 0:21
  11. Wth>You - 4:12
  12. Ntr\mission - 0:29
  13. Ppr:kut - 3:26
  14. Rnw@y - 3:13
  15. My<Dsmbr - 4:17
  16. [Stef] - 0:10
  17. By_Myslf - 3:42
  18. Kyur4 Th Ich - 2:32
  19. 1Stp Klosr - 5:46
  20. Krwlng - 5:42