Republik Congo (bahasa Perancis : République du Congo) juga dikenali sebagai Congo-Brazzaville ialah negara republik yang terletak di Afrika, beribu negara di Brazzaville dan diasaskan pada tahun 1960 setelah merdeka daripada Perancis.

Republik Congo
ريڤوبليك كونݢو
République du Congo (Perancis)
Repubilika ya Kôngo (Kongo)
Republíki ya Kongó (Lingala)
Bendera Republik Congo
Jata Republik Congo
Bendera Jata
Cogan kata"Unité, Travail, Progrès" (Perancis)
(Melayu: "Perpaduan, Kerja, Kemajuan")
Lagu kebangsaanLa Congolaise (Perancis)
(Melayu: "Orang Congo")
Lokasi  Republik Congo  (biru gelap) – di Afrika  (biru cair & kelabu gelap) – di Kesatuan Afrika  (biru cair)
Lokasi  Republik Congo  (biru gelap)

– di Afrika  (biru cair & kelabu gelap)
– di Kesatuan Afrika  (biru cair)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Brazzaville
4°16′S 15°17′E / 4.267°S 15.283°E / -4.267; 15.283
Bahasa rasmiBahasa Perancis
Bahasa umum
yang diakui
Kumpulan etnik
KerajaanRepublik semipresiden berparti dominan unitari
• Presiden
Denis Sassou Nguesso
Anatole Collinet Makosso
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan
• daripada Perancis
15 Ogos 1960
Keluasan
• Jumlah
342,000 km2 (132,000 bt2) (ke-64)
• Perairan (%)
3.3
Populasi
• Perkiraan 2016
5,125,821[1] (ke-124)
12.8/km2 (33.2/sq mi) (ke-204)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$32.516 bilion
$7,119[2]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$11.162 bilion
$2,444[2]
Gini (2011)40.2[2]
sederhana
HDI (2018) 0.608[3]
sederhana · 138th
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah
(XAF)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+242
Kod ISO 3166CG
DPT internet.cg

Sejarah sunting

Orang-orang Bantu yang mengasaskan puak semasa pengembangan Bantu menyingkirkan dan menyerap penduduk lebih awal kawasan tersebut, orang-orang Pygmy sekitar 1500 SM. Puak Bakongo, dari etnik Bantu yang turut menduduki kawasan yang kini Angola, Gabon dan Republik Demokratik Congo, membentuk asas bagi kaitan etnik dan persaingan dalam kalangan negara-negara tersebut. Beberapa kerajaan Bantu, terutamanya Empayar Kongo, Kerajaan Loango, dan Kerajaan Anziku/Teke membina hubungan perdagangan yang membawa sehingga lembangan Sungai Kongo.[4]

Zaman penjajahan sunting

 
Istana N'Gangue M'voumbe Niambi, dari buku Gambaran Afrika ("Description of Africa") (1668)

Penjelajah Portugis, Diogo Cão sampai ke muara Congo pada tahun 1484.[5] Hubungan perdagangan antara Kerajaan Bantu di daratan dan pedangang Eropah berkembang dengan cepat, dan berdagang pelbagai barangan, barangan buatan, dan hamba yang ditawan dari kawasan jauh. Selama beberapa abad, delta sungai Kongo bertindak sebagai pusat perdagangan bagi perdagangan rentas Atlantik. Bagaimanapun, penjajahan Eropah di kawasan tersebut pada akhir kurun ke-19 mengurangkan kuasa masyarakat Bantu di kawasan tersebut.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ a b c "5. Report for Selected Countries and Subjects". Tabung Kewangan Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 April 2020.
  3. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 2020-04-01.
  4. ^ "Background Note: Republic of the Congo". Department of State. Mac 2009.
  5. ^ Olson, James S. & Shadle, Robert. Historical Dictionary of European Imperialism Diarkibkan 2 Mei 2016 di Wayback Machine, m/s. 225. Greenwood Publishing Group, 1991. ISBN 0-313-26257-8.
  6. ^ Boxer, C. R. The Portuguese Seaborne Empire, 1415–1825, A. A. Knopf, 1969, ISBN 0090979400

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.