Transit kereta api ringan (LRT) ialah sebuah jenis transit rel bandar dengan ciri-ciri gabungan trem dan metro. Walaupun gerabak kereta apinya hampir serupa dengan trem tradisional, rel ringan beroperasi pada kapasiti dan kelajuan yang lebih tinggi, dan seringkali di hak lalu ekslusif.

Pengembangan transit massa Los Angeles kebanyakannya dipandu sebagai rel ringan. Laluan Emas Metro (kini "Laluan L") digambarkan diatas.
TRAX Pihak Berkuasa Transit Utah pernah menjadi salah satu sistem rel ringan yang paling cepat berkembang di Amerika Syarikat.
Keretapi Ringan Docklands London dioperasikan oleh Pengangkutan untuk London.
Sistem CTrain Calgary adalah sistem rel ringan ketiga tersibuk di Amerika Utara, selepas Guadalajara dan Toronto.

Rel ringan tidak mempunyai definisi standard, tetapi di Amerika Syarikat (di mana terminologi ini dicipta pada tahun 1970-an dari istilah kejuruteraan keretapi ringan), rel ringan beroperasi terutamanya melalui hak lalu eksklusif dan menggunakan sama ada kereta api satu gerabak atau berbilang unit yang digabungkan untuk membentuk sebuah kereta api yang mempunyai kapasiti dan kelajuan yang lebih rendah daripada kereta api penumpang berat atau sistem metro.[1][2][3][4][5]

Beberapa rangkaian rel ringan selalunya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan transit aliran ataupun keretapi komuter; sesetengah sistem transit aliran yang lebih berat dipanggil metro ringan. Rangkaian rel ringan lain adalah seperti tram dan beroperasi sebahagiannya di jalan raya. Sistem rel ringan didapati di seluruh dunia. Rel ringan menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini kerana kos modal yang lebih rendah dan kebolehpercayaan yang meningkat berbanding dengan sistem rel berat.

Sejarah sunting

 
Trem binaan Preston Car Company di Ontario[6]

Kebanyakan trem asal di United Kingdom, Amerika Syarikat, dan lain-lain tempat telah dihentikan operasi bermula dekad 1950-an ketika populariti kereta meningkat. British abaikan sistem tremnya, kecuali Blackpool, pada tahun 1962.[7] Walaupun terdapat beberapa sistem trem dan troli tradisional masih wujud pada masa kini, istilah "rel ringan" telah berubah untuk merangkumi sistem rel yang berlainan jenis. Teknologi rel ringan moden secara umumnya berasal dari Jerman Timur, memandangkan percubaan oleh Boeing Vertol untuk memperkenalkan sistem rel ringan Amerika yang baharu mengalami masalah teknikal. Selepas Perang Dunia Ke-2, Jerman telah mengekalkan kebanyakan rangkaian trem dan mengembangkannya menjadi sistem rel ringal model (Stadtbahnen). Kecuali Hamburg, kesemua pekan-pekan dan bandaraya-bandaraya Jerman mengekalkan rangkan rel ringan mereka.[8]

Konsep asas rel ringan telah dikemukakan oleh by H. Dean Quinby pada tahun 1962 dalam sebuah artikel di Traffic Quarterly dinamakan "Major Urban Corridor Facilities: A New Concept" (Bahasa Melayu:"Kemudahan Koridor Bandar Utama: Sebuah Konsep Baharu"). Quinby membezakan konsep baharu ini dalam pengangkuta rel daripada sistem trem bersejarah melalui:

  • mempunyai kapasiti untuk menampung lebih banyak penumpang
  • mempunyai rupa seperti sebuah tren, dengan lebih daripada satu gerabak digabungkan bersama
  • mempunyai lebih banyak pintu untuk memudahkan penggunaan penuh ruang tren
  • lebih cepat dan senyap ketika beroperasi

Istilah light rail transit (LRT; Bahasa Melayu: transit aliran ringan) telah diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1972 untuk menerangkan konsep baharu pengangkutan rel ini.[9]

Sistem rel ringan baharu yang pertama di Amerika Utara memulakan operasi pada tahun 1978 apabila bandar Kanada Edmonton, Alberta mengguna pakai sistem Siemens-Duewag U2 Jerman, diikuti tiga tahun kemudian oleh Calgary, Alberta, dan San Diego, California. Konsep ini menerima sambutan hangat, dan walapun Kanada mempunyai beberapa bandar yang cukup besar untuk menampung rel ringan, kini terdapat sekurang-kurangnya 30 sistem rel ringan di Amerika Syarikat.

