Rebeka Koha (lahir 19 Mei 1998) ialah pengangkat berat Latvia yang bersara, dua kali Johan Dunia Remaja dan dua kali Johan Eropah bertanding di bahagian 58 kg hingga 2018 dan 59 kg bermula pada 2018 selepas Persekutuan Angkat Berat Antaravangsa menyusun semula kategori-kategori tersebut.[1]

Rebeka Koha
Maklumat peribadi
Kewarganegaraan Latvia
EtnikLatvia
Lahir (1998-05-19) 19 Mei 1998 (umur 25)
Ventspils, Latvia
Ketinggian1.60 m (5 ka 3 in)
Berat badan58.70 kg (129 lb)
Sukan
Negara Latvia
SukanAngkat berat
Acara–59 kg
Dilatih olehEduards Andruškevičs
Pencapaian dan pingat
Rekod peribadi terbaik

Beliau dilatih oleh Eduards Andruškevičs, yang juga melatih pemenang pingat Sukan Olimpik Viktors Ščerbatihs dan Artūrs Plēsnieks.[2]

Kerjaya sunting

Beliau kini mempunyai rekod dunia remaja dalam sentap juak terus dan jumlah di bahagian 59 kg.[3][4]

Sukan Olimpik sunting

Pada 2016, beliau bertanding di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di bahagian 53 kg mendapat tempat keempat keseluruhan.[5][6] Beliau dinamakan Bintang Baru Tahun ini Latvia pada tahun 2016 selepas prestasinya di Sukan Olimpik Musim Panas 2016.[7]

Kejohanan Dunia sunting

Pada tahun 2017, beliau bertanding di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2017 memenangi pingat gangsa dalam sambar dan jumlah.[8][9][10]

Pada tahun 2018 the IWF menyusun semula kelas berat, dan Koha bertanding di bahagian 59 kg yang baru dicipta. Beliau menyusul prestasi pingat gangsanya pada tahun 2017 dengan prestasi yang lebih kuat di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2018 memenangi pingat gangsa yang lain dalam sambar dan jumlah dan mencipta rekod dunia remaja dalam sambar, sentap juak terus dan jumlah.[11]

Kejohanan Eropah sunting

Pada tahun 2016, beliau bertanding di Kejohanan Angkat Berat Eropah 2016 memenangi pingat gangsa dalam jumlah di kategori 53 kg. Tahun berikutnya beliau bertanding di Kejohanan Angkat Berat Eropah 2017 memenangi pingat emas dalam sambar, dan pingat-pingat perak dalam sentap juak terus dan jumlah di kategori 58 kg.[12][13]

Di Kejohanan Angkat Berat Eropah 2018, Koha menyapu emas dalam semua angkat (sambar, sentap juak terus, dan jumlah) dan menjadi Johan Eropah di bahagian 58 kg.[14][15]

Pertandingan lain sunting

Beliau bertanding di Kejohanan Angkat Berat Dunia Remaja 2017, memenangi pingat-pingat perak dalam sambar dan sentap juak terus, tetapi sebiji pingat emas dalam jumlah, menjadi Johan Dunia Remaja di bahagian 58 kg.[16]

Pada tahun 2018, memenangi pingat emas Kejohanan Dunia Remaja beliau, beliau mempertahankan gelarannya sebagai Johan Dunia Remaja dengan memenangi pingat emas dalam semua angkat di Kejohanan Angkat Berat Dunia Remaja 2018.[17]

