Referendum kemerdekaan Scotland 2014

Referendum kemerdekaan Scotland 2014 merujuk kepada pungutan suara rakyat Scotland mengundi merdeka pada hari Khamis, 18 September 2014. Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Ratu Elizabeth II menyatakan pengundi Scotland harus bijak memilih sama ada terus kekal di dalam kesatuan United Kingdom atau merdeka sepenuhnya dan memerintah sendiri. Hasilnya nanti UK akan berpecah dua dan mereka akan mengikut haluan masing-masing buat selama-lamanya. Kesatuan itu telah bertahan selama 307 tahun. Masih ramai mahu Ratu Britain yang bersemayam di Istana Buckingham terus kekal berkecuali selaku pemerintah dan ketua negara; ibunda Ratu Elizabeth II sendiri berbangsa Scotland.[1]

Hasil perjanjian antara Scotland dan kerajaan United Kingdom, Referendum Rang Undang-undang kemerdekaan Scotland telah dikemukakan pada 21 Mac 2013. Parlimen Scotland telah meluluskannya pada 14 November 2013 dan menerima Perkenan Diraja pada 17 Disember 2013.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pengundi hanya perlu menyatakan merdeka Ya atau Tidak. Semua penduduk di Scotland berusia 16 atau lebih boleh mengundi, sebanyak lebih 4 juta orang. Banyak pihak mula berkempen terutama parti politik, kumpulan perniagaan, surat khabar dan individu terkemuka. Isu kempen termasuklah mata wang Scotland yang bebas, perbelanjaan awam dan minyak Laut Utara.

Hasil referendum itu: 55.3 peratus daripada mereka yang mengundi memilih untuk kekal (Better Together). Baki 45 peratus lagi pula memilih untuk merdeka sepenuhnya (Yes Scotland).[2] Jumlah pengundi hadir 84.6% agak tinggi bagi United Kingdom.

Sejarah sunting

Scotland hari ini dibentuk oleh evolusi wilayah semasa Zaman Pertengahan. Kerajaan diraja Scotland menuntut kemerdekaan dan menentang Kerajaan England pada abad ke-14. Dua sistem monarki ini berlaku apabila James VI dari Scotland juga menjadi James I dari England. Kedua-dua negara-negara bersatu di bawah satu kerajaan apabila Oliver Cromwell menjadi pelindung Komanwel pada 1653 tetapi kemudiannya dibubarkan apabila monarki telah dipulihkan dalam 1660. Kerajaan Scotland dan England bersatu untuk membentuk Kerajaan Great Britain pada 1707. Great Britain membentuk United Kingdom pada 1801. Kebanyakan wilayah Ireland meninggalkan Union pada tahun 1922, kemudian membentuk Republik Ireland; dengan itu nama penuh negara berdaulat hari ini adalah United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara.

Parti Buruh berusaha menerajui Scotland berkerajaan senndiri pada tahun 1920 dan memngemukakan pelbagai agenda. Kemudian Parti Kebangsaan Scotland (SNP) telah ditubuhkan pada tahun 1934, tetapi tidak mencapai kejayaan dalam pilihan raya penting sehingga tahun 1960-an. Perjanjian Scotland telah ditandatangani oleh 2 juta orang (daripada penduduk 5 juta) pada tahun 1940-an. Kerajaan Buruh Jim Callaghan mengalami tekanan selepas pilihan raya dari SNP.

Perhimpunan Scotland telah diadakan pada 1979 tetapi tiada sebarang perubahan. Ini kerana undi 'Ya' mesti melebihi 40% daripada jumlah pengundi. apabila Parti Buruh kembali berkuasa pada tahun 1997, referendum Scotland kedua telah diadakan. Majoriti mahu Parlimen mempunyai kuasa untuk mengubah kadar asas cukai pendapatan. Akta Scotland 1998 ditubuhkan dan Parlimen Scotland pertama dipilih pada 6 Mei 1999 mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang tidak dirizabkan di Scotland .

Pentadbiran sunting

Kerajaan Scotland mengumumkan pada 21 Mac 2013 bahawa referendum itu akan diadakan pada 18 September 2014. Beberapa laporan media menyebut bahawa 2014 akan menjadi ulang tahun ke-700 Pertempuran Bannockburn. Scotland akan menjadi tuan rumah yang Sukan Komanwel 2014 dan Piala Ryder 2014, jadi tahun 2014 adalah tahun terbaik untuk mengadakan referendum.

