Republik Demokratik Arab Sahrawi

Republik Demokratik Arab Sahrawi atau Saharawi (ريڤوبليک ديموکراتيک عرب الصحراوي) ialah sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya bertutur dalam bahasa Arab dengan status pengiktirafan yang terhad. Ia mula-mula terbentuk sebagai Wilayah-wilayah Sepanyol di Afrika Barat yang dinamai sebagai Sahara Sepanyol (bersepadan kepada wilayah yang saat ini disebut sebagai Sahara Barat). RDAS bersempadan dengan Lautan Atlantik di sebelah barat dan berhadapan dengan Kerajaan Maghribi di utara, Algeria di sebelah timur serta Mauritania di belahan selatan dan tenggara. Negara ini dikuasai secara tidak sah di tahun 1976 oleh Kerajaan Maghribi dan Mauritania. Sejak 1979, wilayah ini dikawal seluruhnya oleh Maghribi, sedangkan Mauritania menarik diri dari zon penguasaan.

Republik Demokratik Arab Sahrawi
ريڤوبليک ديموکراتيک عرب صحراوي
  • الجمهورية العربية الصحراوية الديمقراطية (Arab)
  • República Árabe Saharaui Democrática (Sepanyol)
Flag of Western Sahara
Coat of arms of Western Sahara
Bendera Jata
Cogan kataالحرية والديمقراطية والوحدة (Arab)
"Libertad, Democracia, Unidad" (Sepanyol)
Lagu kebangsaanYa Bani al-Sahara'
¡Oh hijos del Sáhara! (Sepanyol)
Wahai Bani Sahara!
Hijau gelap menunjukkan zon aktual RDAS. Hijau muda menunjukkan zon yang dikuasai Maghribi.
  • Hijau gelap menunjukkan zon aktual RDAS.
  • Hijau muda menunjukkan zon yang dikuasai Maghribi.
StatusDipertikaikan dengan Kerajaan Maghribi
Ibu negara
El Aaiún / العيون (diisytiharkan)
Bahasa rasmiArab[5]
Bahasa kebangsaan Sepanyol (de facto)[6]
Bahasa
lisan[7]
Agama Islam
DemonimSahrawi/Saharawi
KerajaanRepublik kesatuan parti tunggal[9] bersistem separa-presiden
• Presiden
Brahim Ghali / إبراهيم غالي
Buchraya Hamudi Beyun / بوشراية حمودي بيون
Badan perundanganMajlis Kebangsaan Sahrawi
Kedaulatan dipertikaikan dengan Maghribi
• Sahara Barat dilepas oleh Sepanyol
14 November 1975
• Republik diisytiharkan
27 Februari 1976
Keluasan
• Total
266,000 km2 (103,000 bt2) (77)
• Perairan (%)
1.1%
Populasi
• Perkiraan 2008
100,000 jumlah penduduk pelarian RDAS ditambah 513,000[10] jumlah penduduk di wilayah sebenar RDAS (182)
1.9/km2 (4.9/sq mi) (236)
HDI 0.700[11]
tinggi · 108
Mata wang

(
  • EHP
  • MAD
  • DZD
  • MRU
)
Zon waktuUTC+1 (Waktu Afrika Barat)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan
Kod ISO 3166EH
DPT internet.eh
Tembok berpasir yang dibina tentera Maghribi

Polisario mengisytiharkan pembentukan Republik Arab Sahrawi pada 27 Februari 1976. Sesudah pengisytiharan itu, Barisan Polisario membentuk kabinet yang diketuai oleh Muhammad Al Amin Ahmad pada 6 Mac 1976. Pembentukan kabinet ini ditujukan untuk menyelesaikan segala perkara organisasi, pentadbiran, mahupun cabaran-cabaran di lapangan. Barisan Polisario yang menjadi parti tunggal dalam pemerintah RDAS mengawal paling tidak sebanyak 20 sehingga 25% dari tanah Sahara Barat[13] yang kemudian dinamakan sebagai "Zon Merdeka" atau Zon yang telah dibebaskan. Kawasan Sahara Barat yang dikuasai oleh Kerajaan Maghribi lalu disebut sebagai Wilayah-wilayah Selatan. Pemerintah RDAS menganggap bahawa zon yang dikuasai oleh Kerajaan Maghribi dianggap sebagai zon yang diduduki sedangkan Kerajaan Maghribi menganggap bahawa zon yang dikuasai oleh pemerintah RDAS disebut sebagai zon penampan.[14][15] Bandar El Aaiún secara rasmi diiktiraf sebagai ibu negara RDAS. Namun, pemerintah RDAS memindahkan ibu negaranya dari Bandar Bir Lehlou ke Tifariti sejak tahun 2008.