Keputusan utama sunting

Tahun Tempat Berat Sambar (kg) Sentap Juak Terus (kg) Jumlah Tangga
1 2 3 Tangga 1 2 3 Tangga
Sukan Olimpik
2016   Rio de Janeiro, Brazil 53 kg 87 87 90 3 103 107 110 4 197 4
Kejohanan Dunia
2014   Almaty, Kazakhstan 53 kg 76 78 80 16 92 94 96 25 174 22
2015   Houston, Amerika Syarikat 53 kg 84 86 87 9 101 105 107 16 192 10
2017   Anaheim, Amerika Syarikat 58 kg 94 98 101   114 118 121 5 222  
2018   Ashgabat, Turkmenistan 59 kg 98 102 103   117 121 124 6 227  
2019   Pattaya, Thailand 59 kg 92 95 97 4 112 115 118 12 215 8
Kejohanan Eropah
2016   Førde, Norway 53 kg 87 90 92   102 105 108   198  
2017   Split, Croatia 58 kg 92 95 97   110 114 118   213  
2018   Bucharest, Romania 58 kg 90 95 100   110 115 120   220  
2019   Batumi, Georgia 59 kg 97 101 104   116 120 125   221  
Kejohanan Angkat Berat Dunia Remaja
2017   Tokyo, Jepun 58 kg 93 96 99   111 117 120   219  
2018   Tashkent, Uzbekistan 58 kg 95 99 103   113 117 120   219  
Sukan Olimpik Belia 2014
2014   Nanjing, China 48 kg 71 73 75 3 86 90 94 3 165  

Kehidupan peribadi sunting

Pada musim bunga 2020 Koha bertunang dengan pelempar cakera Qatar Moaaz Mohamed Ibrahim dan pada 26 Julai diumumkan melalui akaun Instagramnya bahawa beliau telah memeluk Islam.[18] Pada 5 Ogos, beliau mengumumkan bersara dari sukan.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ PDF listing of 2018 Group A world championship entrants in 59 kg
  2. ^ Medaļniece, rekordiste, skolniece Diarkibkan 2016-04-04 di Wayback Machine Sporto.lv
  3. ^ "2018 World Championships 59kg results". Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa. Dicapai pada 11 November 2018.
  4. ^ "Junior World Records Women". Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  5. ^ Olympic.org. "53 kg Women". Dicapai pada 8 Disember 2018.
  6. ^ "Weightlifter Koha places fourth at Rio Olympics". The Baltic Course. 8 Ogos 2016. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  7. ^ "Porziņģis un Ikauniece-Admidiņa atzīti par Latvijas gada sportistiem". Delfi. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  8. ^ "Rio Olympic Bronze Medallist defeated the reigning Olympic Champion". Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  9. ^ "Rebeka Koha wins bronze at World Weightlifting Championships". Penyiaran Awam Latvia. LETA. 1 December 2017. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  10. ^ "Rebeka Koha wins bronze at World Weightlifting Championships". The Baltic Course. 1 Disember 2017. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  11. ^ "World Records: KUO four and CHEN one". Persekutuan Angkat Berar Antarabangsa. Dicapai pada 8 April 2019.
  12. ^ "Weightlifter wins silver at European Championships". Penyiaran Awam Latvia. LETA. 4 April 2017. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  13. ^ "Koha wins gold at European Junior Weightlifting Championship". The Baltic Course. 18 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  14. ^ Galkins, Gundars (29 March 2018). "Latvia's Koha lifts gold at European Weightlifting Championships". Penyiaran Awam Latvia. Dicapai pada 8 December 2018.
  15. ^ "Latvia's Koha triumphs at European Weightlifting Championships". The Baltic Course. 29 Mac 2018. Dicapai pada 8 December 2018.
  16. ^ "Latvia's Rebeka Koha becomes junior world champion in women's weightlifting". The Baltic Course. 19 June 2017. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  17. ^ "The incredible one-woman show of KOHA". Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  18. ^ "Latvia's champion weightlifter announces conversion to Islam". Penyiaran Awam Latvia. 28 Julai 2020. Dicapai pada 28 Julai 2020.
  19. ^ Glazunova, Ludmila (5 Ogos 2020). "Champion weightlifter Koha quits sports career". Penyiaran Awam Latvia. Dicapai pada 5 Ogos 2020.

Pautan luar sunting