British mula menggantikan laluan kereta api tempatan usang dengan rel ringan bermula pada dekad 1980-an, bermula dengan Metro Tyne dan Wear dan diikuti dengan Keretapi Ringan Docklands (DLR) di London. Istilah bersejarah light railway (Bahasa Melayu:Keretapi Ringan) telah digunakan kerana istilah tersebut berasal daripada Akta Keretapi Ringan 1896 British, walaupun teknologi yang diguna pakai dalam sistem DLR dianggap oleh masyarakat Amerika paling jauh istilah rel ringan digunapakai sebelum istilah metro pula diguna. Trend rel ringan di United Kingdom menjadi kukuh dengan kejayaan sistem Manchester Metrolink, yang dibuka pada tahun 1992.

Definisi sunting

 
Transit Aliran Ringan Edmonton di Edmonton, Alberta, Canada, yang merupakan laluan LRT moden pertama di Amerika Utara
 
Rel ringan MetroLink di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat
 
Buenos Aires Premetro, dibina pada tahun 1987
 
Sebuah tren Laluan Hijau MBTA di Boston
 
Rel Ringan Pittsburgh di Station Square

Istilah light rail (Bahasa Melayu: rel ringan) telah dicipta oleh Pentadbiran Pengangkutan Massa Bandar (UMTA; perintis kepada Pentadbiran Transit Persekutuan) untuk menerangkan transformasi trem baharu yang sedang berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat. Di Jerman, istilah Stadtbahn (perlu dibezakan dengan S-Bahn, singkatan kepada Stadtschnellbahn) telah digunakan untuk menerangkan konsep rel ringan, dan kebanyakan kakitangan dalam UMTA mahu mengguna pakai terjemahan langsung, iaitu city rail (Bahasa Melayu: rel bandar). Sebaliknya, UMTA akhirnya mengguna pakai istilah light rail (Bahasa Melayu: rel ringan).[9] Ringan dalam konteks ini merujuk kepada "bertujuan untuk muatan ringan dan pergerakan laju", daripada merujuk kepada berat fizikal. Pelaburan infrastruktur juga selalunya lebih kecil daripada sistem rel berat. Jika terdapat satu perbezaan diantara rel ringan dan sistem metro, ia adalah kebolehan kenderaan rel ringan untuk secara teknikalnya beroperasi di trafik bercampur jika diperlukan.[10]

Badan Penyelidikan Pengangkutan (Pusat Sistem Pengangkutan) metakrifkan "light rail" (bahasa Melayu:"rel ringan") pada tahun 1977 sebagai "sebuah mod pengangkutan bandar menggunakan hampir sepenuhnya lalu lalang khusus tetapi tidak semestinya bertingkat. Kenderaan elektrik atas landasan beropasi secara tunggal atau bersama kenderaan serupa yang lain. LRT menyediakan pelbagai kemampuan penumpang dan ciri-ciri prestasi dengan kos sederhana."

Persatuan Pengangkutan Awam Amerika (APTA), dalam sebuah Glossari Terminologi Transit, mentakrikan rel ringan sebagai:

...sebuah mod perkhidmatan transit (juga dipanggil trem atau troli) mengoperasikan tren rel penumpang secara tunggal (atau ringkasnya, selalunya tren dua-gerabak atau tiga-gerabak) di landasan tetap di lalu lalang yang selalunya dipisahnya daripada trafik lain secara sebahagian atau majoriti laluannya. Kenderaan rel ringan biasanya dipandu secara elektrikal dengan kuasa ditarik daripada talian elektrk atas melalui [galah] troli atau pantograph; dipandu oleh sebuah pemandu atas kenderaan; dan mungkin mempunyai platform tinggi atau penaikan aras rendah menggunakan tangga."[1]

Namun begitu, beberapa transit berkuasa diesel telah dilabelkan sebagai rel ringan, seperti O-Train Laluan Trillium di Ottawa, Ontario, Kanada, Laluan River di New Jersey, Amerika Syarikat, dan Sprinter di California, Amerika Syarikat, yang menggunakan kereta diesel multiple unit (DMU).