Sebanyak 31 negara, hingga saat ini, telah menyatakan pengiktirafannya terhadap pemerintah RDAS dan 22 negara di antaranya belum pernah menarik balik ataupun menghentikan hubungan diplomatiknya terhadap pemerintah RDAS. Dari 22 negara tersebut, sembilan negara di antaranya menugaskan pejabat jabatan perwakilan diplomatiknya di Bandar Raya Algiers. RDAS dengan Barisan Polisario sebagai parti tunggal dalam pemerintahannya belum diiktiraf sebagai anggota rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak masuk ke dalam Liga Arab. Meskipun begitu, RDAS secara rasmi masuk ke dalam negara anggota Kesatuan Afrika (AU).

Sejarah sunting

Sebelum abad ke-8, penduduk Sahara Barat merupakan penduduk primitif yang tersebar di bahagian Selatan. Selepas itu, orang berber suku Sanhadja dari utara dan orang arab yang dilakukan oleh kaum Badwi dari Bani Hassan mulai bermara ke Selatan. Selepas Perang Sepanyol-Maghribi di tahun 1860, menguasai tempat-tempat di sepanjang garis pantai Sahara. Pada Persidangan Berlin mengenai Afrika, Otto von Bismarck, bersama dengan negara-negara imperial di Eropah, mengiktiraf pertambahan kekuasaan Sepanyol dari gurun hingga garis pantai Wadi Dhahab. Di tahun 1920, Sepanyol kemudian menggabungkan tanah jajahan di sepanjang pantai Sahara Barat ke dalam Protektorat Wadi Dhahab. Di tahun 1934; Ifni bersama dengan Protektorat bergabung ke dalam Afrika Barat Sepanyol dan di tahun 1957 berubah status menjadi satu wilayah di Sepanyol.

Selama akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20, kumpulan para ahli ilmu alam Sepanyol yang terdiri dari Quiroga, Bonelli, Font Sagué, Hernández-Pacheco, Morales Agacino, dkk, membuka projek penting akan “ekspedisi saintifik”. Ekspedisi ini merupakan pembuka antara orang-orang Sahara dengan orang-orang Sepanyol ke tempat-tempat yang tak diketahui orang-orang Barat.

Kemerdekaan Sahara Barat dari Sepanyol sudah dirancang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1967. Namun, pertikaian antara Maghribi, Mauritania, dan Maghribi menjadi halangan terbsesar. Pada permulaan dekad 1970-an, kerajaan Sepanyol membuka kemungkinan autonomi, menyiapkan draf statut, menubuhkan parti politik pro-Sepanyol, yakni Parti Pertubuhan Kebangsaan Saharaui (PUNS), serta membangun Majlis Djema’a dengan kapasiti pemerintahan yang terhad. Sepanyol menyampaikan PBB akan keinginannya untuk menggelar hak menentukan nasib sendiri, yakni di tahun 1975, yang diperkuat dengan ketetapan/resolution 3458 B pada tanggal 10 Disember 1975.

Dengan bertambahnya risiko pecahnya perang antara Sepanyol dengan Maghribi, Juan Carlos I memohon bantuan Henry Kissinger, sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat, untuk menjadi juru penengah antara Raja Sepanyol dengan Hassan II. Secara rahasia, Juan Carlos I meminta sokongan politik dari Amerika Syarikat dengan janji akan serahkan tanah Sahara Barat untuk diberi kepada Maghribi.[16]

Raja Hassan II kemudian memimpin perbarisan tentera Maghribi, yang kemudian disebut sebagai perarakan hijau, untuk mengawali perang. Sepanyol, yang sudah tidak stabil sejak awal 1975, menandatangani Persetujuan Tiga Pihak Madrid pada November 1975, yang mengesahkan wilayah pentadbiran tripartit sementara di bawah Sepanyol, Maghribi, dan Mauritania, sehingga 28 Februari 1976, dan menjanjikan referendum penentuan nasib sendiri kepada masyarakat Saharaui. Situasi ketidakstabilan ini membuat Sepanyol mundur pada 26 Februari 1976 dan pemerintah Republik Demokratik Arab Saharaui mengisytiharkan kemerdekaannya pada 27 Februari 1976.

