Respirasi anaerob ialah respirasi yang berlaku tanpa kehadiran oksigen dalam sitoplasma dan bukannya dalam mitokondrion. Tenaga ialah 210kJ bagi fermentasi alkohol manakala bagi respirasi anaerob jenis fermentasi asid laktik tenaga yang dihasilkan ialah 150 kJ dan tenaga yang dihasilkannya adalah kurang berbanding respirasi aerob. Bakteria dan cacing yang hidup dalam lumpur bernafas secara anaerob. Yis dan otot manusia berespirasi secara anaerob jika kekurangan oksigen. Proses pernafasan ini menggunakan bahan seperti sulfat (SO42-), nitrat (NO3-) atau sulfur (S) sebagai penerima elektron bagi menggantikan oksigen.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.