 
SEPTA's 101 trolley pulling into 69th Street Terminal near Philadelphia

Frasa bertentangan rel berat pula digunakan untuk kapasiti tinggi dan sistem kelajuan tinggi. Tekonologi rel konvensional termasuk rel berkelajuan tinggi, kargo, komuter, dan sistem transit bandar metro/bawah tanah/bertingkat dipanggil "rel berat". Transit rakyat adalah lebih "ringan", dari segi kapasiti. Monorel adalah teknologi berasingan yang menemui lebih banyak kejayaan di perkhidmatan khusus daripada peranan transit pengguna.

Jenis sunting

 
Metrolink di pusat bandar Manchester, England adalah sebuah contoh rel ringan di jalan raya
 
Rel Ringan G:Link Gold Coast berjalan di lalu lalang bercampur, terowong dan lintasan peringkat
 
Beberapa rangkaian rel ringan mempunyai bahagian bawah tanah yang luas, seperti LRT Edmonton di Kanada.
 
Trem Tenerife di Tenerife, Spain beroperasi sebahagiannya di aras jalan, tetapi dipisahkan dengan trafik-trafik lain

Disebabkan oleh perbezaan dalam pentakrifan, amat sukar untuk membezakan apa yang dipanggil rel ringan, dan jenis rel bandar dan komuter yang lain. Sebuah sistem yang dilabel sebagai rel ringan di sebuah bandar mungkin dipanggil sistem trem di bandar lain. Sebaliknya, beberapa laluan yang dilabel sebagai "rel ringan" mempunyai lebih banyak persamaan dengan alihan laju. Sejak kebelakangan ini, istilah baharu seperti metro ringan telah digunakan untuk mentarkifkan sistem kapasiti sederhana ini. Beberapa sistem "rel ringan", seperti Sprinter, mempunyai hampir tiada persamaan dengan rel bandar, dan alternatifnya boleh diklasifikasikan sebagai rel komuter atau rel antarabandar. Di Amerika Syarikat, istilah "rel ringan" telah merangkap pelbagai jenis sistem rel penumpang.

Terdapat perbezaan yang ketara antara beberapa kelas transit aliran ringan. Sistem berupa trem selalunya dua atau tiga kali ganda lebih murah berbanding sistem berupa metro.

Kapasiti rendah sunting

Perbezaan paling susah untuk dibuat adalah antara rel ringan dengan sistem trem. Terdapat banyak persamaan dari segi teknologi, kebanyakan kenderaan dipakai oleh rel ringan boleh dipakai untuk trem, dan menjadi kebiasaan untuk menkategorikan trem sebagai subkategori rel ringan daripada mengasingkan trem sebagai jenis pengangkutan yang berbeza daripada rel ringan. Dua versi biasa trem adalah:

  1. Jenis tradisional, dimana landasan dan tren berjalan di sepanjang jalan raya dan berkongsi ruang dengan lalu lintas. Banyak hentian dibina tetapi tidak banyak usaha dilakukan untuk membuat stesen khas. Kerana berkongsi ruang dengan trafik jalan raya, landasan selalunya tidak jelas kelihatan.
  2. Jenis moden, dimana tren selalunya berjalan di sepanjang hak lalu berasingan, dipisahkan daripada lalu lintas. Tidak banyak hentian dibina dan kebiasaannya penumpang menaiki tren di atas platform. Landasan jelas kelihatan, dan dalam kes tertentu banyak usaha dilakukan untuk mengasingkan trafik melalui signal istimewa, lintasan kereta api berpagar, atau lintasan jejambat.