Perang di antara Sahara di bawah Barisan Polisario dibantu Algeria melawan Maghribi dan Mauritania. Di tahun 1979, Mauritania mengembalikan tanah yang sempat diragut kepada Maghribi dan mengiktiraf Barisan Polisario. Kemudian, Sahara Barat, yang ditadbirkan ‘’de facto’’ oleh Maghribi, dibelah oleh suatu tembok dengan 35% total tanah Sahara Barat dikuasai oleh pasukan RDAS sedangkan sisanya dikuasai oleh Maghribi sebagai pembina tembok.

Sejak tahun 1990-an, pemerintah RDAS mencuba untuk mengubah Perlembagaan, yakni pada 1991, 1995, 1999, dan 2012.

Geografi sunting

 
Proses bergeraknya angin ke arah utara yang membawa debu dan fosfat ke dalam padang pasir dan memberi bekas-bekas pada garis di sebelah selatan
 
Daerah di sekitar Tifariti

RDAS terletak di Afrika Utara. Adapun zon yang dikuasai oleh Kerajaan Maghribi bersempadan langsung dengan Lautan Atlantik di sebelah barat ke arah Kepulauan Canaria. Sedangkan zon merdeka yang dikuasai oleh RDAS bersempadan lurus sepanjang 1570 km dengan Mauritania di bahagian tenggara dan Algeria di bahagian barat laut sepanjang 45 km. Adapun wilayah sebenar Sahara Barat bersempadan dengan Maghribi sepanjang 430 km garis lurus.

Daerah ini dibelah oleh Garisan Sartan dan masuk ke dalam hujung Gurun Sahara. Di dalam daerah yang masuk bagian dari Gurun Sahara ini, terdapat wilayah yang berpasir dan wilayah yang disebut hamada atau gurun yang berbatu.

Cuaca sunting

Sahara Barat, dalam pembagian iklim Köppen, termasuk dalam kategori BWh atau termasuk dalam daerah padang pasir panas. Purata kerpasan tahunan selalu lebih rendah daripada 50 mm dengan cuaca cerah terus sepanjang tahun. Di sepanjang Lautan Atlantik, purata suhu tertinggi dan terendah tetap konstan serta tidak mengalami perubahan besar di sepanjang tahun kerana arus lautan sejuk di sekitar pantai (17 hingga 20 °C (63 hingga 68 °F)), terutamanya di siang hari. Akan tetapi, di zon merdeka RDAS, suhu di musim panas melampau tinggi dan suhu di musim dingin masih tetap tinggi oleh kerana ketiadaan pengaruh angin dari Lautan Atlantik. Pada musim panas, suhu di Smara, Bir Gandus, Bir Anzarane, Aghouinite, Aousserd, dan lain-lain dapat mencapai 40 °C (104 °F) sehingga lebih dari 50 °C (122 °F). Suhu purata musim dingin di sebahagian besar tempat di zon merdeka RDAS dapat mencapai 20 °C (68 °F) meskipun, di beberapa tempat, terdapat daerah dengan suhu yang lebih rendah dibanding 7 °C (45 °F).

Pembahagian Pentadbiran sunting

RDAS dibagi ke dalam 6 wilayah: Auserd, Assa Zag, Bojador, Smara, El Aaiún dan Wadi Dhahab.

Número Wilayah Ibu Bandar Luas
1 Wilayah Auserd Auserd 65 000 km²
2 Wilayah Assa Zag Assa 5000 km²
3 Wilayah Tanjung Bojador Bandar Tanjung Bojador 40 000 km²
4 Wilayah El Aaiún El Aaiún 30 000 km²
5 Wilayah Smara Smara 60 000 km²
6 Wilayah Wadi Dhahab Dakhla 55 000 km²

Adapun kekhasan wilayah-wilayah tersebut terpapar sebagai berikut:

Wilayah Saguia el Hamra / ولايه الساقية الحمراء sunting

 
Saguia el Hamra dengan sungainya di sebelah utara zon kawalan Maghribi di kawasan sebenar Sahara Barat

Wilayah Saguia el Hamra (Bahasa Arab: الساقية الحمراء, Parit Merah) ialah suatu sungai berjeda yang membentang sepanjang 500km wilayah utara zon kawalan Maghribi di Sahara Barat. Lembangan saliran sungai di sekitar Wilayah Saguia el Hamra, yakni dari Farsia melewati Smara sehingga berhujung di El Aaiún, dipenuhi dengan padang rumput, jagung, dan pokok barli. Kerana wilayah Saguia el Hamra masuk dalam kawasan ekologi hutan terbuka dan padang rumput Sahara Utara, ianya diisi iklim ringan, hujan yang lebih banyak dibanding Zon Merdeka RDAS, dan purata suhu tahunan di 25 °C (77 °F).

