Resolusi Perhimpunan Agung PBB 1761

Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu 1761 diluluskan pada 6 November 1962 sebagai tindak balas kepada dasar perkauman apartheid yang ditetapkan oleh kerajaan Afrika Selatan.

Kutukan apartheid sunting

Resolusi ini menganggap apartheid dan dasar perlaksanaannya sebagai melanggar tanggungjawab Afrika Selatan di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan ancaman pada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Gesaan bagi boikot sukarela sunting

Tambahan lagi, resolusi meminta Negara Ahli bagi memutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan, menghentikan perdagangan dengan Afrika Selatan (terutama eksport persenjataannya), dan menafikan laluan bagi kapal dan kapal terbang Afrika Selatan.

Penubuhan Jawatankuasa Khas PBB bagi Apartheid sunting

Resolusi ini turut menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB menentang Apartheid.[1] Jawatankuasa ini pada asalnya diboikot oleh negara Barat kerana tidak bersetuju dengan aspek resolusi yang mengesa boikot Afrika Selatan. Sungguhpun begitu jawatankuasa mendapat rakan di Barat, seperti Pergerakan Anti-Apartheid bertempat di Britain, yang melaluinya ia dapat bekerja dan meletakkan asas bagi penerimaan akhir oleh kuasa Barat bagi perlunya mengenakan Sekatan ekonomi pada Afrika Selatan bagi memberi tekanan politik bagi perubahan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ The Anti-Apartheid Movement, Britain and South Africa: Anti-Apartheid Protest vs Real Politik, Arianna Lisson, PhD Dissertation, September 15, 2000
  2. ^ "AAM and UN: partners in the international campaign against apartheid" in The Anti-Apartheid Movement: A 40-year Perspective Diarkibkan 2007-05-09 di Wayback Machine, E S Reddy, 25–26 June 1999