Kapasiti tinggi sunting

 
Kebanyakan Laluan Dulwich Hill Sydney menggunakan landasan berasingan disepanjang bekas koridor rel berat

Dalam darjah pemisahan paling tinggi, membezakan rel ringan dengan alihan laju menjadi sukar. Keretapi Ringan Docklands (DLR) London mungkin tidak dianggap sebagai "rel ringan" jika bukan kerana perbezaannya dengan alihan laju London Underground. Di benua Eropah dan Asia, istilah rel ringan semakin banyak digunakan untuk melabel apa-apa sistem rapid transit dengan kekerapan rendah atau tren pendek berbanding sistem rapid massa seperti London Underground atau MRT Singapura. Meskipun begitu, apabila dilihat secara teliti sistem sebegini lebih baik dilabel sebagai metro ringan atau transit rakyat. Sebagai contoh, Laluan 1 dan Laluan 3 di Manila kerap dirujuk sebagai "rel ringan", walaupun kedua-dua laluan diasingkan sepenuhnya daripada trafik lain, kebanyakannya melalui landasan bertingkat. Fenomena ini banyak dilihat di bandar-bandar Asia Timur, dimana laluan metro bertingkat di Shanghai, Wuhan, dan Dalian di Cina; dan Jakarta and Palembang di Indonesia dipanggil laluan rel ringan. Di Amerika Utara, sistem sebegini tidak dianggap sebagai rel ringan.

Sistem campuran sunting

 
Sistem Ion Wilayah Waterloo, Ontario melibatkan laluan di jalan raya, landasan atas tanah baharu dan landasan keretapi kargo yang ditukar fungsi disepanjang kawasan metropolitan sebanyak 350 000 orang.

Kebanyakan sistem mempunyai ciri-ciri bercampur. Dengan kejuruteraan yang beul, sebuah laluan keretapi boleh melalui di sepanjang jalan raya, kemudiannya ke bawah tanah, dan berjalan di sepanjang jejambat bertingkat. Contohnya, Laluan Emas Metro Rail Los Angeles "rel ringan" mempunyai beberapa seksyen yang secara alternatifnya boleh dipanggil sebagai laluan trem, metro ringan, dan rapid transit. Hal ini kerap berlaku di Amerika Syarikat, dimana tidak banyak perbezaan ketara boleh dilihat diantara pelbagai jenis sistem rel bandar. Pembagunan teknologi untuk trem lantai rendah dan tanpa katenari membolehkan pembinaan sistem campuran dengan laluan bawah tanah yang pendek dan cetek dibawah persimpangan utama boleh dilakukan kerana ketinggian minimum diperlukan adalah sangat kecil berbanding kenderaan rel ringan konvensional.[11]

Kelajuan dan kekerapan hentian sunting

 
Trem Coast Belgium beroperasi hampir 70km/j dan menghubungkan beberapa pusat bandar dalam laluannya

Di beberapa kawasan, "rel ringan" juga boleh merujuk kepada apa-apa laluan kereta api dengan kelajuan rendah atau hentian kerap dalam jarak yang dekat. Istilah ini diwariskan daripada takrifan lama keretapi ringan di. Sprinter di bandar San Diego area menggunakan DMU dan menyasarkan penumpang rel komuter; namun, kerana laluan ini mempunyai banyak hentian, ia dipanggil rel ringan.

Rujukan kelajuan daripada sistem rel ringan utama, termasuk masa hentian di stesen, dipaparkan bawah.[12]

Sistem Purata kelajuan
Baltimore 24 mph (39 km/j)
Dallas (Laluan Merah) 21 mph (34 km/j)
Dallas (Laluan Biru) 19 mph (31 km/j)
Denver (Alameda-Littleton) 38 mph (61 km/j)
Denver (Downtown-Littleton) 26 mph (42 km/j)
Los Angeles (Laluan Biru) 24 mph (39 km/j)
Los Angeles (Laluan Hijau) 38 mph (61 km/j)
Salt Lake City 24 mph (39 km/j)