Wilayah Zemur Tengah dan Timur / ولايه زمور تڠه دان تيمور sunting

Zemur ialah kawasan pegunungan tinggi dengan ciri alam yang keras. Ia masuk ke dalam kawasan dengan iklim kering dan suhu udara yang ekstrem. Pada siang hari, ia boleh mencapai 45 °C (113 °F) dan, pada malam hari, ia boleh mencapai suhu yang lebih rendah dari 0 °C (32 °F).

Wilayah Tiris Tenggara / ولايه تيرس تڠڬارا sunting

Jangan dikecohkan dengan Tiris Zemmour/Tiris Zemmur, Mauritania
Iklim daripada Wilayah Tiris Tenggara ini ialah separa gersang panas dengan tempat yang berbeza-beza. Adapun sebahagian tempat di wilayah ini dipenuhi dengan belantara pokok belukar.

Wilayah Adrar Souttouf Barat dan Tengah / ولايه أدرار سطف بارت دان تڠه sunting

Wilayah beriklim separuh gersang dengan ketinggian 500 meter dari muka laut.

Wilayah Sahel / ولايه الساحل sunting

 
Sahrawi, sebelah tenggara Maghribi, seluruhnya diwarnai sebagai biru muda yang bermazhab Maliki

Pantai sepanjang 1,200 km dengan cuaca ringan kering manakala di belahan timurnya, dengan purata ketinggian sekitar 3,000 meter, memiliki cuaca yang selalu kering.


Pemerintahan dan Politik sunting

Pasukan Keamanan sunting

Barisan Polisario mempunyai pasukan tentera dan polisnya sendiri.

Demografi sunting

Bahasa vernakular daripada Arab Hassaniyah[17] menjadi dialek khas masyarakat Sahrawi dan Mauritania. Majoriti orang-orang Sahrawi secara rasmi menggunakan Bahasa Arab Piawai Moden dan Bahasa Sepanyol serta menjalankan ajaran-ajaram ugama Islam bermazhab Maliki.

Terdapat sejumlah sekolah-sekolah rendah dan klinik-klinik yang dibina kerajaan beberapa bandaran di Sepanyol, pemerintah negara Kuba, dan negara-negara lain yang mengiktiraf kemerdekaan RDAS dengan pengajaran dalam bahasa Arab dan Sepanyol. Sejak 2012, telah dibina universiti pertama di Zon Merdeka Sahara Barat yang bernama Universiti Tifariti.

Kebudayaan sunting

 
Pelakon Sepanyol Verónica Forqué di FiSahara.

Kebudayaan Sahrawi merupakan gabungan daripada unsur-unsur yang terdapat dalam Syariat Islam, tradisi-tradisi Arab, Berber, dan Sepanyol. Sehingga beberapa dekad lepas, majoriti daripada penduduk Sahrawi ialah nomad dan hidup dengan mengandalkan perniagaan di sepanjang padang pasir Sahara dan memandu unta sebagai kenderaan utama.

Pesta budaya terpenting yang digelar setahun sekali di Sahara ialah FiSahara atau Festival Filem Antarabangsa Sahara yang selalu menerima lawatan daripada ahli, tokoh, mahupun pakar di bidang filem.