Di bawah terma Draf Rang Undang-Undang 2010, mereka yang layal mengundi dalam referendum ialah:

  1. Rakyat British yang bermastautin di Scotland;
  2. Rakyat daripada 52 negara Komanwel lain yang bermastautin di Scotland;
  3. Rakyat daripada 27 negara-negara Kesatuan Eropah yang bermastautin di Scotland;
  4. Ahli-ahli Dewan Pertuanan yang bermastautin di Scotland;
  5. Kakitangan DiRaja yang berkhidmat di UK atau di luar negara dalam Angkatan Tentera British yang berdaftar untuk mengundi di Scotland.

Alasan sunting

Terdapat perdebatan sama ada Parlimen Scotland mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang untuk satu referendum berhubung dengan isu kemerdekaan Scotland. Kerajaan Scotland pada 2010 menegaskan bahawa mereka boleh membuat undang-undang untuk referendum. Kedua-dua kerajaan telah menandatangani Perjanjian Edinburgh, yang membenarkan pemindahan sementara kuasa undang-undang. Akta Scotland 1998 (pindaan Jadual 5) 2013 telah diluluskan oleh Ratu, berikutan nasihat Menteri pada mesyuarat Majlis Privy pada 12 Februari 2013.

Pengawasan sunting

Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengawasi referendum 2014 ini dan mengawal selia pengeluaran promosi dan kempen. Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaporkan kepada Parlimen Scotland.

Keputusan sunting

Majlis tempatan[3] Undi ya Undi tidak Ya (%) Tidak (%) Undi sah Kehadiran (%)
Aberdeen 59,390 84,094 41.4% 58.6% 143,484 81.7%
Aberdeenshire 71,337 108,606 39.6% 60.4% 179,943 87.2%
Angus 35,044 45,192 43.7% 56.3% 80,236 85.7%
Argyll and Bute 26,324 37,143 41.5% 58.5% 63,467 88.2%
Clackmannanshire 16,350 19,036 46.2% 53.8% 35,386 88.6%
Dumfries and Galloway 36,614 70,039 34.3% 65.7% 106,653 87.5%
Dundee 53,620 39,880 57.3% 42.7% 93,500 78.8%
East Ayrshire 39,762 44,442 47.2% 52.8% 84,204 84.5%
East Dunbartonshire 30,624 48,314 38.8% 61.2% 78,938 91.0%
East Lothian 27,467 44,283 38.3% 61.7% 71,750 87.6%
East Renfrewshire 24,287 41,690 36.8% 63.2% 65,977 90.4%
Edinburgh 123,927 194,638 38.9% 61.1% 318,565 84.4%
Eilean Siar 9,195 10,544 46.6% 53.4% 19,739 86.2%
Falkirk 50,489 58,030 46.5% 53.5% 108,519 88.7%
Fife 114,148 139,788 45.0% 55.0% 253,936 84.1%
Glasgow 194,779 169,347 53.5% 46.5% 364,126 75.0%
Highland 78,069 87,739 47.1% 52.9% 165,808 87.0%
Inverclyde 27,243 27,329 49.9% 50.1% 54,572 87.4%
Midlothian 26,370 33,972 43.7% 56.3% 60,342 86.8%
Moray 27,232 36,935 42.4% 57.6% 64,167 85.4%
North Ayrshire 47,072 49,016 48.9% 51.1% 96,088 84.4%
North Lanarkshire 115,783 110,922 51.1% 48.9% 226,705 84.4%
Orkney Islands 4,883 10,004 32.8% 67.2% 14,887 83.7%
Perth and Kinross 41,475 62,714 39.8% 60.2% 104,189 86.9%
Renfrewshire 55,466 62,067 47.2% 52.8% 117,533 87.3%
Scottish Borders 27,906 55,553 33.4% 66.6% 83,459 87.4%
Shetland Islands 5,669 9,951 36.3% 63.7% 15,620 84.4%
South Ayrshire 34,402 47,247 42.1% 57.9% 81,649 86.1%
South Lanarkshire 100,990 121,800 45.3% 54.7% 222,790 85.3%
Stirling 25,010 37,153 40.2% 59.8% 62,163 90.1%
West Dunbartonshire 33,720 28,776 54.0% 46.0% 62,396 87.9%
West Lothian 53,342 65,682 44.8% 55.2% 119,024 86.2%
SCOTLAND 1,617,989 2,001,926 44.7% 55.3% 3,619,915 84.6%

Rujukan sunting

  1. ^ Ratu Elizabeth II Minta Rakyat Scotland Fikir Semasak-masaknya Sebelum Undi
  2. ^ Scotland tolak pemisahan, kekal bersama UK malaysiakini
  3. ^ "Scottish independence referendum - Results". BBC. 18 September 2014. Dicapai pada 18 September 2014.

Pautan luar sunting