Namun begitu, kelajuan maksimum yang rendah tidak semestinya menjadikan ciri-ciri yang membezakan antara rel ringan dan sistem lain. Sebagai contoh, LRV Siemens S70 digunakan di METRORail Houston dan sistem-sistem LRT Amerika Utara yang lain mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 106 km/j manakala tren di Metro Montreal yang sepenuhnya di bawah tanah hanya mampu mencapai kelajuan maksimum sebanyak 72 km/j. Kenderaan rel ringan Metro Los Angeles mempunyai kelajuan maksimum yang lebih tinggi daripada kereta api di Metro Montreal atau Kereta Api Bawah Tanah Bandaraya New York.[13] Perbezaan paling ketara adalah Metro Montreal dan Kereta Api Bawah Tanah Bandaraya New York membawa lebih banyak penumpangan berbanding mana-mana sistem LRT Amerika Utara, dan tren mereka mempunyai pecutan lebih tinggi, menjadikan masa antara stesen lebih pendek di kawasan bandaraya yang padat. Kebanyakan sistem rel ringan beroperasi di bandar-bandar kurang padat dan subbandar dimana trafik penumpang yang rendah, tetapi kos yang rendah dan kelajuan maksimum yang tinggi menjadi faktor penting untuk bertanding dengan kereta.

Pertimbangan sistem secara menyeluruh sunting

Banyak sistem rel ringan termasuk sistem lama mempunyai kombinasi bahagian di atas jalan dan asing daripada jalan. Di beberapa negara (terutamanya Eropah), hanya yang kedua dipanggil sebagai rel ringan. Di tempat sebegini, trem berjalan di hak lalu bercampur tidak dianggap sebagai rel ringan tetapi dianggap sebagai trem.

Beberapa sistem, seperti AirTrain JFK di Bandaraya New York, DLR di London, dan Laluan Kelana Jaya in Kuala Lumpur, Malaysia, tidak memerlukan pemandu. SkyTrain Vancouver merupakan perintis kenderaan tanpa pemandu, manakala LRT Scarborough Toronto mengoperasikan kereta api yang sama dengan Vancouver, tetapi menggunakan pemandu. Dalam kebanyakan perbincangan dan perbandingan, sistem-sistem khusus ini secara amnya tidak dianggap sebagai rel ringan.

Tolak landasan sunting

Dari segi sejarah, tolok landasan mempunyai banyak variasi, dengan tolok sempit lazim digunakan dalam kebanyakan sistem-sistem awal. Walau bagaimanapun, kebanyakan sistem rel ringan kini menggunakan tolok piawai.[8] Kereta api tolok piawai yang lebih lama tidak dapat membelok di selekoh tajam dengan mudah seperti kereta api tolok sempit, tetapi sistem rel ringan moden mampu membelok dengan radiasi yang lebih kecil dengan menggunakan kereta terartikulasikan . Satu kelebihan penting tolok piawai ialah peralatan penyelenggaraan keretapi piawai boleh digunakan di atasnya, berbanding jentera yang perlu dibina khas. Menggunakan tolok piawai juga membolehkan kenderaan rel ringan dipindahkan, menggunakan trek yang sama dengan kereta api kargo dengan mudah. Faktor lain yang memihak kepada tolok ukur adalah bahawa undang-undang kebolehcapaian mewajibkan penggunaan trem lantai rendah, dan selalunya ruang untuk kerusi roda untuk bergerak di dalam gerabak kereta api bertolok sempit tidak mencukupi. Tambahan lagi, kenderaan-kenderaan bertolok piawai boleh dialihkan di antara rangkaian sama ada secara sementara atau secara kekal dan kedua-dua kenderaan bertolok piawai yang baru dan lama selalunya lebih murah untuk dibeli, memandangkan lebih banyak syarikat menawarkan kenderaan sedemikian.

Keselamatan sunting

Sebuah analisis data daripada laporan Statistik Pengangkutan Nasional setebal 505-muka surat[14] yang diterbitkan oleh Jabatan Pengangkutan Negara AS menunjukkan bahawa kematian berkaitan rel ringan adalah lebih tinggi daripada semua bentuk pengangkutan yang lain kecuali penunggang motosikal (31.5 kematian bagi setiap 100 juta batu). [15]

Walau bagaimanapun, laporan Statistik Pengangkutan Nasional[14] diterbitkan oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa "Perhatian perlu dibuat ketika membandingkan kematian di seluruh mod kerana takrifan yang berbeza digunakan untuk kematian berkaitan setiap mod. Khususnya, kematian kereta api dan transit termasuk kematian oleh insiden berkaitan (berbeza daripada kematian oleh kemalangan), seperti kematian akibat jatuh di stesen transit atau kematian pekerja kereta api akibat kebakaran di tempat kerja. Kematian yang sama bagi mod udara dan lebuh raya (kematian di lapangan terbang yang tidak disebabkan oleh pesawat yang bergerak atau kematian akibat kemalangan di bengkel kereta) tidak dikira sebagai kematian berkaitan mod ini. Oleh itu, kematian yang tidak semestinya berkaitan perkhidmatan pengangkutan secara langsung dikira untuk mod transit dan kereta api, menyebabkan risiko untuk mod ini menjadi lebih tinggi daripada realiti."