Masakan sunting

Masakan Sahara Barat dipengaruhi beberapa unsur memandangkan sebahagian besar penduduk Sahara Barat merupakan campuran keturunan Arab dan Berber. Masakan mereka juga dipengaruhi oleh masakan Sepanyol. Seperti halnya bahan-bahan makanan yang tersebar di pelbagai negara Maghreb, bahan utama masakan di Sahara Barat ialah kuskus yang didampingi hidangan-hidangan lain. Pengaruh masakan-masakan yang berada di sebelah selatan RDAS membuat mereka akrab dengan kacang tanah sebagai makanan utama, dan ditambah lauk-pauk yang lain. Dalam hal daging, babi tidak pernah dimakan kerana dianggap tidak halal mengikut syariat Islam. Daging yang masyhur dan menjadi kesukaan masyarakat Saharawi ialah daging unta, kambing, dan domba. Beberapa kaum asli RDAS terkenal kerana, secara lazimnya menumbuhkan dan memanfaatkan gandum, barli, bijirin, serta hidangan-hidangan yang banyak mengandungi air. Kaum asli RDAS yang hidup mengembara dan menjadi nomad menjadikan daging, susu dan juga produk tenusu sebagai makanan utama mereka. Ada juga kaum asli Saharawi yang hidup di pesisir menjadikan nasi, ikan dan hidangan lain-lain sebagai sumber makanan mereka. Adapun makanan khas Saharawi meliputi

  • Kuskus, pasta semolina dengan daging dan sayur-sayuran.
  • Tajin, hidangan daging unta/domba.
  • Mreifisa, roti tanpa ragi yang dimasak di atas pasir. Biasanya dihidangkan bersama dengan daging arnab.
  • Ezzamit, adunan tepung terigu yang dicampur dengan air dan dimasak bersama dengan minyak dan gula.
  • El aych, bijirin sejenis tanpa gula yang dihidangkan bersama-sama dengan susu.
  • El kaabuch, sejenis ezzamit yang dimakan dengan pokok kurma.
  • Ezrig, minuman yang dibuat dengan mencampur susu tapas dengan air dan gula.
  • Nasi dengan ikan.
  • Berbagai jenis bakaran barbeku.

Budaya lain Sahrawi yang masyhur dikenal ialah budaya meminum teh. Dalam beberapa ritual dan upacara, teh dihidangkan ke atas gelas sebanyak tiga kali.

Media sunting

Media komunikasi dalam Bahasa Arab dan Sepanyol seperti Radio Nasional Republik Demokratik Arab Sahrawi, RASD TV mahupun Perkhidmatan Akhbar Sahara berwujud di Sahara. Selain itu, Kesatuan Wartawan dan Penulis Saharawi mampu mengumpulkan sejumlah wartawan dan penulis dari pelbagai daerah dengan kemampuan bahasa yang beragam di Sahara Barat. Hadir pula surat khabar nasional Esahra Elhora yang beredar sejak 1975.

Rujukan sunting

  1. ^ Tertakluk kepada Bahagian Pertama Bab Pertama Perkara Keempat Perlembagaan RDAS
  2. ^ (Arab) [1]
  3. ^ (Inggeris) [2]
  4. ^ Pemerintah buangan di khemah pelarian terletak di Algeria.
  5. ^ Tertakluk kepada Bahagian Pertama Bab Pertama Perkara Ketiga Perlembagaan RDAS
  6. ^ Tidak termaktub dalam Perlembagaan
  7. ^ "El Español en los Campamentos de Refugiados Saharauis (Tinduf, Algeria)" (PDF). Cvc.cervantes.es. Dicapai pada 20 Mei 2015.
  8. ^ Tertakluk kepada Bahagian Pertama Bab Pertama Perkara Kedua Perlembagaan RDAS
  9. ^ Tertakluk kepada Bahagian Kedua Bab Pertama Perkara Ke-32 Perlembagaan RDAS sehingga diiktiraf secara rasmi di dalam PBB.
  10. ^ Department of Economic and Social Affairs Population Division (2009). "World Population Prospects, Table A.1" (PDF). 2008 revision. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 12 Mac 2009.
  11. ^ di Wilayah yang dikuasai Maghribi
  12. ^ Tidak digunakan sama sekali
  13. ^ "Cuadro de zonas de división del Sáhara Occidental" (PDF) (dalam bahasa (Sepanyol)). Suevia2008.googlepages.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 April 2020. Dicapai pada 20 Mei 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Countries That Aren't Really Countries" (dalam bahasa (Inggeris)). PediaPress. Diarkibkan daripada yang asal (HTML) pada 31 Mei 2016. Dicapai pada 11 Oktober 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Constitución política de la RASD". www.solidaritat.ub.edu. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  16. ^ "La Casa Real española pactó en secreto con Kissinger la entrega del Sáhara a Marruecos a cambio de la Corona". Dicapai pada 15 Mac 2020.
  17. ^ "قـبـائـل بنــي حسـان" (dalam bahasa (Arab)). Al-Watan. 12 Ogos 2016. Dicapai pada 28 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan Luar sunting