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Fact Book Glossary - Mode of Service Definitions" [Glosari Buku Fakta - Takrifan Mod Perkhidmatan] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pengangkutan Awam Amerika. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2018. Dicapai pada 6 Januari 2015.
  2. ^ "National Transit Database Glossary" [Glosari Pangkalan Data Perkhidmatan Nasional] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pengangkutan AS Pentadbiran Transit Persekutuan. 18 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2013. Dicapai pada 6 Januari 2015.
  3. ^ "What is light rail?" [Apakah itu rel ringan?]. Public transport A-Z (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perkhidmatan Awam Antarabangsa. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2008. Dicapai pada 29 Julai 2015.
  4. ^ "This Is Light Rail Transit" [Ini adalah Transit Aliran Ringan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Badan Penyelidikan Pengangkutan. m/s. 7–9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Februari 2018. Dicapai pada 6 Januari 2015.
  5. ^ "What is Light Rail?" [Apakah itu Rel Ringan?] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Transit Aliran Ringan (LRTA). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2016. Dicapai pada 6 Januari 2015.
  6. ^ "Welcome to Saskrailmuseum.org" [Selamat datang ke Saskrailmuseum.org]. Muzium Kereta Api Saskatchewan (dalam bahasa Inggeris). BlackNova Internet Services. 11 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2008. Dicapai pada 26 Disember 2009. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  7. ^ Courtenay, Peter (2006). "Trams in the UK" [Trem di UK]. thetrams.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2009.
  8. ^ a b Bottoms, Glen (2000). "Continuing Developments in Light Rail Transit in Western Europe" (dalam bahasa en). 9th National Light Rail Transit Conference [Kemajuan Berterusan dalam Transit Aliran Ringan di Eropah Barat]. Portland, Oregon: Persatuan Transit Aliran Ringan. http://onlinepubs.trb.org/onlinepubs/circulars/ec058/15_01_Bottoms.pdf. Diperolehi 26 December 2009.
  9. ^ a b Thompson, Gregory L. (2003). "Defining an Alternative Future: The Birth of the Light Rail Movement in North America" [Menerangkan Masa Depan Alternatif: Lahirnya Pergerakan Rel Ringan di Amerika Utara]. Transportation Research Circular (dalam bahasa Inggeris). Badan Penyelidikan Pengangkutan (E-C058). Dicapai pada 26 Disember 2009. From: 9th National Light Rail Transit Conference
  10. ^ "Track Design Handbook for Light Rail Transit, Second Edition" [Buku Panduan Reka Bentuk Landasan untuk Transit Aliran Ringan, Edisi Kedua]. www.trb.org (dalam bahasa Inggeris). Blurbs. doi:10.17226/22800. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  11. ^ "Low-clearance Rapid Transit: Cheaper than subways, faster than trolleys" [Rapid Transit Dinding Rendah: Lebih murah berbanding keretapi bawah tanah, lebih cepat berbanding trem]. TreeHugger (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2019.
  12. ^ "Light Rail Schedule Speed – Faster Than Bus, Competitive With Car" [Jadual Kelajuan Rel Ringan - Lebih Cepat Berbanding Bas, Setanding Kereta] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2019.
  13. ^ "Link Light Rail in the North American Context" [Hubungan Rel Ringan dalam Konteks Amerika Utara] (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 2009. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  14. ^ a b "National Transportation Statistics 2013" [Statistik Pengangkutan Nasional 2013] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pengangkutan AS. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Februari 2018.
  15. ^ "Dissected: How're Ya Dying? Charting transportation mayhem in its many gory varieties".

Pautan Luar sunting


Templat:Pengangkutan awam